Program Titik Sentuhan RTM

Ditemuduga oleh wartawan 'Titik Sentuhan RTM' berkaitan isu jalan rosak dilaluan pintasan Bandar Indera Mahkota melalui Bukit Sekilau ke Bandaraya Kuantan

Tanding Pilihan Raya Umum Ke-15

Berada di pejabat SPR Pahang, ambil borang bertanding DUN dan Parlimen PRU-15 lalu, namun hasrat itu dibatalkan akibat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan

Pilihan Raya Kecil DUN Chini

Menjadi calon bebas PRK DUN Chini pada Julai 2020, walau bagaimana pun saya tewas dalam percubaan tersebut kerana kekurangan dana untuk berkempen tarik sokongan pengundi.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin

Akibat dihalang masuk ke dewan untuk menghantar borang pencalonan pada PRK Parlimen Rompin pada 2015, tunjuk protes dengan mengoyak borang terbabit di luar dewan.

Temuduga Khas Wartawan Astro Awani

Ditemuduga oleh wartawan Astro Awani tentang pandangan beliau apa yang dimahukan dan harapan rakyat dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12

Tindakan Penguatkuasaan Tanah Kerajaan Yang Diceroboh Adalah Wajar, Elak 'Orang Asli' Terus Dipergunakan Pihak Yang Kaut Keuntungan !

 

Tindakan Kerajaan Pahang mengambil tindakan tegas terhadap penceroboh tanah di negeri ini adalah wajar. Biar pun ada pihak cuba mencetuskan kontroversi terutamanya melibatkan penduduk orang asli, namun ia bukanlah bermakna isu tersebut harus dibiarkan begitu sahaja.

Saya ingin mengulas isu kekecohan yang berlaku ketika operasi pihak berkuasa di kawasan  sekitar Tasek Bera baru-baru ini. 

Tindakan yang dilakukan oleh Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) telahmenimbulkan keresahan dikalangan masyarakat Orang Asli Semelai yang telah sekian lama mendiami kawasan terbabit dan sekitarnya.

Pada 15 September lalu, polis telah menahan lima individu kerana dipercayai menghalang penguat kuasa menjalankan tugas semasa melaksanakan operasi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi ketika Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) bersama beberapa agensi, antaranya Jabatan Perhutanan, Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan operasi penguatkuasaan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.

Ketika operasi, sekumpulan individu didapati mendirikan halangan dan membuat provokasi terhadap sepasukan penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas.

Lima yang ditahan termasuk empat wanita berusia lingkungan 30 hingga 60-an untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Dakwaan kononnya Kerajaan Pahang kejam dan zalim macam Israel adalah tidak berasas sama sekali, ini kerana ianya adalah berlandaskan undang-undang.

"Sudah berpuluh tahun mereka mengaut hasil tanpa membayar cukai kepada kerajaan, kenapa bila diambil tindakan mereka harus mengamuk sakan?.

Tambah beliau lagi, selama ini kerajaan tidak mengambil tindakan tegas kerana isu tersebut disembunyikan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya agensi yang berkenaan.

Keputusan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Hj Wan Rosdy Wan Ismail menubuhkan unit khas bagi memantau isu pencerobohan tanah di seluruh negeri berjaya mengembalikan semula hasil kerajaan yang telah hilang akibat ketirisan selama ini.

Saya mengesyaki ada pihak ketiga yang memperalatkan orang asli untuk mengaut keuntungan sebenarnya. Sebab itu tanah tersebut ditanam kelapa sawit dengan sesuka hati. Mereka gunakan orang asli untuk dijadikan perisai bagi menghalalkan cara.

Jika berlaku kekecohan atau tindakan, maka orang asli dijadikan alat kononnya mempertahankan tanah adat mereka. Walhal, tanah-tanah itu telah diambialih oleh tauke ladang kelapa sawit, getah dan sebagainya sejak sekian lama. 

"Benda begini sudah lama berlaku, tauke-tauke sanggup  berkahwin dengan wanita orang asli untuk tujuan memiliki tanah bagi dijadikan ladang kelapa sawit. Mereka tahu orang asli ada peluang dapatkan tanah sebagai kawasan rayau mereka. 

Hasil mereka kaut, orang asli dibayar upah tertentu maka sebab itulah bila kerajaan melantik syarikat lain mengambilalih kawasan tersebut mereka marah. Tambahan pula mereka sudah mengeluarkan wang yang banyak untuk operas kawasan ladang kepala sawit tersebut.

Saya memuji kejayaan Tok Wan (MB Pahang) yang berani  menumbuhkan unit khas untuk memantau dan memastikan hasil pendapatan negeri diambil semula selepas sekian lama hilang begitu sahaja.

Kerajaan tidak boleh harapkan jabatan kerajaan sedia ada untuk mengambil tindakan, kerana inilah punca pencerobohan haram terus berleluasa dan dibiarkan sejak sekian lama.

Mereka persoalkan pula syarikat yang dilantik oleh kerajaan, kononnya tiada pengalaman dan berbagai lagi alasan. Walhal, syarikat terbabit membayar cukai dan premium atas kawasan ladang sawit tapping-right yang mereka selamatkan.

Kerajaan negeri dapat untung, hingga berjaya mencapai kutipan hasil mencecah RM1 billion sejak empat tahun kebelakangan ini. Malahan tahun ini juga dijangka berjaya membuat pencapaian yang sama. Inilah kejayaan dan faedahnya untuk rakyat, daripada terus dibiarkan tauke-tauke pergunakan orang asli untuk menceroboh, tanam sawit dan untuk masuk ke kantung mereka semata-mata.

Orang asli dijadikan alat perisai untuk ke depan bila ada operasi, seolah-olah menunjukkan kerajaan bertindak zalim. Walhal yang zalim selama ini ialah mereka yang menceroboh tanah kerajaan sesuka hati tanpa memberi hasil kepada kerajaan dakwa beliau lagi.

Orang asli dijadikan senjata untuk meraih simpati rakyat kononnya mereka dianiaya dan hak mereka dinafikan. Nama kerajaan diburuk-burukkan demi menghalakan perbuatan mereka. 

Jika kerajaan zalim, sudah lama mereka tidak boleh mengaut hasil sedemikian rupa. Malah, kerajaan boleh tuntut gantirugi atas kerugian hasil tanah yang telah mereka ceroboh tersebut sebenarnya. Maka fikir-fikirkanlah.. usah terpedaya dengan momokan sebelah pihak sahaja." tambah Shukri lagi.

@ybterjah

Apa yang anda perlu tahu berkaitan isu tanah adat orang Asli Tasek Bera sebenarnya ??? Mereka dipergunakan oleh pihak yang ambil kesempatan mengaut keuntungan di atas hasil aktiviti pencerobohan terancang sejaksekian lama. Orang Asli dijadikan 'kambing hitam' atau alat perisai untuk menghalalkan tindakan mereka. Kerajaan Pahang kerugian berjuta ringgit akibat tangan-tangan mereka. Inilah sebenarnya kebenaran yang sengaja disembunyikan sejak sekian lama. Kasi Terjah!

♬ Creepy simple horror ambient(1270589) - howlingindicator

Naya Sungguh, Gara-Gara Ter 'Pau" Sebatang Rokok Berharga 45 Sen Tiba-Tiba Kena Saman RM250 Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Naya sungguh, saya bukan perokok tegar macam orang lain. Tak jumpa rokok setahun pun tak apa. Bab kata orang tua-tua, hanya layan bila terjumpa kawan yang merokok.

Cuma petang tadi terjumpa kawan kat restoran mamak "Fatima Bistro" sebelah Pasaraya Pantai Selamat, Bandar Kuantan Puteri, Kuantan. 

Dia ajak ngeteh sebab lama tak jumpa, saya pulak lapar nak makan nasi. Sambil tunggu order tiba, dia bawak keluar rokok dan letak atas meja.

Saya terpadang rokok tu dan rasa macam nak isap sebatang, lepas gian. Maka saya ter 'pau' sebatang rokok dia. Kalau tak 'pau' takut dia berasa hati sebab dah letak atas meja kan.

Lepas tu saya isaplah dia tak isap. Baru dua Kali sedut, tiba-tiba ada hamba Allah datang tegur dan mintak IC, sambil tunjuk kad dia Peguatkuasa KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). 

Saya 'terkejut berok' dan 'tergamam'. Waktu tu restoran tak ada orang hanya ada kami berdua dan pelanggan lain sorang meja depan.

Saya tak boleh nak cakap apa, nak merayu pun tak diterima walau pun sempat campak putung rokok ke longkang. 

Dua lagi pegawai wanita datang kemudian tulis surat saman. Terus saya kena kompaun tanpa boleh berunding sebanyak RM250, dah takdir.

Masa diberi 30 hari untuk bayar (10/10/2026), jika gagal bayar kes di bawa ke mahkamah dan ada harapan kena pulak RM5,000 jika pendakwaan.

Daripada kerajaan saman rakyat marhaen yang isap rokok, baiklah haramkan penjualan rokok di Malaysia macam dadah.

Siapa yang isap kena tindakan undang-undang. Ini rokok diimport, yang seludup bertebaran. Cukai dikaut, rakyat marhaen menjadi mangsa.

Bayangkan rokok yang saya kena baru RM9 sekotak, ada 20 batang dalam dia. Maknanya sebatang jatuh 45 sen.

Tapi terpaksa bayar RM250. Ini baru betul-betul cobaan. Apa pun terima kasih kerajaan kerana akhirnya saya sendiri jadi 'mangsa' tidak sengaja.

Salah tetap salah. Sebagai rakyat kena akurlah. 

Insya Allah terpaksa cari duit Untuk bayar juga sebelum 10 Oktober 2026. 

Saya tak ada kata tak nak bayar, dah memang saya 'gatai' pegi 'pau' rokok kawan. kalau saya tak 'tak sakau' rokok dia mungkin tiada cerita nih.

Begitulah kisahnya, akhirnya aku kena Terjah ! 😭

CMK @ YBTERJAH

BLOGGER CUCUMATKILAU (1998-2026)

People's Activist N Freedom Journalist

Follow TikTok #CMK #YBTERJAH

PENGAJARAN :

---------------

1) Kalau tak isap rokok, jangan selalu pau atau sakau habis rokok orang lain. Jaga kesihatan 

(bagi orang yang bukan perokok tegar)

2) Jangan ajak kawan ngeteh dekat port yang selalu kena Terjah dek peguatkuasa KKM, takut nanti kawan jadi mangsa macam saya. 

Dah tahu kawasan tu ada 'pocong', jangan ajak kawan pegi situ malam hari, pocong boleh keluar bila2 masa jer, dia tak bagi tahu pukul berapa.

(bagi perokok yang suka lepak kedai mamak)