Program Titik Sentuhan RTM
Ditemuduga oleh wartawan 'Titik Sentuhan RTM' berkaitan isu jalan rosak dilaluan pintasan Bandar Indera Mahkota melalui Bukit Sekilau ke Bandaraya Kuantan
Tanding Pilihan Raya Umum Ke-15
Berada di pejabat SPR Pahang, ambil borang bertanding DUN dan Parlimen PRU-15 lalu, namun hasrat itu dibatalkan akibat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan
Pilihan Raya Kecil DUN Chini
Menjadi calon bebas PRK DUN Chini pada Julai 2020, walau bagaimana pun saya tewas dalam percubaan tersebut kerana kekurangan dana untuk berkempen tarik sokongan pengundi.
Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin
Akibat dihalang masuk ke dewan untuk menghantar borang pencalonan pada PRK Parlimen Rompin pada 2015, tunjuk protes dengan mengoyak borang terbabit di luar dewan.
Temuduga Khas Wartawan Astro Awani
Ditemuduga oleh wartawan Astro Awani tentang pandangan beliau apa yang dimahukan dan harapan rakyat dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12
Clever Girl: NGO Gesa Tidak Gunakan Gelaran "Wakil Negeri" !
Pokok Mati Ancam Keselamatan Orang Awam, MPK Di Gesa Segera Bertindak !
MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
(Blogger Cucumatkilau)
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]
Pengurusan Terminal Sentral Kuantan (TSK) Di Gesa Perbaiki Aspek Keselamatan !
Sebuah lagi kenderaan orang awam menjadi mangsa pengkhianatan di kawasan parkir berbayar di Terminal Sentral Kuantan (TSK). Saya ke lokasi selepas mendapat aduan yang disebarkan menerusi media sosial. Setibanya ke TSK, beliau mendapati aduan tersebut ada kebenarannya.
Sebuah kenderaan Perodua Bezza berwarna merah, kehilangan dua tayar.. satu depan dan satu belakang. Terdapat batu-bata yang digunakan untuk menampung kenderaan terbabit. Difahamkan, pemiliknya masih berada di luar (out station).
Sudah beberapa kali kejadian jenayah berlaku di kawasan parkir tersebut sebelum ini. Kejadian curi tayar kereta dan motor, curi bateri, pecah cermin, curi beg barang berharga dan sebagainya dilaporkan. Namun, kita hairan pihak TSK masih gagal menyediakan kemudahan dari segi aspek keselamatan terbaik, terutamanya Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan Pengawal Keselematan. Ini menyebabkan penjenayah tidak takut untuk melakukan kegiatan jenayah di kawasan tersebut.
Banyak Laporan Polis yang dibuat oleh mangsa gagal diselesaikan kerana masalah CCTV yang tidak berfungsi. Siasatan lanjut sukar dijalankan apabila kamera litat tertutup gagal berfungsi.
Isu ini sudah lama, baynyak kejadian yang berlaku akhirnya mangsa dipersalahkan. Pihak pengurusan TSK dengan bangganya meletakkan papan tanda kononnya mereka tidak bertanggung jawab atas semua kenderaan dan segala kerosakan atau kehilangan adalah tanggungjawab pemilik sendiri... Ini tindakan zalim dan tidak wajar.
Bukankah mereka mengenakan bayaran kepada pemilik kenderaan, jika risiko sendiri sekali pun TSK sepatutnya menyediakan kawalan keselamatan yang terbaik.. sekurang-kurangnya CCTV berfungsi dan ada kawalan keselamatan di kawasan terbabit. Jangan hanya mengambil caj perkhidmatan tetapi 100% salahkan pengguna yang letak kenderaan di lokasi. Ini tindakan berat sebelah yang kami rasa harus diperbetulkan.
Justeru, saya merayu kepada pihak pengurusan TSK agar membaik pulih mutu perkhidmatan terutamanya soal kawalan keselamatan. Berapa banyak lagi harta awam akan dirosakkan oleh penjenayah jika perkara sebegini terus dibiarkan.
MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
(Blogger Cucumatkilau)
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]
http://angkaraterjah.blogspot.my/
Iftar Di Atas Padang, Sampai Bila Situasi Begini Mahu Terus Di Kekalkan Agaknya
RAMLI @ JAMALUDDIN
(Blogger Cucumatkilau)
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]
Isu "Pokok", Lebih Elok Selesai Aduan Rakyat Dari "Jejaki" Penebang Haram !
Kenyataan tersebut disebarkan oleh Pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sendiri berdasarkan kepada nombor talian untuk dihubungi 09-5673333 (Jabatan Landskap MPK). Ia telah diviralkan dalam group-group Facebook Kuantan sejak semalam.
Difahamkan pokok telah ditebang pada tengah malam Isnin, 29 Mei 2017.
Justeru, sebagai Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) yang telah banyak memperjuangkan isu rakyat termasuk juga isu pokok di sekitar bandar Kuantan sejak beberapa tahun kebelakangan ini maka saya berharap MPK bersabar dan fokuskan kepada aduan rakyat terlebih dahulu sebelum menjejaki "penebang haram".
Bagi saya, kedudukan pokok tersebut juga memang sudah tidak strategik dan menganggu penglihatan pengguna jalanraya sebenarnya. Mungkin selepas beberapa kali aduan di buat akhirnya pihak terbabit mengambil keputusan menebang sendiri pokok berkenaan.
MPK seharusnya mengambil tindakan segera terhadap aduan rakyat dalam isu pokok ini. Difahamkan, banyak aduan tentang pokok berbahaya sama ada reput, mati atau terlalu besar telah dilaporkan sebelum ini sebenarnya. Namun, MPK lambat mengambil tindakan atau bersikap "tunggu dan lihat".
Ada dua insiden pokok tumbang dan menghempap kenderaan telah kami terjah. Dalam kes tersebut mangsa sering mengadu MPK mendakwa tidak bertanggungjawab terhadap pokok-pokok tumbang dan tidak bersedia membayar gantirugi kepada mangsa.
Sedangkan, aduan dan tender untuk menebang pokok dibuat oleh pihak terbabit. Tapi bila berlaku musibah, MPK dengan mudah lepas tangan dan menuding jari kepada pihak lain.
Pendekkata, apa saja isu berkaitan pokok maka mangsa perlu selesaikan sendiri masalah mereka. Ini semua berpunca daripada aduan demi aduan tetapi MPK tidak bertindak segera, hingga pokok tumbang atau dahan jatuh menghempap kenderaan dibawahnya.
Justeru, kami mengesyorkan MPK tidak perlu bersusah payah untuk menjejaki siapa yang menebang pokok di hadapan Satay Zul itu. Lebih baik MPK siasat balik berapa banyak aduan tentang masalah pokok dilaporkan, tetapi mereka masih tidak bertindak sehingga ke hari ini. Itu lebih baik dari merayu orang ramai memberi maklumat pihak yang didakwa tebang pokok secara haram itu sebenarnya.
"Cakna Demi Rakyat"
MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
(Blogger Cucumatkilau)
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]
http://angkaraterjah.blogspot.my/
'Peraturan' Benar Bawa Bayi Dan Ibu Mengandung Masuk Stadium Perlu Di Kaji Semula !
KUANTAN: Pengurusan Stadium Darul Makmur digesa mengkaji semula kebenaran membawa kepada ibu mengandung dan bayi yang baru lahir masuk ke stadium pada masa-masa akan datang. Ia bagi menggelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Demikian ditegaskan oleh Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) kepada PDO pagi ini. Beliau berkata, tindakan para penyokong membawa masuk ibu mengandung dan bayi yang baru lahir ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Pahang dengan Negeri Sembilan baru-baru ini amatlah mengejutkan ramai pihak.
Malah katanya, dengan kapasiti penonton yang melimpah ruah, penuh dan padat maka tindakan tersebut boleh membahayakan keselamatan mereka.
"Bayangkan jika ada kejadian yang tidak dingini seperti rusuhan, hujan lebat dan sebagainya. Bukankah ibu mengandung dan bayi yang masih kecil itu akan menjadi mangsa. Memang ramai ibubapa yang bertindak demikian baru-baru ini. Malah, lebih sedih lagi ada sebahagian daripada mereka terpaksa berdiri kerana ketiadaan tempak duduk", kata Shukri.
"Umum mengetahui, ada kalanya akan berlaku kekecohan dalam stadium seperti tolak menolak, baling membaling, membakar suar dan sebagainya. Maka itu, sudah pasti bayi yang baru lahir dan ibu mengandung akan menjadi mangsa. Malah saya lihat depan mata ada yang baru lahir sekitar dua atau tiga bulan, siap ibubapa membawa kereta sorong masuk ke dalam stadium. Menonton bola bukanlah untuk bersantai di tepi pantai atau taman-taman rekreasi sebenarnya", tambah Shukri lagi.
Difahamkan, akibat tindakan membawa terlalu ramai kanak-kanak bawah umur telah menyebabkan ramai penyokong Pahang yang tidak dapat tempat duduk. "Mereka terpaksa berdiri, malah ada yang duduk di tepi longkang.. saya pun merasa duduk tepi longkang.. ini kerana tempat duduk yang sepatutnya cukup, telah dipenuhi dengan kanak-kanak bawah umur", katanya lagi.
Justeru, beliau berharap agar pihak stadium dapat memantau perkara ini bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang. Peraturan sedia ada perlulah di kaji agar ia tidak memudaratkan para penonton. Mungkin tindakan membawa bayi dan ibu mengandung baru-baru ini gara-gara perlawanan jatuh pada malam cuti umum hari pekerja keesokannya. Jika tidak pasti situasi ini tidak berlaku. #pahangdaily
NGO Angkara Gesa Jalan 'Susur Keluar' Flyover Bukit Ubi Segera Di Perbetulkan
Menurut beliau, aduan diterima daripada orang awam yang menggunakan laluan itu seetiap hari. Susulan itu, beliau bersama skuad terjah telah ke lokasi untuk melihat sendiri situasi yang berlaku.
"Ternyata, ia wajar diperbetulkan. Saya melihat dengan jelas situasi bahaya yang boleh mengundang kemalangan pada bila-bila masa. Susur keluar itu adalah laluan utama orang ramai dari arah Jalan Haji Junid dan Jalan Lim Hoe Lek (Stadium Darul Makmur) ke Indera Mahkota). Selepas lampu isyarat mereka wajib melalui laluan susur itu untuk ke jalan utama dari arah Jalan Bukit Ubi (bandar)."
"Pembinaan flyover Bukit Ubi yang menelan belanja jutaan ringgit itu, sepatutnya siap lebih awal berdasarkan jadual. Namun, warga Kuantan tetap berbangga atas kewujudannya. Namun, ia sepatutnya mengurangkan kesesakan jalanraya anehnya masalah lain pula yang melanda. Malahan kesesakan bertambah kritikal terutamanya pada waktu puncak", tambah Shukri lagi, sambil berharap ia diperbetulkan segera.

Anina Di Nasihatkan Cermin Diri Dulu Sebelum Berhasrat Lawan Najib Di Pekan
Saya harap Anina fikir balik tentang hasrat beliau itu. Ini kerana beliau hanya ahli biasa semasa dalam UMNO. Maka tidak masuk dek akal tiba-tiba dia mahu lawan Presiden bekas partinya dulu. Jika dia bekas seroang pemimpin tertinggi UMNO mungkin ada munasabah juga.
Saya nampak Anina hanya mahu mencari publisiti murahan untuk mencabar Najib di kerusi tradisinya itu. Kekuatan Najib di Pekan sukar ditandingi oleh sesiapa pun kerana nama beliau sudah sinonim dengan pengundi di sini. Malah, beliau juga adalah anak kepada bekas Perdana Menteri yang merupakan Ahli Parlimen Pekan terdahulu, iaitu Allahyarham Tun Razak.
Anina boleh cuba bertanding dulu di kerusi Parlimen Langkawi, tempat asal beliau. Jika dia menang di situ, barulah berubah angin pada pilihan raya berikutnya untuk melawan Najib di Pekan. Namun jika kalah dan hilang deposit, maka tak guna berkokok untuk menentang Perdana Menteri di kawasan kubu kuat beliau. Ia pasti akan memalukan Anina sendiri sebenarnya.
Dia sendiri telah dilucutkan jawatan Ketua Srikandi dari parti barunya (PPBM). Mana mungkin dia boleh menang di Pekan, sedangkan pemimpin sendiri tidak suka kepada beliau yang kononnya terlibat dengan skandal seks. Justeru, elok Anina muahasabah diri dan kenal pasti potensi diri terlebih dahulu daripada berangan-angan menentang Najib.
Ini bukan kisah lagenda Mahsuri, ini kenyataan yang wajar diberi perhatian. Jangan buang masa, kumpul kekuatan dulu dalam parti barulah tanam impian dan cita-cita
Difahamkan, Bekas Senator dan Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan Datuk Ezam Mohd Nor. turut menyuarakan hasrat bertanding di kerusi Parlimen Pekan pada PRU-14 ini nanti. Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Najib menewaskan calon PKR, Mohd Fariz Musa dengan majoriti 35,613 undi.
Mohd Shukri B Mohd
Ramli @ Jamaluddin
(Blogger Cucumatkilau)
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]
Video Rafizi 'Serang' Dr Mahathir, 'Walau Pun Lama' Tapi Masih Lagi Relevan !
Demikian ditegaskan oleh bekas blogger PKR, Mohd Shukri Mohd Ramli (Blogger Cucumatkilau) kepada PDO. Menurut beliau ramai yang mempersoalkan, kenapa PKR tiba-tiba boleh bersekongkol dengan Mahathir sekarang ini. Walhal, umum mengetahui Mahathir adalah individu yang bertanggung jawab mengumbankan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara pada 1998.
Shukri yang pernah menjadi calon PKR bagi kerusi DUN Kemayan pada PRU12 lalu turut mendakwa, sudah pasti dengan tersebarnya video ini akan memalukan Pakatan Harapan (PH). Ketika mereka mahu membentuk gabungan yang mantap bagi menghadapi pilihanraya, tiba-tiba salah seorang pemimpin PKR pernah mendedahkan kekayaaan anak-anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
"Bagi saya jika apa yang didedahkan oleh Rafizi itu adalah fitnah semata-mata, maka Tun Dr Mahathir wajar menyaman pemimpin PKR itu. Ini kerana ia jelas memalukan keluarganya. Beranikah Tun Mahathir bertindak sedemikian?. Usah dipersoalkan kenapa media memainkan isu ini. Soalnya, benarkah ia diperkatakan oleh Rafizi atau sebaliknya. Soal baru atau lama itu hal lain, soalnya benarkah kekayaan anak-anak Tun Mahathir sedemikian rupa", katanya.
"Ia bukanlah fitnah tetapi kenyataan, dan hanya rakyat yang bijak menilai sahaja pasti akan melihat ia tidak bagus untuk masa depan negara ini. Mahathir menuduh Najib membolot harta kekayaan negara ini, namun dalam masa yang sama rahsia kekayaan anak-anaknya pula terdedah. Sesuatu yang amat mengecewakan penyokong PH sebenarnya. Rakyat harus bijak membuat penilaian demi masa depan mereka", tambah beliau lagi.
Shukri turut menegaskan sentiman simpati dan kasihan tidak wajar dicampur adukkan dengan politik. Mereka harus lebih simpati kepada Anwar yang kini masih berada dalam penjara daripada susuk tubuh orang yang pernah menganiaya beliau suatu ketika dulu. Tiba-tiba orang itu dianggap sebagai "hero" dan "pejuang rakyat" pula. Bukankah itu sesuatu yang amat pelik sebenarnya. #pdonews
Isu Terjah NGO Angkara, Tersiar Dalam Slot "Titik Sentuhan" TV1 Malam Tadi !
Setiausaha Kerajaan Negeri Di Gesa Siasat Aktiviti "Bolot Tanah" Di Pahang !
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato Sri Muhammad Safian Bin Ismail di gesa menyiasat dakwaan ada kakitangan awam di negeri ini yang membolot tanah untuk diri sendiri dengan sewenang-wenangnya.
Kegiatan tersebut sudah berlaku sejak sekian lama, dan ia bertambah serius mutakhir ini. Bahkan ada laporan kegiatan tersebut gagal dikesan kerana mereka menggunakan nama proksi untuk mengaburi mata pihak berkuasa.
Bayangkan ada kakitangan kerajaan yang mempunyai berpuluh-puluh ekar tanah tanpa perlu dimasukkan dalam pengisytiharan harta. Kegiatan mereka menjadi mudah kerana ada dalang yang mengambil kesempatan atas perkara ini.
Tanah-tanah kerajaan, walau pun sudah ada permohonan terdahulu...dilapis oleh mereka. Pemohon asal diminta menunggu dan terus menunggu, sebaliknya tanah tersebut sudah dikeluarkan geran atas nama proksi-proksi mereka. Pihak ini licik, namun kegiatan mereka berjaya dihidu apabila masing-masing hidup mewah dengan kekayaan luar biasa.
Orang dalam yang berkuasa terhadap tanah-tanah disyaki menjadi dalang aktiviti ini, dengan syarat bahagian mereka ada sama. Rakyat yang memohon ada yang sudah meninggal dunia, tetapi fail tidak diangkat, sebaliknya fail atas nama lain diluluskan atas lot yang sama.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang berwibawa kerana kontraknya sering dilanjutkan sejak beberapa tahun lalu, Dato Sri Muhammad Safian diharap dapat menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap isu ini.
Nama Kerajaan Negeri Pahang jadi tercemar, gara-gara tindakan beberapa kerat kakitangan mereka yang khianat kepada tanggungjawab. Perkara ini sudah berlaku sejak sekian lama terutama melibatkan jabatan-jabatan yang berurusan dengan hal ehwal tanah di seluruh negeri ini sebenarnya.
Blogger Cucumatkilau AKA
MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
Penyelaras NGO
Angkaran Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]
www.angkaraterjah.blogspot.my
Kerajaan Negeri Pahang Di Gesa Siasat, Pegawai Guna "Nama Proksi" Untuk Bolot Tanah !
Senario ini sudah berlaku sejak sekian lama terutamanya melibatkan jabatan yang berkaitan dengan urusan tanah.
Mereka gunakan kuasa dan membolot tanah-tanah dengan kerjasama pihak-pihak tertentu di jabatan terbabit. Mereka bijak dan licik, menggunakan nama proksi agar aduan tidak boleh dibuat kerana bukan atas nama sendiri.
Rakyat memohon tanah bertahun-tahun, sampai ada yang meninggal dunia tapi akhirnya mereka yang dapat tanah yang dipohon dengan cara melapis pelan permohonan terbabit. Saya simpati dengan nasib rakyat Pahang, terutamanya yang dah berpuluh tahun mendiami sesuatu tanah itu. Mohon geran, tidak dilayan.. tiba-tiba dapat kat orang lain dengan kerjasama orang dalam.
Isu ini berlaku di seluruh negeri terutamanya jabatan yang berkaitan dengan hal ehwal tanah.
Mereka juga tipu isytihar harta, kerana pemilikan hartanah terbabit menggunakan nama proksi dan saudara mara. Walhal milik mereka. Keuntungan dikaut dengan menjualkannya kepada pihak ketiga. Inilah yang terjadi, hingga pegawai rendah boleh mempunyai puluhan ekar tanah. Sedangkan rakyat marhaen memohon geran tanah untuk tapak rumah yang mereka diami pun tak dapat.
Perkara ini perlu disiasat dan mereka yang terlibat di bawa ke muka pengadilan kerana khianat terhadap amanah dan tanggungjawab hakiki. Katanya lagi, kerajaan boleh menyiasat melalui kakitangan di jabatan terbabit sendiri sebenarnya.
Banyak maklumat akan diperolehi, jika kerajaan serius untuk memnangani isu ini. Kita tidak mahu nama baik kerajaan rosak gara-gara pegawai yang tidak jujur. Demi kemewahan mereka tergamak membolot tanah-tanah untuk diri sendiri.
Blogger Cucumatkilau AKA
MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
Penyelaras NGO
Angkaran Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]
www.angkaraterjah.blogspot.my
Jumlah 4.1 Juta Rakyat Yang Layak Tapi Belum Daftar Pengundi, Di Mana Kreadibiliti SPR?
Adalah tidak masuk dek akal jumlah sebanyak itu dimaklumkan oleh SPR sendiri. Sedangkan badan terbabit yang sepatutnya mencari jalan mempermudahkan urusan pendaftaran agar rakyat Malaysia yang sudah mencapai 21 tahun dapat menunaikan tanggungjawab mereka.
Apa yang dinyatakan seolah-olah usaha SPR semakin terkebelakang. Saya gusar melihat senario ini. SPR wajar mengkaji kaedah terkini bagaimana mereka boleh mempermudah dan melancarkan urusan pendaftaran... Bukan sekadara memberi statistik, setiap tahun semakin ramai tidak mendaftar.. Ini merugikan masa depan negara sebenarnya.
Saya hairan kerana ketika negara belum membangun dan keadaan politik tidak sehebat hari ini, berbagai iklan agar rakyat mendaftar sebagai pengundi dipaparkan di akhbar dan media elektronik. Namun anehnya, hari ini ia tidak berlaku?. kenapa SPR tidak berbelanja besar untuk mempromosikan kewajipan rakyat Malaysia yang mencapai usia 21 tahun untuk mendaftar sebagai pengundi macam dulu-dulu.
SPR sendiri sewajarnya perlu lebih kerap turun padang untuk membolehkan rakyat mendaftar sebagai pengundi. Bukan sekadar menunggu di lokasi tertentu semata-mata. SPR perlu memberi perkhidmatan kepada rakyat, bukan menyediakan perkhidmatan dan membiarkan rakyat tercari-cari mereka. Zaman sudah berubah. Apakah SPR tiada KPI?.
Sepatutnya SPR mencari jalan untuk mengurangkan statistik rakyat yang tidak daftar sebagai pengundi. Apakah SPR takut, senario terkini ramai generasi muda yang mendaftar mahu lakukan perubahan politik?. Bahkan, majoriti yang mendaftar pula adalah kaum tertentu yang dilihat lebih cenderung menyokong parti pembangkang?.
SPR perlu menjadi badan bebas yang seronok meramaikan pengundi untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing setiap kali pilihanraya. Amehnya hari ini, SPR seolah-olah tidak merasa apa-apa dengan statistik semakin ramai yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.
Jika ini keadaannya, kenapa SPR tidak menyambung status ARO dan menyekat proses pendaftaran ARO dari NGO dan parti politik pada hujung 2013, menyebabkan jumlah pengundi baru turun mendadak untuk suku pertama tahun berikutnya?.
Inilah yang memusykilkan, apakah agenda SPR sebenarnya?. Mahu meramaikan pengundi atau sekadar cukup dengan jumlah sedia ada?.. Apakah dengan memaklumkan seramai 4.1 juta yang layak belum mendaftar bermakna SPR mencapai tahap terbaik dalam perkhidmatan mereka?.
Rakyat sebenarnya mahu melihat SPR berada dalam situasi terbaik menjelang Pilihanraya Umum Ke-14 ini. SPR diharap menjadi badan bebas yang lebih profesional dalam melaksanakan pilihanraya. Namun jika jumlah 4.1 juta yang layak belum berjaya didaftarkan maka apakah PRU14 ini boleh dianggap yang terbaik bagi SPR. Akhirnya pasti situasi yang sama juga akan berlaku. Jangan biarkan rakyat Malaysia terus mempersoalkan kreadibiliti SPR selepas ini hendaknya. Lakukan yang terbaik demi rakyat.
MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]
Majikan, Pemimpin Wajar Contohi Sikap "Prihatin", Pemangku Raja Pahang - Blogger Cucumatkilau
KUANTAN: "Para majikan dan pemimpin di negeri ini, perlulah mencontohi sikap prihatin yang ditunjukkan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah yang begitu mengambil berat hal ehwal kakitangannya,,, hinggakan dalam keadaan bertongkat pun baginda sanggup luangkan masa untuk menziarahi anak kepada anak buahnya yang menerima rawatan baru-baru ini", kata Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli (foto).
Beliau yang juga dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau (CMK) berkata demikian, susulan banyak terdengar rungutan daripada sesetengah pihak bahawa ada majikan dan pemimpin yang bersikap sombong dan memandah rendah terhadap anak-anak buahnya.
"Jangan harap nak menziarahi anak buat jika di hospital, nak bertanya khabar pun susah. Kebajikan apatah lagi. Faktor ini telah mendorong syarikat yang selama ini gah akhirnya merudum apabila satu persatu kakitangan mereka meletakkan jawatan. Sikap sombong dan tidak menghormati kakitangan yang dilayan umpama kuli inilah akhirnya menjahanamkan masa depan syarikat itu sendiri sebenarnya", jelas Shukri lagi merujuk kepada aduan sebuah syarikat yang diterima baru-baru ini.
"Saya sendiri berada di Kuantan Medical Centre (KMC) atas urusan untuk menziarahi anak sahabat saya, Abdul Rahim Othman yang menjalani rawatan penyakit barahnya di situ. Tiba-tiba saya dimaklumkan oleh sahabat saya bahawa Pemangku Raja Pahang nak datang menziarahi anaknya. Saya macam tak percaya, sebab katanya sehari sebelum itu Tengku Puan Pahang, sudah pun datang .. mana mungkin suaminya Tengku Abdullah pula akan datang.. biasanya, mana-mana majikan jika sudah diwakilkan kepada pegawai-pegawai mereka maka majikan tidak akan hadir. Berbeza dengan keluarga diraja Pahang ini, kedua-duanya menghadirkan diri untuk menziarah. Ini satu penghormatan yang cukup hebat kepada sahabat saya itu sebenarnya", kata Shukri.
Beliau turut berkesempatan mengiringi Pemangku Raja Pahang itu hinggalah meninggalkan pusat rawatan terbabit baru-baru ini. Bertuah sungguh rakyat Pahang kerana mempunyai keluarga diraja yang benar-benar berjiwa rakyat seperti ini. Semoga negeri Pahang Darul Makmur akan terus aman dan sejahtera di bawah naungan baginda. Daulat Tuanku. #sumber





































