Program Titik Sentuhan RTM

Ditemuduga oleh wartawan 'Titik Sentuhan RTM' berkaitan isu jalan rosak dilaluan pintasan Bandar Indera Mahkota melalui Bukit Sekilau ke Bandaraya Kuantan

Tanding Pilihan Raya Umum Ke-15

Berada di pejabat SPR Pahang, ambil borang bertanding DUN dan Parlimen PRU-15 lalu, namun hasrat itu dibatalkan akibat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan

Pilihan Raya Kecil DUN Chini

Menjadi calon bebas PRK DUN Chini pada Julai 2020, walau bagaimana pun saya tewas dalam percubaan tersebut kerana kekurangan dana untuk berkempen tarik sokongan pengundi.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin

Akibat dihalang masuk ke dewan untuk menghantar borang pencalonan pada PRK Parlimen Rompin pada 2015, tunjuk protes dengan mengoyak borang terbabit di luar dewan.

Temuduga Khas Wartawan Astro Awani

Ditemuduga oleh wartawan Astro Awani tentang pandangan beliau apa yang dimahukan dan harapan rakyat dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12

Salam Aidilfitri Untuk Semua Pembaca, Perjuangan Di Alam Maya Tetap Akan Saya Teruskan Sehingga Ke Akhir Hayat

Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua, semoga beroleh keberkatan dihari yang mulia ini hendaknya. Dikesempatan ini saya menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf andai ada kata-kata, tulisan dan kenyataan saya selama ini boleh mengguriskan hati dan perasaan pembaca budiman.

Saya sudah berkarya sebagai 'blogger' sejak 5 Disember 1998, iaitu masa yang cukup lama dan panjang untuk mematangkan perjuangan sebenarnya. Bayangkan daripada zaman Blog, kemudian Youtube, lepas tu Facebook, Instragram, Twitter dan sekarang era AI, muncul berbagai jenis media sosial terutamanya TikTok, Treads dan lain-lain platform.

Pengalaman ini cukup berharga untuk saya kenang, apatah lagi saya masih terus menulis di blog ini sejak sekian lama. Ramai rakan-rakan blogger sudah bersara dan tidak kurang juga yang sudah dijemput Allah SWT ke alam sana.

Namun, kekuatan saya terus menulis serta berkarya adalah sesuatu yang saya sendiri tidak boleh jangka sebenarnya. Namun itulah 'Blogger Cucumatkilau', akan terus berjuang di alam maya sehingga ke akhir hayat.

Sokongan dan perhatian semua amatlah dihargai. Salam lebaran dari CMK

Peletakan Jawatan Tuan Syed Hassan Sebagai Presiden PERKASA Mengejutkan, Selamat Maju Jaya Buat Sahabat

 

Saya agak terkejut bila sahabat Tuan Syed Hassan Syed Ali umum peletakan jawatan sebagai Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mulai 1 April.

Saya lama ikuti perkembangan beliau sejak memimpin NGO tersebut sejak 17 tahun lalu. Namun mula rapat sekitar tahun 2024.

Beliau pernah tawarkan saya menjadi salah seorang pemimpin NGO terbabit, namun saya meminta sedikit masa untuk fikirkan.

Selepas tiga bulan membuat penipaian dan berbincang dengan rakan dan taulan, maka akhirnya saya menolak jawatan ditawarkan.

Punca utama ialah saya melihat beliau mula terjebak antara politik dan NGO. Perkasa sebelum ini dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali  (sekarang Presiden PUTRA).

Namun beliau letak jawatan kerana mahu bergerak aktif semula dalam politik.

Saya mulanya tertarik untuk bersama NGO Perkasa, tapi bila melihat ia mula terjebak dalam kancah politik maka saya batalkan hasrat dan niat tersebut.

Perkasa sepatutnya menjadi NGO bebas dan tidak boleh memihak pada mana-mana parti politik dalam negara ini.

Syed Hassan dilihat lebih cenderung pada parti politik pembangkang. Kenyataannya  amat lantang bila menghentam kerajaan.

Saya pula suka bergerak sebagai aktivis bebas dan tidak terlibat dengan politk kepartian dalam perjuangan, tambahan pula saya kini tidak berdaftar atau aktif dengan mana-mana parti politik.

Apa pun saya ucapkan selamat maju jaya kepada Tuan Syed Hassan. Moga masa depan politiknya lebih cerah selepas ini.

CMK @ BLOGGER CUCUMATKILAU