Program Titik Sentuhan RTM

Ditemuduga oleh wartawan 'Titik Sentuhan RTM' berkaitan isu jalan rosak dilaluan pintasan Bandar Indera Mahkota melalui Bukit Sekilau ke Bandaraya Kuantan

Tanding Pilihan Raya Umum Ke-15

Berada di pejabat SPR Pahang, ambil borang bertanding DUN dan Parlimen PRU-15 lalu, namun hasrat itu dibatalkan akibat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan

Pilihan Raya Kecil DUN Chini

Menjadi calon bebas PRK DUN Chini pada Julai 2020, walau bagaimana pun saya tewas dalam percubaan tersebut kerana kekurangan dana untuk berkempen tarik sokongan pengundi.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin

Akibat dihalang masuk ke dewan untuk menghantar borang pencalonan pada PRK Parlimen Rompin pada 2015, tunjuk protes dengan mengoyak borang terbabit di luar dewan.

Temuduga Khas Wartawan Astro Awani

Ditemuduga oleh wartawan Astro Awani tentang pandangan beliau apa yang dimahukan dan harapan rakyat dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12

Misteri Kejadian Lemas Libatkan Dua Mangsa Serentak Di Air Terjun Berkelah Perlu Di Rungkai !


Kejadian dua remaja lemas di  pusat rekreasi Air Terjun Berkelah, Maran kelmarin adalah tragedi keempat yang melibatkan dua mangsa lemas serentak di lokasi terbabit sejak tahun 2013 sebenarnya.  

Kejadian terbaharu melibatkan dua mangsa dari Pandamaran, Selangor petang kelmarin. (Mayat dua remaja lemas di Air Terjun Berkelah ditemukan) menimbulkan misteri kepada ramai pihak sebenarnya.  

Sebelum ini  tiga kejadian yang sama melibatkan pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) iaitu pada  April 2013 (Dua pelajar UMP mati lemas), Julai 2016 (Dua rakan mati lemas di air terjun Berkelah) dan Februari 2017. (2 pelajar UMP lemas di Air Terjun Bekelah).


Apa yang menghairankan, semua kejadian berlaku pada waktu petang dan melibatkan dua orang mangsa serentak. Justeru saya menggesa agar pihak pengurusan pusat rekreasi terbabit mengetatkan lagi kawalan keselamatan agar kejadian yang sama tidak berulang. 

Kejadian dua mangsa lemas serentak adalah sesuatu yang mengejutkan dan jelas sekali ia mengundang misteri. Jika ia melibatkan seorang mangsa, mungkin itu dianggap perkara biasa. 

Orang ramai perlu di beri maklumat yang tepat tentang risiko yang menanti untuk mereka mandi manda di lokasi terbabit. Bukan sekadar meletakkan papan tanda yang tidak dapat dilihat dengan jelas oleh pengunjung. 

Petugas keselamatan seperti di kolam-kolam renang perlulah disediakan, kerana kejadian yang berlaku terlalu pantas dan mereka yang menyelamat pula tiada pengalaman dan akhirnya turut menjadi mangsa.


Sesuatu perlu dilakukan, jika tidak mahu ramai lagi mangsa  menjadi korban di kawasan ini yang akhirnya mengundang ketakutan untuk orang ramai berkunjung. Ia merugikan dari aspek pelancongan sebenarnya. 

Maka itu, misteri disebalik kejadian ini perlulah dirungkai agar kes sebegini tidak mencemarkan imej kawasan pusat rekreasi ini akhirnya. #cmknews