Program Titik Sentuhan RTM

Ditemuduga oleh wartawan 'Titik Sentuhan RTM' berkaitan isu jalan rosak dilaluan pintasan Bandar Indera Mahkota melalui Bukit Sekilau ke Bandaraya Kuantan

Tanding Pilihan Raya Umum Ke-15

Berada di pejabat SPR Pahang, ambil borang bertanding DUN dan Parlimen PRU-15 lalu, namun hasrat itu dibatalkan akibat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan

Pilihan Raya Kecil DUN Chini

Menjadi calon bebas PRK DUN Chini pada Julai 2020, walau bagaimana pun saya tewas dalam percubaan tersebut kerana kekurangan dana untuk berkempen tarik sokongan pengundi.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin

Akibat dihalang masuk ke dewan untuk menghantar borang pencalonan pada PRK Parlimen Rompin pada 2015, tunjuk protes dengan mengoyak borang terbabit di luar dewan.

Temuduga Khas Wartawan Astro Awani

Ditemuduga oleh wartawan Astro Awani tentang pandangan beliau apa yang dimahukan dan harapan rakyat dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12

CMK Hadir Ke Program Pesta Durian Anjuran PAS Caw. Kg.Panching Jalan Sg.Lembing Malam Tadi !!

Malam tadi (30 Julai 2011) CMK sempat hadir ke Program Pesta Durian 2011 anjuran PAS cawangan Kg.Panching. Program bermula jam 9.00 malam itu diadakan di Pasti PAS depan restoran Hjh.Rokiah, Kg.Panching jalan Sungai Lembing. CMK tiba sekitar jam 10.30 malam. Suasana sungguh meriah, lebih dari 1,000 penduduk setempat dan sekitarnya telah hadir. Orang ramai berpusu-pusu menyertai berbagai acara yang diadakan termasuk meneka ulas durian, cekoh durian, durian terbaik, durian terberat, teka rambutan, mewarna, cabutan bertuah dan sebagainya. CMK tidak sempat untuk mendaftar apa-apa sebab sibuk ambik gambar yang berkenaan. Agak terkejut bila melihat begitu ramai orang yang datang. Rupanya program malam tadi adalah kali yang ke-6 dianjurkan oleh pihak terbabit. Pengacara Majlis ialah Ustaz Tarmizi dan beliau sibuk mengendalikan acara ketika CMK sampai. Berbagai hadiah menarik ditawarkan kepada orang ramai yang menyertai acara cabutan bertuah.


CMK bergambar kenangan ditengah kesesakan orang ramai yang hadir

Ustaz Yusof beri penghormatan untuk CMK membuat cabutan bertuah
CMK sempat berjumpa dengan beberapa orang sahabat PKR seperti Kamarul Hatta Ali, Hj.Zahari Mamat (Ketua Cabang Paya Besar) dan lain-lain lagi. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Yang DiPertua PAS Paya Besar sendiri iaitu Ustaz Yusof Embong. Beliau juga sempat memanggil CMK untuk membuat cabutan bertuah ketika itu. Program diakhiri dengan acara makan durian beramai-ramai. CMK tidak sempat untuk menjamah durian malam itu akibat kesesakan dan memberi peluang kepada orang ramai. Apapun, CMK ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur atas usaha sebegini. Rakyat ternyata nampak gembira dengan program tersebut. Jika diadakan selalu, maka sokongan pasti akan bertambah kelak.

Lama Berehat, CMK Akhirnya Kembali Ke Pentas Ceramah Di Markas PAS Kg.Pandan Dua Kuantan

Setelah sekian lama CMK tidak turun ke pentas ceramah, maka malam Khamis (27 Julai) bertempat di Markas PAS Kg.Pandan Dua Kuantan CMK akhirnya dapat kembali bersuara. Kali ini agak menarik sekali lagi dapat bersama dengan Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub yang kali terakhir CMK berceramah pada 11 Januari lalu juga dengan beliau di Putra Balok. Ramai yang terkejut CMK naik pentas sedangkan gambar dan nama CMK tidak ada pada poster yang disebarkan. Sebenarnya, CMK telah dihubungi oleh Ketua Penerangan PAS Paya Besar, Sdra Amran untuk persetujuan berceramah dengan YB Salahuddin Ayub pada 27 Julai itu. Namun, dek kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan maka CMK terpaksa membatalkannya di saat akhir. Namun, CMK terpanggil untuk turut hadir kerana memikirkan rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit maklumat tentang negeri Pahang dan semasa mutakhir ini. Antara perkara yang sempat CMK sentuh dalam masa yang agak singkat ialah isu Biometrik, isu Kes Liwat II, Isu Bersih dan sedikit isu Lynas. CMK tidak sempat untuk bercakap panjang kerana masa yang agak terhadap sebenarnya. Apapun terima kasih kepada PAS Paya Besar yang masih sedia memberi ruang kepada CMK untuk berceramah. Turut berceramah ialah Ustaz Yusoff Embong (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang) dan Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Penerangan Pemuda PAS Pahang). Salam perjuangan buat semua.

Kontroversi Di "Perhimpunan Bersih", Wajarkah Keseluruhan "Institusi Polis" Itu Di Persalahkan Gara-Gara Kesilapan Beberapa Anggota Mereka !!

Rakyat sewajarnya tidak terus menjatuhkan kesalahan atas bahu anggota polis dalam beberapa insiden panas yang berlaku ketika perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu. Ini kerana, mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab atas arahan yang telah diberikan. Maka sewajarnya sebagai penjawat awam, pihak polis terpaksa melakukan tindakan sekiranya mendapati keselamatan dan ketenteraman awam terancam. Memang benar, peserta Bersih 2.0 menjatuhkan kesalahan sepenuhnya atas bahu polis kononnya mereka bertindak kasar, biadap, kejam dan keterlaluan kepada orang ramai yang terlibat dengan perhimpunan tersebut. Namun, dalam masa yang sama rakyat juga harus sedar dengan tanggungjawab pihak terbabit dalam memastikan keamanan dan kedaulatan negara tidak tercemar. Rakyat boleh berhimpun tetapi pihak polis juga ada hak menjalankan tugas mereka. Tambahan pula, bila diwar-warkan ia adalah "perhimpunan haram" tanpa permit dan sebagainya. Memang benar, mungkin ada seorang dua yang bertindak keterlaluan terhadap mereka. Namun, apakah kesalahan itu boleh diletakkan kepada keseluruhan institusi polis itu sendiri. Bukankah, pihak polis juga ada banyak jasa dan sumbangan terhadap rakyat itu sendiri. Mungkin ada beberapa tindakan peserta demontrasi terbabit yang bersikap keterlaluan dan sengaja menimbulkan provokasi yang mengundang kemarahan beberapa orang anggita polis yang bertugas. Sesiapa pun akan menjadi marah dan hilang pertimbangan jika maruah mereka dicabar sebenarnya. Oleh itu, tidak perlulah isu ini terlalu diperbesarkan, kerana akhirnya rakyat akan berhadapan semua dengan pihak polis pada bila-bila masa andai mereka berhadapan dengan berbagai kes jenayah dan sebagainya.


Bukti, rawatan kesihatan dan ruang solat turut disediakan kepada peserta
Peserta diambil keterangan dan diberikan jamuan makan ketika ditahan

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sendiri juga mengadu kepada polis
Kepada siapa lagi mereka harus melaporkan kejadian dan musibah yang melanda, jika institusi polis itu terus dimusuhi oleh rakyat. Amatlah tidak wajar "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Apa yang berlaku hari ini, seolah-olah rakyat menjadi polis itu sebagai musuh yang perlu ditentang, sedangkan jika berlaku sesuatu kejadia tidak dingini ke atas diri mereka maka Balai Polis itu jugalah yang menjadi tempat mereka mengadu. Oleh itu, bersikap rasional dalam mengeluarkan kenyataan dan tindakan agar hubungan antara polis dan rakyat itu dapat dipertahankan sampai bila-bila. Mereka bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira masanya

Ahli Parlimen Titiwangsa, "Dr.Lo' Lo' Ghazali" Sah Meninggal Dunia Di Hospital Selayang Malam Tadi

SHAH ALAM 17 Julai - Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (foto) yang menerima rawatan kerana kanser di Hospital Selayang meninggal dunia malam ini. Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub. “Ya, saya pun baru dimaklumkan mengenai berita ini. Tapi saya belum ada butiran lanjut,” kata seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. Wakil rakyat penggal pertama itu meninggal dunia kira-kira 10.13 malam tadi, kata seorang anggota keluarga menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS. Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan esok, kata anggota keluarga itu. “Jenazah akan diuruskan pagi esok, akan dibawa ke Masjid Al-Akram, Datuk Keramat,” katanya. Maklumat daripada ibu pejabat PAS menyebut jenazah akan diuruskan sekitar 8 pagi esok. Sejak tengah hari tadi, khabar angin mengatakan Dr Lo’ Lo’ yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat telah meninggal dunia disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas SMS dan laman sosial Facebook dan Twitter. Bagaimanapun ia dinafikan oleh pemimpin-pemimpin kanan parti yang secara kebetulan adakan mesyuarat di Ampang petang tadi. pdo


Kenangan, Dr.Lo' Lo' ketika ditahan polis dalam satu perhimpunan dulu
[Setelah panas dengan kontroversi khabar angin mengatakan Allahyarhamah Dr.Lo' Lo' meninggal dunia petang tadi, maka akhirnya ia menjadi kenyataan buat seluruh rakyat terutamanya penyokong pembangkang. PDO mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Perjuangannya dalam membela rakyat selama ini sukar untuk dicari ganti. Malah, kehilangannya pasti amat dirasai semua. Al-Fatihah].

Aktiviti Rakyat: Radzi "Cinta Untuk Nabila" Serta Pak Long "Selagi Ada Rindu" Di Felda Sg.Panching Selatan Dalam "Konsert Jom Ubah" Malam Nanti !

KUANTAN, 15 Julai - Orang ramai dipelawa hadir beramai-ramai ke program Konsert "Jom Ubah" bersama bekas vokalis kumpulan rock Melissa yang popular dengan lagu hitsnya "Cinta Untuk Nabila" iaitu Ustaz Radzi dan Pak Long "Selagi Ada Rindu" jam 9.30 malam ini (Jumaat). Program bakal diadakan di Markaz PAS Felda Panching Selatan dekat sini. Program yang bertemakan "Orang Muda Geng Kita" itu adalah anjuran PAS Kawasan Paya Besar. Program ini adalah bertujuan untuk menarik golongan muda supaya menerima PAS sebagai landasan perjuangan mereka. Ia juga bagi membuktikan kepada rakyat yang parti itu tidak menolak hiburan sepenuhnya, tetapi masih memberi ruang kepada mereka untuk berdakwah menerusi kaedah tersebut. Ia juga sebagai satu pendekatan baru kepada orang ramai, yang selama ini hanya disajikan dengan unsur-unsur ceramah daripada pemimpin politik semata-mata.


Sila klik pada imej untuk membesarkan poster konsert yang berkenaan

CMK Hadir Ke Program Bantahan Lynas Di Taman Gelora Dan Pusat Tarbiyah PAS Kg.Peramu PUTIP

CMK sempat hadir ke program Himpunan Hari Mesra Alam Bersama Keluarga bersempena dengan Hari Bapa di Taman Gelora Kuantan pada 19 Jun 2011 yang lalu. Banyak acara-acara menarik diadakan termasuk pertandingan mewarna, perarakan anti Lynas dan sebagainya. Ternyata apa yang jelas dapat dilihat, bantahan Lynas bukanlah melibatkan kaum Cina semata-mata seperti yang diwar-warkan oleh puak-puak UMNO selama ini. Jelas dapat dilihat rakyat berbilang kaum hadir untuk memeriahkan acara tersebut. Lebih 2,000 yang bersama sejak dari awal pagi hingga berakhir program berkenaan. Masing-masing memakai baju hitam Stop Lynas. Ada juga rakyat asing yang turut memberikan sokongan. Kumpulan berbasikal dan anak muda yang memainkan muzik uplugged juga turut menyerikan program. Laungan "Stop Lynas" bergema bila kumpulan yang berarak mengelilihan kawasan jogging Taman Gelora tiba. Mereka kemudian diberikan taklimat oleh Pengerusi Save Malaysia, Mr.Tan Bun Teat. Selepas ini mereka membentuk tulisan manusia "Stop Lynas" untuk dabadikan. Nyanyian lagu kebangsaan Negaraku turut bergema bagi membuktikan rakyat sebenarnya cintakan negara dan tidak mahu bahan radiokatif mencemari alam ini. Program berakhir sekitar jam 12.00 tengahari dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna kanak-kanak. Semasa acara berlangsung, turut diadakan ialah jualan berbagai cenderahati kempen stop lynas termasuk T-Shirt dan sebagainya, Makanan dan minum disediakan oleh pihak penganjur. CMK sempat menurunkan tandatangan pada kain rentang dan poskad bantahan Lynas yang mahu dihantar kepada Perdana Menteri. Apapun, syabas diucapkan kepada penganjur yang berjaya anjurkan program tersebut dengan meriah sekali.


Terbukti, rakyat berbilang kaum hadir beri sokongan isu berkaitan Lynas

Hj.Ismail (Moderator), Tan Bun Teat (Save Malaysia) dan Ahmad Bongsu
Selepas berada beberapa jam di Taman Gelora, CMK terus bergegas ke Pusat Tarbiyah Islam Kg.Peramu (PUTIP) untuk mendengar ceramah dalam Majlis Penerangan Bahaya Lynas anjuran Lajnah HEP, Alam Sekitar dan NGO PAS Kawasan Parlimen Kuantan. Sempat menjamu selera bersama para hadirin yang hadir dan mendengar penerangan oleh Jurutera Nuklear, Encik Ahmad Bongsu Hamid Tuah. Taklimat yang disampaikan cukup bernas sekali dalam menjawab kekeliruan yang timbul dalam isu Lynas ini sebenarnya. Beliau membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk "Bahaya Bahan Radioaktif Dari Kilang Lynas Di Gebeng". Sebelum itu difahamkan pada sebelah paginya taklimat telah diberikan oleh Peguam Save Malaysia iaitu Najib Husin. Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk "Isu-Isu Sosio-Legal Berkaitan Pembinaan Kilang Lynas Di Gebeng". Program telah dirasmikan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Kuantan, Ustaz Rosli Abdul Jabar. Sebelum berakhir, CMK juga sempat bertanyakan soalan dan berikan pandangan berkaitan isu Lynas.

Perubahan Kepimpinan PAS, Pengguguran Datuk Dr.Hassan Ali Sungguh Mengejutkan Sebenarnya

Perubahan tampuk kepimpinan negeri yang dilakukan oleh Parti Islam SeMalaysia baru-baru ini sungguh mengejutkan sebenarnya. Di ambang Pilihanraya Umum Ke-13 yang bakal menjelma bila-bila masa dari sekarang, tiba-tiba perubahan itu dilakukan. Ramai yang bersetuju, namun ramai juga yang mempersoalkan keputusan pucuk tertinggi PAS itu. Namun, segalanya sudah tersurat dan pemimpin yang turun dan naik perlu menerima hakikat dan amanah dengan jujur dan ikhlas terhadap perjuangan. Paling mengejutkan ialah penguguran Datuk Dr.Hassan Ali daripada kerusi Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor. Perkara itu telah diumumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Kedudukan Hasan yang juga ADUN Gombak Setia sebagai pesuruhjaya PAS Selangor digantikan oleh ADUN Meru Dr Abdul Rani Osman, satu nama yang tidak sehebat dan tersohor seperti Hassan Ali. Soalnya sekarang, kenapa nama Hassan Ali terpilih untuk digugurkan?. Apakah dek kerana beliau sering mempunyai pandangan yang tidak sealiran?. Mungkin juga ada kebenarannya, tambahan pula Hassan Ali sering berbeza pendapat dan pandangan dalam berbagai isu yang membabitkan PAS dan Pakatan Rakyat di Selangor itu sendiri. Kini, segalanya terletak ditangan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sama ada mengekalkan beliaus ebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau digugurkan. Malah, Khalid juga mengakui masih belum tiba masa yang sesuai untuk menggantikan Datuk Dr Hasan Ali sebenarnya. Pengguguran Hassan Ali itu pasti akan menyeronokkan UMNO BN. Ini kerana Hassan dilihat antara pemimpin PAS yang sering berbicara soal kerajaan perpaduan selama ini. Apakah andaian itu benar atau sebaliknya?. Hanya Hassan Ali yang boleh menentukan hala tuju politiknya selepas ini. CMK harap beliau terus tabah dan dapat menerima keputusan itu dengan tenang. Perjuangan membela rakyat Malaysia harus diteruskan!

Dek Kerana Takutkan Fakta Tiba-Tiba MB Pahang Mengamuk Dan Kata Mahu Menyaman CMK Pula!

CMK sungguh terkejut apabila dimaklumkan oleh seorang sahabat pagi semalam bahawa Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob mahu menyaman CMK kerana buat pendedahan panas isu Lynas. CMK pun hairan, kenapa MB tiba-tiba menyebut nama CMK ketika berucap di Perhimpunan Pagi Ke Arah Perkhidmatan Cemerlang. Beliau berkata demikian di Wisma Sri Pahang, dan disaksikan oleh ribuan kakitangan kerajaan yang berhimpun di situ. Turut mendengar kenyataan beliau itu ialah lebih 10,000 anggota perkhidmatan awam di seluruh negeri Pahang. Ini kerana program tersebut dirakamkan secara langsung oleh Radio Malaysia Pahang (Pahang FM) dan didengari oleh mereka yang turut berhimpun di lokasi-lokasi yang berkenaan. Dalam ucapannya MB secara jelas menghentam CMK dengan mengatakan CMK mennyamar sebagai "cucumatkilau" padahal ibu CMK berasal dari Gemencheh Negeri Sembilan dan hanya aayah CMK berasal dari Pulau Tawar Jerantut. Beliau juga dengan jelas mengatakan CMK kononnya menfitnah beliau kerana melibatkan adiknya dengan isu Lynas. Turut akan disaman ialan portal blog Pahang Daily Online (PDO) dan Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh. Perhimpunan yang berlangsung hampis satu jam itu khabarnya dijadikan wadah politik untuk belaiau membantai CMK dan YB Fuziah kononnya bercakap tidak berlandaskan fakta dalam isu Lynas. Paling melucukan dia juga mengatakan radiasi yang dihasilkan Lynas tidak merbahaya dan turut mendedahkan kononnya jalan tar yang menjadi tapak perhimpunan pagi itu juga mempunyai radiasi. Ramai kakitangan awam yang CMK temui menyatakan mereka simpati dengan kenyataan MB itu. Nampak benar dia kini ketakutan selepas satu persatu bukti kukuh yang memang ada unsur penyelewengan dalam projek Lynas itu sebenarnya. Ramai juga sahabat-sahabat yang menghubungi CMK dan terkejut dengan kenyataan MB itu. Namun, bagi CMK tiada apa yang mahu ditakutkan kerana kenyataan soal adik MB itu adalah berasaskan fakta yang telah termaktub dan bukan sekadar omongan kosong semata-mata. CMK bersedia untuk berlawan dengan MB Pahang di mahkamah jika itu yang beliau inginkan. Bagi CMK banyak lagi rahsia besar tentang projek ini akan didedahkan, bagi membuktikan kepada rakyat bahawa mereka semua telah ditipu dek permainan politik licik MB Pahang dengan kroni-kroninya dalam projek berbahaya ini. Gelanggang kini dibuka dan demi rakyat CMK tidak akan berundur. Perjuangan akan diteruskan walau pun getir rintangannya.

Tahniah Mat Sabu Susulan Kemenangan Jawatan Timbalan Presiden Pada Pemilihan PAS Tahun Ini

CMK mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon-calon kepimpinan PAS yang telah berjaya memenangi jawatan utama parti itu hari ini. Biar pun agak sedih apabila Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man tewas dengan majoriti tipis hanya 21 undi sahaja. Maka itulah kemenangan Mat Sabu dilihat sebagai pemangkin kepada perjuangan Islam di Malaysia itu sendiri sebenarnya. Biar pun beliau bukan dari kumpulan ulamak, namun beliau dilihat antara pemimpin PAS yang paling dekat dihati rakyat. Tambahan pula beliau antara pemimpin yang kerap ditahan polis dalam banyak demontrasi. Beliau juga adalah pelopor demontrasi Bersih pada tahun 2008 dulu, dan Julai tahun ini. Semangat perjuangan kentalnya, diterima oleh rakyat perbilang kaum di negara ini. Cuma apa yang diharapkan kemenangan Mat Sabu ini akan menambahkan lagi sokongan rakyat berbagai kaum terhadap parti PAS. Dalam pemilihan PAS yang diumumkan hari ini Mat Sabu meraih 420 undi bagi mengalahkan penyandangnya, Nasharudin Mat Isa (224 Undi) dan seorang lagi ulama disegani, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (399 Undi). Bagi barisan naib presidennya pula, perwakilan parti itu membuat keputusan untuk mengekalkan dua orang ahli parlimennya di jawatan itu Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena). Salahuddin meraih 753 undi manakala Mahfuz pula mendapat 616 undi. Bagi melengkapi pasukan pilihan raya ini, para perwakilan turut memilih tokoh profesional, Datuk Husam Musa (660 Undi) ke jawatan Naib Presiden PAS pada kali ini.

Tahniah Buat Ustaz Nik Abduh Atas Kemenangan Sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS Yang Baru !

CMK nak ambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada sahabat, Ustaz Nik Abduh anak kepada MB Kelantan Tok Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat yang telah menang jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS yang baru. Kemenangan beliau diharap akan menyemarakkan lagi perjuangan Islam dalam parti PAS selepas ini. Malah, gandinganya dengan Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi yang kekal sebagai Ketua Pemuda PAS dilihat sebagai satu kombinasi yang cukup mantap untuk membawa harapan baru kepada generasi muda selepas ini. CMK pernah bersama beliau pada 15 Januari 2011 yang lalu, ketika itu kami berdua telah diundang menjadi pembentang kertas kerja untuk program Himpunan Media Baru Peringkat Kebangsaan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat dan Negeri Pahang. Program diadakan di Hotel Green Park Temerloh itu menjadi kenangan bersama yang masih CMK kenang hingga ke hari ini. Beliau banyak memberi nasihat kepada CMK tentang hala tuju perjuangan. CMK semoat makan bersama selepas program sebelum masing-masing meninggalkan lokasi. Apapun, CMK mendoakan agar PAS akan berjaya menjadi sebuah parti alternatif yang akan diterima oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Kekecohan Di Demontrasi Lynas Dapat Di Elakkan Jika Penyokong Kerajaan Fahami Erti Demokrasi !

CMK sempat hadir pada pada himpunan rakyat bantah Lynas yang dianjurkan oleh Save Malaysia Stop Lynas di Pantai Teluk Chempedak dan Hotel Hyatt pada 30 dan 31 Mei baru-baru ini. Malah, CMK melihat sendiri situasi yang berlaku di lokasi kejadian ketika itu. CMK tidak mahu marahkan sesiapa dalam hal ini, namun sesiapa sahaja boleh menyatakan pandangan dalam sesebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini sebenarnya. Samalah juga dalam menyokong parti politik, kita boleh sokong kerajaan yang memerintah atau pun parti pembangkang. Kita boleh menyokong sesiapa sahaja dan itu sudah termaktub dalam perlembagaan. Begitu juga dalam hal Lynas, sepatutnya tidak perlu timbul kekecohan seperti yang berlaku di Hotel Hyatt jika pihak yang menyokong Lynas faham erti sebuah demokrasi. Mereka sepatutnya mengadakan demontrasi aman dan bebas menyatakan sokongan. Mereka juga boleh menubuhkan jawatankuasa khas untuk memperjuangkan isu ini. Beri kefahaman kepada rakyat agar menyokong projek tersebut. Beri maklumat berfakta agar rakyat faham kenapa kerajaan wajar meneruskan projek itu. Buar poster, kain rentang serta ceramah berterusan seperti apa yang dilakukan oleh Save Malaysia Stop Lynas. Tindakan primitif yang dilakukan oleh pihak berkenaan bagi menunjukkan mereka berkuasa melakukan apa sahaja adalah tidak wajar sama sekali. Negara kita ada undang-undang dan sepatutnya ia dituruti. Tidak perlu ada provokasi yang mengundang pergaduhan itu sebenarnya.


Berdemo ialah secara aman, bukannya provokasi menyerang pihak lawan
Tindakan yang dilakukan oleh penyokong kerajaan baru-baru ini amatlah melampau. Mereka bukan sahaja menghina, malah menghalau rakyat yang mengadakan demontrasi secara aman. Mereka berani melakukannya sebab dalam kelompok yang ramai serta dibantu oleh pihak polis. Bukan itu saja, tindakan mengkasari beberapa orang aktivis termasuk para wartawan adalah amat memalukan sekali. Apa yang terjadi seolah-olah sama seperti yang berlaku di Palestin, apabila wartawan di tembak sesuka hati oleh rejim Yahudi. Apakah ini yang kita mahu pamerkan kepada dunia?. Oleh itu CMK amatlah berharap agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi. Jika pun UMNO dan Kerajaan Negeri Pahang mahu adakan demontarasi, buatlah secara aman dan tidak perlu menyerang pihak lain yang berbeza pandangan dengan mereka. Kita mahu hidup dalam keadaan aman dan selamat dalam negara Malaysia tercinta ini. Kenapa perlu ada tindakan ala samseng yang boleh mengeruhkan suasana harmoni dan perpaduan kaum?. Ingatlah, Lynas bukanlah isu perkauman sebaliknya isu rakyat yang perlu diberi perhatian. Selamatkan Malaysia, Selamatkan Kuantan.

CMK Telah Hadir Ke Majlis Dialog NGO Bantah Isu Lynas Di GC Curry House Jalan Air Putih Kuantan

Petang semalam (28 Mei) CMK sempat hadir di program Majlis Dialog NGO Tempatan (Negeri) Hentikan Lynas yang akan diadakan di GC Curry House, Jalan Air Putih Kuantan. Awalnya CMK merancang untuk ke Temerloh dan Kerdau untuk bersama rakyat di sana dalam beberapa program yang diadakan termasuk Himpunan Warga Felda dan Ceramah Umum Pakatan Rakyat, namun dek kerana beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan termasuk bajet maka CMK membatalkannya di saat akhir. Agak terkilan kerana tidak dapat bersama rakan-rakan di sana. Apapun, kesempatan hadir di majlis anjuran Save Malaysia Stop Lynas amatlah bermakna sekali. Tambahan pula, CMK sempat menyertai dialog tersebut, memberi komen dan pandangan ikhlas tentang senario terkini yang berlaku dalam isu ini. Sokongan orang ramai amatlah menggalakkan tatkala CMK menyampaikan hujjah pada majlis tersebut. Program bermula sekitar jam 3.00 petang itu berakhir dua jam kemudian. Wakil NGO dan profesional telah diundang untuk menjawab beberapa persoalan. Majoriti yang hadir adalah kaum Cina, dan hanya terdapat beberapa kerat kaum Melayu dan India yang turut bersama. Apapun, memang sudah dijangka, kerana hanya media berbahasa Cina sahaja yang banyak melaporkan isu Lynas secara telus dan tulus. Akhbar berbahasa Melayu (kecuali Sinar Harian) dilihat masih gagal berperanan untuk memberikan informasi yang sebenarnya kepada rakyat.


Barisan kepimpinan Save Malaysia Stop Lynas yang bersama semalam

Barisan pimpinan Pemuda MCA Indera Mahkota yang turut hadir sama
Banyak berita kabur yang dibuat, untuk memesongkan minda rakyat terhadap isu ini sebenarnya. CMK sempat berjumpa beberapa orang pimpinan Save Malaysia Stop Lynas untuk berbincang tentang usaha menarik seberapa ramai rakyat supaya lebih peka tentang isu ini. Paling membanggakan dalam program semalam, beberapa orang pemimpin muda MCA Indera Mahkota turut hadir berikan sokongan moral. Tahniah CMK ucapkan kepada mereka kerana berani tampil untuk bersama rakyat dalam isu seperti ini. Sekurang-kurangnya ini bagi membuktikan kepada kita bahawa isu Lynas yang dibantah oleh rakyat bukanlah permainan politik parti pembangkang seperti yang diperkatakan oleh Kerajaan Malaysa dan Kerajaan Negeri Pahang itu. Ianya adalah isu rakyat yang perlu diambil perhatian serius jika tidak mahu ia terus berpanjangang. Hentikan Lynas !!.

Pilihanraya Umum, CMK Dengan Rasa Ikhlas Hati Menawarkan Diri Bertanding Sebagai Calon DUN !

Tanggal 25 Mei 2011, maka genaplah usia CMK yang ke-40 tahun. Maka, bermula era baru dalam hidup CMK selama ini. Ramai yang tidak mengerti apakah yang CMK perjuangkan, namun mutakhir ini masing-masing sudah mula memahami hasrat murni CMK untuk terus berjuang membela rakyat dalam apa jua keadaan sekali pun. Bagi CMK, usia 40 adalah bererti permulaan yang baru dalam hidup ini bagi meneruskan perjuangan. Biar pun pada masa ini CMK dilihat sebagai aktivis bebas, selepas berundur dari politik kepartian namun hala tuju perjuangannya adalah tetap sama. CMK mahu melakukan perubahan agar hari ini lebih baik dari hari semalam. CMK mahu politik kita lebih matang dan lebih adil dan saksama. CMK tidak mahu perjuangan politik itu disulami dengan berbagai taktik-taktik kotor dalam menjatuhkan lawan masing-masing. Kita perlu ingat bahawa kita adalah Khalifah dimuka bumi ini. Maka, kita tidak wajar terus berpolitik sepanjang masa hingga mengabaikan tanggungjawab hakiki kita di atas muka bumi ini. Kita tidak boleh terbawa-bawa fahaman politik sempit dalam kehidupan seharian kita, hingga kita hanya menjaga hubungan antara sesama kita dalam parti tertentu sahaja. Ketika pilihanraya, mungkin ada orang yang sokong kita, tetapi selepas pilihanraya kita perlu rapatkan ukhwah. Tidak boleh kita bezakan dan pinggirkan mereka yang tidak menyokong kita. Tidak boleh kita abaikan orang lain semata-mata tidak memangkah kita ketika pilihanraya. Ini tidak baik untuk generasi yang akan datang. Kita sebagai Khalifah di mukabumi ini harus melayan semua orang dengan adil dan saksama, hatta musuh politik kita sekali pun. Tindakan membeza-beza ini orang aku, itu orang mu menyebabkan, rakyat yang tidak berdosa akhirnya teraniaya. Tidak bolehkah kita berpolitik ketika masanya berpolitik, dan selepas itu kita kembali bersatu, berpadu dan mengeratkan sillaturrahim. Sanggupkah kita pinggirkan jiran-jiran kita semata-mata mereka tidak sehaluan dengan kita?. Hanya dek kerana berbeza agama dan bangsa, kita terkadang terpaksa abaikan tanggungjawab sosial terhadap mereka?. Inilah perubahan besar yang perlu dilakukan dalam membawa erti sebuah perjuangan yang hakiki dalam kehidupan kita sebenarnya.

Tawar Diri Bertanding Kerusi DUN Pada PRU13

Justeru itulah, CMK merasakan sudah tiba masanya diwujudkan satu iklim politik yang lebih sihat dalam negara kita. Apakah salah dan dosa orang lain hingga mereka harus kita pinggirkan?. Baik sangatkah kita hingga menganggap orang yang tidak berpihak kepada kita adalah musuh kita buat selamanya?. Ini berlaku dalam politik hari ini dan sewajarnya diubah jika mahu kehidupan yang lebih selesa pada masa akan datang. Lantaran itulah CMK dengan beraninya menawarkan diri untuk menjadi Calon dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang. Ramai yang terkejut dengan keputusan berat ini, tetapi itulah hakikatnya. CMK perlu masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri Pahang secara terhormat atas nama demokrasi. CMK mahu bersuara membela rakyat secara lebih agreasif lagi. Jalan terbaik ialah menawarkan diri walau pun CMK kini tidak berparti sebenarnya. Ada yang mengatakan CMK gila kuasa dan memilih jalan yang salah untuk meneruskan perjuangan. Tapi mereka juga harus ingat, akibat tidak memaklumkan keputusan mahu menawarkan diri sejak dari awal lagilah akhirnya nama CMK tercicir dalam senarai calon Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam pemilihan 2010 yang lalu. CMK dipersalahkan oleh pimpinan tertinggi PKR Pahang, kerana tidak memaklumkan secara rasmi hasrat tersebut. Sedangkan CMK sudah mewar-warkannya di dalam Facebook dan blog CMK sendiri. Mungkin kesilapan itu menyebabkan CMK akhirnya gagal untuk membantu memperkasakan Media Baru parti secara lebih praktikal lagi. Lantaran itu juga, CMK tidak mahu melakukan kesilapan buat kali yang kedua. Bagi CMK, niat ikhlas untuk berjuang membela rakyat perlulah dilakukan pula di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, selepas lebih 13 tahun CMK berjuang dijalanan serta sering berada di belakang tabir selama ini.

Empat Kawasan DUN Yang Bakal Menjadi Pilihan

Ramai yang hairan kenapa CMK buat pengumuman terlalu awal, sedangkan tarikh pilihanraya umum pun masih menjadi teka teki lagi. Malah ada yang tertanya-tanya CMK mahu bertanding atas tiket apa, sedangkan CMK sudah tidak berparti sekarang ini. Semua ini pasti akan menimbulkan kontroversi yang berpanjangan. Apa yang penting CMK akan terus berjuang untuk membela rakyat walau dalam apa jua cara sekali pun. Bagi CMK dimana-mana jua pasti akan ada masalah yang tidak dapat diselesaikan menerusi saluran politik. Buat masa ini CMK hanya menawarkan diri sahaja, dan CMK akan maklumkan selepas ini antara kawasan DUN pilihan dan seterusnya atas tiket apa CMK akan meneruskan perjuangan ini. Bagi CMK rakyat perlu dilayan sama rata dalam apa jua cara sekali pun. Mereka adalah hakim negara dan hak mereka perlu dihormati. Jika ditakdir CMK tersungkur, maka ribuan maaf diucapkan atas apa yang terjadi. Namun andai CMK berjaya teruskan perjuangan ini, maka CMK akan buktikan bahawa masanya sudah tiba untuk meneruskan cita-cita selama ini. CMK amat mengharapkan sokongan semua. Soal atas tiket mana dan parti mana itu CMK tidak berani untuk putuskan lagi. Mungkin dalam masa terdekat ini CMK akan tentukannya. Namun antara kerusi DUN Pilihan yang difikirkan sesuai untuk CMK tandingi ialah DUN Pulau Tawar (tempat asal usul keturunan CMK), DUN Chenor (tempat CMK dibesarkan dan mengenal erti kehidupan), DUN Kuala Sentul (tempat CMK bersekolah dan bersosial) dan yang terakhir sekali ialah DUN Semambu iaitu tempat bermastautin dan tempat CMK mengundi pada PRU-13 ini. Semua kawasan ini adalah sinonim dengan hidup CMK dan sudah pasti ada kekuatan untuk CMK buktikan kepada rakyat andainya hasrat murni ini mendapat sokongan dari kalangan rakyat ini diteruskan.

CMK Sertai Himpunan Rakyat Bantah Lynas Dari KLCC Ke Pejabat' Pesuruh Jaya Tinggi Australia' !

Baru-baru ini (20 Mei) CMK sempat mengikuti rombongan ke perhimpunan anti Lynas di Kuala Lumpur. Pada awalnya CMK tidak jadi pergi disebabkan bajet dan kenderaan yang alami masalah teknikal. Namun selepas dimaklumkan oleh seorang sahabat bahawa ada bas rombongan dari Masjid Cenderawasih masih kosong, maka lepaslah CMK ke KL. Penganjur rombongan ialah Hj.Ismail (Kg.Tengah), dia banyak bagi maklumat dan pandangan semasa perjalanan. Bertolak dari Kuantan sekitar jam 8.30 pagi, dan singgah di R&R Gambang untuk sarapan. Sekali lagi singgah di R&R Gombak untuk rehat, sebelum terus ke KL. Sampai di sana dalam pukul 12.30. Bergerak ke KLCC untuk solat Jumaat dalam pukul 1.00 petang itu. Selesai solat, masing-masing bersiap sedia untuk berarak ke Kedutaan Australia yang terletak lebih kurang 700 meter dari KLCC di Jalan Yap Kwan Seng. Sampai di lokasi, kelihatan ramai peserta demo datang dari Kuantan yang sudah berada di situ. Difahamkan ada 10 buah bas dari sini. Kelihatan anggota polis lebih ramai dari peserta. Suasana sungguh meriah ketika itu dengan laungan "hidup rakyat, tolak Lynas, Save Malaysia" daripada peserta demo.


Hj.Ismail sedang sibuk memberi taklimat kepada semua peserta rombongan


Singgah di R&R Gambang sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur


Antara pimpinan parti PAS yang turut hadir menyokong bantahan Lynas

CMK sempat bergambar dengan Tian Chua serta lain-lain peserta yang hadir



Kelihatan beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat dari Pahang yang hadir seperti Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi, Ustaz Suhaimi Md Saad, Ustaz Fadhil Noor, Andansura Rabu, Ustaz Yusof Embong dan yang lainnya. Turut hadir ialah pemimpin PKR seperti Tian Chua, Elizabeth Wong, Azmizan Zaman Huri dan yang lainnya. Selain itu ada beberapa wakil dari PSM yang memberikan sokongan. Kelihatan juga wakil dari Peguam Pahang yang sama-sama berada di situ. Trak FRU lebih kurang 5 buah diletakkan di hadapan Kedutaan Australia. Itu belum termasuk anggota polis bersenjata yang turut mengawal keadaan. Suasana umpama di medan perang. Mujurlah Pesuruhjaya Tinggi Australia membenarkan enam orang wakil termasuk YB Fuziah Salleh untuk masuk menyerahkan memorandum tersebut. Hujan turun dengan lebatnya ketika peserta menunggu wakil mereka keluar dari Kedutaaan Australia. Polis sekadar mengawal dan tidak membuat apa-apa provokasi. Mungkin atas arahan pihak kedutaan. Perhimpunan selesai lebih kurang jam 4.00 petang dan kami bersurai untuk balik ke destinasi masing-masing selepas itu. Sesungguhnya, perhimpunan yang berlangsung di KL adalah terlalu manis untuk dikenang. CMK ucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta.

Seharian 'Meluangkan Masa 'Bersama Himpunan Rakyat Bantah Lynas & Seminar Maqasid Shari'ah

Pada 15 Mei 2011 yang lalu, CMK sempat bersama rakyat dalam beberapa program yang diadakan di sekitar bandar Kuantan. Paginya sekitar jam 11.00 CMK hadir ke demo anti-Lynas anjuran Parti Demokratik Rakyat (DAP) yang diadakan di hadapan Pejabat Khidmat parti itu di Jalan Beserah. Pada awalnya CMK juga agak terkejut kerana anggota polis lebih ramai dari orang awam. Khabarnya polis sudah diarahkan ke lokasi terbabit seawal jam 7.30 pagi lagi. Polis berpakaian seragam dilihat berbaris di depan pejabat DAP seperti mahu bersedia untuk menggempur rakyat yang mahu mengadakan himpunan secara aman. Agak sukar untuk kita faham kenapa ini berlaku?. Sedangkan jika himpunan itu bertujuan untuk hiburan sudah pasti ia dibenarkan. Alasan OCPD Kuantan, Tuan Jasmani Yusoff perhimpunan itu tiada permit. Beberapa pemimpin DAP seperti YB Leong Ngah Ngah (ADUN Triang), YB Anthony Loke (Ahli Parlimen Rasah) dan YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota) dari PKR juga sempat berucap. Ketika Anthony Loke berucap itulah OCPD datang dan mengarahkan perhimpunan bersurai sambil ditenangkan oleh YB Azan. Dalam kekecohan menyuruh semua bersurai, tiba-tiba ada empat aktivis ditangkap oleh pihak polis. CMK sempat ke IPD Kuantan untuk meninjau situasi di sana. Difahamkan kesemua mereka dibebaskan beberapa jam kemudian dam diminta melaporkan diri ke IPD Kuantan pada 16 Jun nanti. CMK sempat beramah mesra dan bergambar dengan YB Teo Nie Ching (foto) Ahli Parlimen Serdang yang kontroversi dengan isu ceramah di dalam surau dulu.


CMK sempat bergambar kenangan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Bergambar dengan sahabat blogger, wfauzdin blogspot yang turut hadir
Sementara itu di sebelah petangnya CMK sempat hadir ke Seminar Maqasid Shariah Dan Masyarakat Majmuk yang diadakan di Dewan Restoran Sekilau Seafood Jalan Hj.Ahmad. Seminar anjuran Gabungan NGO-NGO Islam Pahang itu menampilkan Dr.Muhammd Nur Manuty (Ketua Penerangan PKR), Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang & Naib Presiden PAS Pusat) dan Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi (Ketua Pemuda PAS). Sementara itu ahli panel jemputan pula ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Agak ramai juga yang hadir dan tambah menarik ialah seminar itu turut disertai oleh ramai kaum Cina dan India. Mereka sama-sama berada dalam dewan untuk mendengar penjelasan yang diberikan oleh ahli panel. Seminar tersebut dipengerusikan oleh Dato' Fauzi Abd Rahman iaiatu Pengerusi PKR Pahang. Sambutan hangat dikalangan peserta membuktikan bahawa rakyat ternyata mahukan satu kehidupan yang selesa dibawah pemerintahan sebuah kerajaan yang lebih adil dan telus. Bukan kerajaan yang sengaja melaga-lagakan isu perkauman seperti yang berlaku hari ini. Diakhir program CMK sempat bergambar dengan Anwar Ibrahim sebelum beliau meninggalkan majlis. Selain Anwar, CMK juga sempat beramah mesra dengan rakyat bebagai bangsa termasuk sahabat blogger Wfauzdin.

Panas, Naib Ketua AMK Pahang Sdr Hafez Harun Letakkan Semua Jawatannya Daripada Parti PKR

Selepas digemparkan dengan berita Chegubard keluar PKR baru-baru ini, maka hebohlah seluruh negara tentang isu tersebut. Ada yang percaya, ada yang tidak dan ada pula yang mahu tunggu dan lihat. Persoalan apakah benar Chegubard akan berbuat demikian, itu terletak kepada dirinya. CMK tidak pernah mengatakan dia akan masuk mana-mana parti sama ada UMNO atau terus dengan Pakatan Rakyat. Namun, ada pihak yang membuat ramalan jika pun Chegubard keluar maka dia besar kemungkinan akan sertai Parti Demokratik Rakyat (DAP). Apapun keputusan Chegubard ia sudah pasti akan menjadi tajuk utama media arus perdana selepas ini. Khabarnya jika Chegubard keluar PKR, maka beliau akan diikuti oleh para penyokong setianya yang kini sudah bersiap sedia untuk sama-sama menaiki kapal baru. Difahamkan, satu persatu Ketua AMK Cabang yang berpihak kepada Chegubard juga akan berbuat demikian. Ini terbukti, apabila Ketua AMK Cabang Kuala Krau, Hafez Harun berbuat demikian semalam. Beliau yang juga merupakan Naib Ketua AMK Pahang meletakkan semua jawatannya dari PKR berkuat kuasa pada 9 Mei 2011 (Isnin). Surat perletakan tersebut telah dihantar melalui email kepada pihak yang berkenaan. Menurut Hafez, turut berbuat demikian ialah Timbalan Ketua dan Naib Ketua AMK Cabang Kuala Krau. Tidak dapat dipastikan apakah Hafez akan mengikuti jejak langkah Chegubard. Tidak dapat dipastikan dia masih bersama PKR atau turut keluar parti itu. CMK akan cuba menghubungi Hafez Harun untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kempen Bantah Lynas Terus Bergema, Kerajaan Harus Dahulukan Rakyat Dalam Kontroversi Ini

Malam tadi CMK sempat luangkan masa untuk bersama rakyat di program 1,000 ibu mengandung bantah rare earth di pantai Teluk Chempedak Kuantan. CMK smpai awal sekitar jam 6.00 petang, dengan niat untuk memantau situasi di kawasan tersebut. Namun, sesampai di lokasi telah kelihatan beberapa petugas AMK Pahang mengedarkan risalah, air mineral dan jualan baju T-Shirt Stop Lynas, Save Malaysia. Sempat dengar YB Tian Chua dan YB Fuziah Salleh buat ucapan ringkas. CMK pun dapat bercakap sekitar lima minit untuk menyemarakkan api perjuangan rakyat. Program berjalan lancar, cuma lewat petang itu pihak polis yang diketuai OCPD Kuantan telah mengarahkan semua bersurai. Beliau juga melarang sebarang aktiviti termasuk penjualan t-shirt bantah Lynas di kawasan itu. Namun, selepas rundingan dengan beberapa orang pemimpin akhirnya pihak polis membenarkan dengan kawalan oleh pegawai mereka. Sebelah malam barulah orang ramai berpusu-pusu datang. Masing-masing bersemangat untuk nyatakan bantahan. Ada dikalangan mereka ialah para doktor, peguam, guru, pegawai kerajaan dan berbagai lagi. Mereka juga kecewa dengan tindakan kerajaan terus membenarkan Lynas beroperasi di Gebeng. Program berakhir sekitar jam 9.30 malam dengan nyalaan lilin di tepi pantai tersebut sambil diikuti dengan berbagai laungan slogan keramat. CMK ucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat. Program berjaya capai matlamat biarpun penuh dengan dugaan dan rintangan sebenarnya. Teruskan perjuangan untuk menyedarkan rakyat tentang bahaya radioaktif yang akan dihasilkan oleh kilang Lynas.

Sumpah Laknat, Lokman Sebenarnya Yang Telah Mula Tunjukkan Jalan Kepada Saiful Dan Eskay !

Bila melihat Datuk Eskay bersumpah laknat dan sebelum itu Saiful Bukhari Azlan berbuat demikian beberapa tahun lalu, CMK terkadang tertanya-tanya dari manakah mereka belajar ilmu sumpah-sumpah itu selama ini?. Selepas diamati betul-betul, akhirnya barulah CMK faham bahawa ilmu sumpah berkenaan dipelajari daripada bekas pemimpin Angkatan Muda Keadilan sendiri yang kini kembali bergelar Exco Pemuda UMNO iaitu Lokman Noor Adam (foto). CMK masih ingat Lokman telah bersumpah di Masjid Negara pada 19 Feb 2004. Dalam sumpahnya sambil menjunjung Al-Quran diatas kepalanya, Lokman mendakwa bahawa cerita Ketua AMK Keadilan ketika itu iaitu Ezam Md.Noor ambil duit RM 1 Juta daripada Presiden Filipina, Estrada dan sumbangan Ketua Pemuda Terengganu sebanyak RM 300,000 adalah benar. Beliau sedia dilaknat Allah s.w.t. jika dakwaannya tidak benar. Lokman cabar Ezam untuk lafaz sumpah junjung Quran ditempat yang sama pada 21 Feb 2004 tepat jam 11.00 pagi untuk menafikan dakwaannya itu. Beliau bersumpah selepas dipecat dari menjadi ahli Keadilan atas tuduhan membuat tuduhan liar tanpa bukti, memujuk orang untuk masuk UMNO dan memburukkan nama Keadilan di media massa. Anehnya sampai sekarang Ezam tidak menjawab sumpah Lokman dan perkara ini masih menjadi tanda tanya sebenarnya. Maknanya Lokman mempunyai bukti yang Ezam melakukan perbuatan rasuah tersebut, malah beliau siap kepilkan dengan resit bukti-bukti yang berkaitan selepas itu. Soalnya sekarang, jika Ezam masih belum menjawab sumpahnya maka ini bermakna Lokman tidak wajar bersama Ezam dalam UMNO. Namun, itulah politik bagi mereka yang bergelar petualang rakyat. Segala sumpah dan janji yang diberikan oleh mereka kini dimungkiri dan terbukti mereka yang bersumpah ini kebanyakannya menjerumuskan diri menjadi munafik. Cuma bezanya, sumpah Eskay dan Saiful di dalam masjid sebaliknya sumpah Lokman Noor Adam diluar masjid. Gara-gara sumpah si Lokman itulah Keadilan Paya Besar dibubarkan pada tahun 2004 lalu. Ketika itu nama CMK adalah calon Keadilan untuk DUN Lepar. Itulah dia bahana sumpahan. Kini ia berlaku lagi dan apakah kita boleh terima sumpah itu?.

Khabar Angin Isu Chegubard Tinggalkan PKR, Ke Mana Arah Hala Tuju Perjuangannya Selepas Ini!

Susulan pendedahan CMK berkaitan khabar angin tentang tokoh anak muda Keadilan iaitu Chegubard yang tewas secara misteri ditangan Samsul Iskandar ketika merebut jawatan Ketua AMK dalam Pemilihan 2010 yang lalu, maka blog CMK menjadi sedikit panas dan tegang. Tambahan pula banyak blog pro UMNO memetik artikel tersebut termasuk AnwarAIDC yang pernah menyiarkan gambar CMK cium Anwar satu ketika dulu. Kini orang-orang kanan Chegubard terus dihujani dengan berbagai persoalan daripada anak muda Keadilan di seluruh negara. Mereka gusar, ke mana hala tuju perjuangan Chegubard jika dia meninggalkan PKR?. Soalnya, ke manakah arah tujuan beliau selepas ini?. Semua itu terletak dibahu anak muda itu jika benar beliau akhirnya terpaksa meninggalkan PKR. Tidak perlu ada yang menuduh dia pengkhianat kerana masa sudah terlalu lama diberikan kepada pucuk pimpinan tertinggi PKR untuk menyelesaikan kemelut Pemilihan 2010 dulu. Namun, segala yang dijanjikan itu nampaknya tidak membuahkan hasil. Bayangkan kemenangan Samsul ke atas Chegubard diisytiharkan tanpa jumlah undi yang diperolehi. Ini sesuatu yang amat tidak wajar berlaku dalam sesebuah parti sebenarnya. Apa akan terjadi jika Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak mengumumkan jumlah undi bila mengisytiharkan pemenang sesuatu pilihanraya?. Bukankah kita akan tuduh SPR menipu dan sebagainya. Kini, apa yang berlaku kepada Chegubard harus dijadikan tauladan kepada PKR agar tidak mengulangi perkara yang sama pada masa akan datang. Berlaku adillah dalam parti sendiri sebelum beriya-iya mahu mencari keadilan buat rakyat. Keadilan itu perlulah ditegakkan dan bukan hanya untuk dilaungkan semata-mata.


Panas, Chegubard juga dilihat muncul dengan MB Negeri Sembilan ini
Lantaran itulah CMK tidak hairan jika benar Chegubard membawa diri. Itu hak beliau setelah sekian lama menunggu dan terus menunggu. Difahamkan, beliau kini aktif dengan berbagai aktiviti dibawah SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia). Anehnya, itu pun menjadi halangan pihak-pihak tertentu hinggakan banyak program beliau terpaksa dibatalkan akibat campur tangan pihak atasan PKR. CMK melihat, ini satu perkembangan yang tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku. Malahan lebih teruk lagi, bila ceramah beliau juga banyak yang dihalang sedangkan beliau masih lagi bersama PKR. Bayangkan anak muda seperti Chegubard yang telah banyak berjasa kepada perjuangan Keadilan tiba-tiba diperlakukan begitu?. Justeru itu, tidak hairanlah jika beliau pergi sebagai seorang pejuang yang bermaruah. Apapun, keputusan terletak ditangan Chegubard sekarang. Beliau yang juga mempunyai hubungan saudara dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu khabarnya memberi masa lagi kepada parti untuk menyelesaikan kemelut yang melanda. Jika tiada jalan penyelesaian, maka barulah keputusan drastik akan dibuat olehnya. Ramai yang menuduh beliau gila jawatan, tapi mereka harus ingat dia juga pernah ditawarkan jawatan oleh PKR sebelum ini. Namun dia menolak atas kerana prinsip yang terus dipertahankan. Soalnya apakah dia akan bersama UMNO, PAS, DAP, KITA atau lain-lain parti yang seangkatan dengannya?. Atau mungkin akan terus aktif dengan NGO seperti SAMM, Perkasa dan sebagainya. Hanya Chegubard lebih mengetahuinya. Apapun keputusan yang dibuat, CMK tetap menghormati keputusan beliau dan sesungguhnya dia akan pergi sebagai seorang pejuang yang bermaruah dan bukan pengkhianat seperti yang lain-lainnya.

Siapa Gamaknya 'Pemimpin Pakatan Rakyat' Yang Bersekongkol Dengan Projek Radio Aktif Lynas Itu

Ramai yang terkejut bila CMK terpaksa dedahkan ada pemimpin pembangkang (Pakatan Rakyat) yang cakao tak serupa bikin dalam Isu Lynas. Dalam sibuk-sibuk rakyat berjuang untuk membatalkan projek berkenaan, pemimpin terbabit telah sanggup bersekongkol menikmati hasil daripadanya. Bukankah ini satu pengkhianatan dan tidak sewajarnya berlaku. Namun, apa boleh buat kerana manusia itu hatinya lain-lain. CMK tidak berani untuk menyalahkan beliau sepenuhnya jika benar dia terlibat dengan Lynas. Namun, agak menghairankan kenapa ini boleh berlaku?. Ramai yang kecewa dengan pendedahan panas yang dibuat ini. Namun, hakikat perlu ditelan. Jika tiada angin masakan pokok bergoyang. CMK bukan dapat maklumat dari tepi jalan. Malah, jika pun UMNO yang beri maklumat mungkin CMK tidak dapat menerimanya. Tapi, bila maklumat itu disalurkan oleh penyokong kuat dan ahli parti sendiri, ini sudah tidak wajar berlaku. Mana mungkin pemimpin yang dilihat berjuang membela rakyat dalam isu Lynas tiba-tiba ada kaitan pula dengan syarikat dan projek itu. Apapun, fail masih dalam siasatan dan belum disiapkan sepenuhnya. Cuma CMK harap, pemimpin terbabit dapat berfikir sebelum membuat keputusan. CMK terpaksa mendedahkan perkara ini jika terbukti beliau bersalah. Ini kerana, CMK tidak mahu berkompromi dengan benda yang salah. Bagi CMK yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar. Walau bagaimana pun perjuangan untuk membantah Lynas akan diteruskan dalam apa jua keadaan sekali pun. Faktor ada yang menjadi gunting dalam lipatan, itu adalah masalah peribadi. Agenda utama ialah memastikan Lynas keluar dari Kawasan Perindustrian Gebeng. Itulah perjuangan sebenar untuk seluruh rakyat Kuantan yang tidak berdosa ini.

Tamparan Hebat Buat PKR Jika Benar Anak Muda Seperti 'Chegubard' Pula Meninggalkan Parti Itu !!

Petang Isnin (2 Mei 2011) CMK telah meluangkan masa untuk bertemu dengan Chegubard (PKR) di sebuah restoran mamak dekat bandar Kuantan. Banyak benda yang kami bualkan, termasuk senario di Sarawak, isu saman Utusan, kes liwat II termasuk juga berkisarkan hala tuju perjuangan politik masing-masing. CMK hargai kunjungan Chegubard ke Kuantan, ketika dia dalam perjalanan dari Kemaman untuk berceramah malam itu di Lanchang. Turut hadir petang itu ialah Kamarul Hatta (PKR) dan Saudara Ito (Kg.Tengah). Dalam berbual, Chegubard sekali lagi meluahkan perasaan terkilan beliau akibat kegagalan PKR menyelesaikan kemelut pemilihan 2010 lalu. Parti katakanya seolah-olah cuba mengalih pandangan dan mahu beliau melupakan apa yangs udah berlaku, sedangkan perkara itu sebaptutnya diselesaikan seperti janji dua minggu yang dibuat oleg Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution semasa Kongres PKR di Petaling Jaya tahun lalu. Namun sehingga kini segalanya "indah khabar dari rupa". Ini menyebabkan Chegubard terpaksa memberi sedikit masa sahaja lagi untuk PKR membuat keputusan, sama ada mahu menyelesaikan kemelut itu atau membiarkan sahaja ia berlalu. Beliau turut menegaskan akan bertindak untuk "meninggalkan parti itu" andai jalan penyelesaian tiada. Malah katanya, itulah yang amat dikehendaki oleh mereka yang berkuasa sekarang ini. Ketika CMK tanya ke mana hala tuju politiknya andai keluar PKR. Chegubard beberapa kali menegaskan dia akan membuat satu keputusan mengejut berkenaan perkara itu. Namun, itu pun jika tiada tindakan daripada pucuk pimpinan tertinggi PKR sendiri. CMK merasakan, PKR bakal menerima pukulan TKO jika anak muda seperti Chegubard pula meninggalkan parti itu. Malah, dia khabarnya akan membawa bersama para penyokong dan pemimpin muda di peringkat cabang-cabang di seluruh negara. Ini satu tamparan hebat buat PKR, maka seharusnya Anwar Ibrahim memainkan peranan untuk menyelesaikan kemelut ini. Agak malang bila beliau yang masih bersama PKR tiba-tiba dihalang melakukan aktiviti termasuk berceramah di sana-sini oleh parti sendiri. Senario ini memang berlaku, dan sungguh memalukan. CMK harao, Chegubard dapat membuat keputusan yang bijak dalam menentukan masa depan perjuangannya. CMK hormati apa jua keputusan yang dibuat beliau.

Sensasi: Apakah Kewajaran Pelatih Puspen Lebih Dijaga Kebajikannya Oleh Kerajaan BN Daripada Mereka Yang Menuntut Di Pusat Pengajian Tinggi

Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop (foto) berhubung kos yang ditanggung kementerian bagi seorang penghuni Puspen, iaitu sebanyak RM19.77 sehari atau RM593.10 sebulan sungguh mengejutkan. Kos tersebut merangkumi perbelanjaan makan minum, emolumen kakitangan dan perkhidmatan serta bekalan. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Mariany Mohammad Yit pada persidangan Dewan Negara semalam. Jika benar apa yang dipertakan oleh Abu seman itu, maknanya dalam tempoh setahun kerajaan Malaysia terpaksa membelanjakan sebanyak RM7,117.20 atau RM14,234.40 untuk tempoh dua tahun pelatih puspen menjalani latihan disitu. Maknanya jika ada yang keluar setelah menamatkan latihan, kemudian mereka menagih semula dan masuk kembali ke puspen kerajaan terpaksa menanggung lagi dua tahun latihan mereka. Ini menjadikan jumlah keseluruhannya ialah RM28,468.80. Bayang jika akhirnya mereka keluar dan kemduian masuk kembali ke situ seperti banyak yang berlaku sekarang, maka tambahan lagi dua tahun diperuntukkan. Maknanya mereka akan menghabiskan masa selama enam tahun di puspen dan kerajaan terpaksa belanjakan kos RM42,703.20 untuk setiap pelatih.

Pelatih Serenti Lebih Untung Daripada Pelajar IPT

Soalnya sekarang, apakah bila pelatih serenti terbabit keluar dari puspen mereka dikejar dengan hutang piutang yang memaksa mereka membayarnya, seperti yang berlaku kepada graduan IPT?. Bukankah mereka tidak perlu membayar apa-apa walau satu sen pun. Malah ramai dikalangan mereka akan menagih semula. Mereka suka masuk ke puspen kerana katanya kerajaan tanggung kehidupan di situ. Akhirnya mereka mati dan kerajaan tidak dapat apa2 hasil daripada pelaburan yang dibuat itu. Pernahkah kerajaan fikirkan semua ini? Wajarkah para pelajar IPT yang belajar utk menuntut ilmu di menara gading dan menjadi aset berguna untuk pembangunan negara pada masa akan datang tidak pula ditanggung pembelajaran mereka?. Mereka dibebani dgn berbagai hutang seperti MARA, JPA dan pastinya PTPTN. Jika mereka belajar peringkat sijil, kemudian sambung ke diploma dan akhirnya ijazah mereka akhirnya menanggung hutang hingga hampir sama jumlah dengan pelatih puspen itu tadi. Mereka terpaksa membayar balik pinjaman PTPTN. Malah mereka dikenakan berbagai tekanan supaya membayar balik wang tersebut. Adilkah situasi ini?. Mereka yang belajar, kerajaan tidak tanggung, sebaliknya yang menagih dadah ditanggung pula. Maka itu, wajarlah pinjaman PTPTN dijadikan sebagai biasiswa seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara terutamanya untuk pelajar Bumiputra. Usahlah dibebani mereka dengan hutang-piutang sedangkan sebahagian besar mereka itu tidak bekerja atau bekerja diluar bidang tugas mereka. Ramai yang bekerja gunakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedangkan kelulusan dari IPT terpaksa disimpan akibat kekurangan peluang pekerjaan.


Apakah kita mahu ketuanan Melayu di pusat serenti dikekalkan
[Pelajar Melayu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti yang diiktiraf, berhak mendapat biasiswa seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan sebenarnya. Pemberian biasiswa pelajaran adalah antara hak keistimewaan bagi orang Melayu. Pemberian pinjaman di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak boleh dianggap sebagai pengganti kepada pemberian biasiswa. Pinjaman PTPTN adalah untuk kemudahan semua rakyat Malaysia. Jika pinjaman ini menggantikan pemberian biasiswa untuk pelajar Melayu Bumiputera, maka hak keistimewaan orang Melayu telah diketepikan. Sekiranya ada pelajar Melayu bumiputera yang berjaya ke universiti tetapi tidak memperolehi biasiswa, bermakna perkara ini bertentangan dengan semangat dan hasrat yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai Hak Keistimewaan Orang Melayu. Maka itu fikir-fikirkanlah]. pahangdaily