Program Titik Sentuhan RTM
Ditemuduga oleh wartawan 'Titik Sentuhan RTM' berkaitan isu jalan rosak dilaluan pintasan Bandar Indera Mahkota melalui Bukit Sekilau ke Bandaraya Kuantan
Tanding Pilihan Raya Umum Ke-15
Berada di pejabat SPR Pahang, ambil borang bertanding DUN dan Parlimen PRU-15 lalu, namun hasrat itu dibatalkan akibat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan
Pilihan Raya Kecil DUN Chini
Menjadi calon bebas PRK DUN Chini pada Julai 2020, walau bagaimana pun saya tewas dalam percubaan tersebut kerana kekurangan dana untuk berkempen tarik sokongan pengundi.
Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin
Akibat dihalang masuk ke dewan untuk menghantar borang pencalonan pada PRK Parlimen Rompin pada 2015, tunjuk protes dengan mengoyak borang terbabit di luar dewan.
Temuduga Khas Wartawan Astro Awani
Ditemuduga oleh wartawan Astro Awani tentang pandangan beliau apa yang dimahukan dan harapan rakyat dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12
Syabas UMNO BN Atas Kemenangan Calon Mereka Di Dalam Pilihan Raya Kecil DUN Tenang Semalam
Pakatan Rakyat Perlu Perkemaskan Jentera Parti Jika Mahu Realisasikan Hasrat Menawan Pahang
Menutup tirai bulan Januari 2011 ini, CMK memenuhi undangan ceramah bersama Pakatan Rakyat di Pahang. Terbaru (28 Jan) di Felda Jengka 7 , DUN Chenor dalam parlimen Maran bersama Usta Suhaimi Saiad (Ketua Pemuda PAS Pahang) dan sebelum itu (23 Jan) di DUN Dong, Parlimen Raub bersama Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang dan Naib Presiden PAS Pusat). Walau pun kini CMK dilihat telah terbuang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat kenyataan panas kononnya akan keluar dari parti itu, namun perjuangan membela rakyat terus dijalankan biar pun dalam rentak yang berbeza. CMMK akui, ada sahabat-sahabat dalam PKR yang mahu CMK kembali untuk memantapkan parti itu. Namun, jauh di sudut hati CMK sebenarnya sudah merasa terlalu lama masa dihabiskan untuk berjuang dalam parti itu. Apa yang dapat ialah satu situasi politik yang tidak menentu sebenarnya. Malah, PKR Pahang terutamanya dilihat masih tercari-cari rentak perjuangan dalam keadaan Pilihan Raya Umum Ke-13 sudah hampir tiba. Parti itu juga masih gagal membentuk satu gerakan yang kuat untuk menjatuhkan kerajaan UMNO BN di Pahang sebenarnya. Apa yang ada banyak aktiviti dan program yang dijalankan secara bersama atau menumpang program-program yang dianjurkan PAS.Inilah yang amat tidak wajar sebenarnya. Sepatutnya PKR sudah merangka banyak aktiviti ceramah umum terutamanya memaksimumkan penggunakan pentas ceramah di Pejabat Perhubungan Negeri PKR Pahang di Jalan Beserah. Namun, apa yang berlaku janji-janji untuk membawa penceramah terkenal setiap bulan atau dua bulan sekali seperti yang diwar-warkan selama ini hanyalah tinggal angan-angan. Jelas dapat dilihat pentas yang indah dan gagah dalam kawasan sendiri itu hanya digunakan untuk ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata. Selepas itu ianya lengang dan tiada aktiviti ceramah besar diadakan disitu. Mahu disalah kepada Dato' Fauzi Abd Rahman selaku Pengerusi PKR Pahang tidak mungkin, kerana kerja-kerja itu sepatutnya diatur oleh satu jawatankuasa khas yang dibentuk oleh Majlis Pimpinan Negeri. Akhirnya CMK selesa bersama di pentas PAS biar pun banyak tohmahan yang dilemparkan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Bagi CMK, ruang yang ada perlu digunakan sebaik mungkin untuk menyedarkan rakyat supaya menolak UMNO BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. PKR sepatutnya sudah matang untuk mencatur politik, dan bukan sahaja bergantung kepada PAS. Apakah pilihanraya umum kali ini, mereka masih mahu berharap dan bergantung kepada jentera PAS seperti dulu. Paling menakutkan, PKR Pahang dilihat masih gagal melahirkan pencerah-penceramah muda untuk membantu Pakatan Rakyat dalam apa jua program ceramah yang diatur di seluruh negeri Pahang. Ke mana hilangnya taring anak muda keadilan yang sepatutnya di manfaatkan untuk memastikan kemenangan itu agaknya?.
Jika di pihak PAS ramai yang kenal dengan kelibat Ustaz Suhaimi Saad selaku Ketua Pemudanya. Beliau yang naik ke pentas ceramah hampir saban hari dengan menggunakan kemudahan ICT untuk memberi maklumat berguna kepada rakyat. Tetapi, mana perginya Ketua AMK Pahang?. Ramai yang tertanya-tanya siapakah Ketua AMK Pahang yang sebenarnya. Kenapa kelibatnya tidak langsung membantu perjuangan Pakatan Rakyat di Pahang. Malah, ada yang langsung tidak kenal siapakah gerangannya. Inilah yang menimbulkan tanda tanya sejak dulu lagi. Maka itu, harapan kita selepas ini Pemuda Pakatan Rakyat dari PAS, PKR dan DAP dapat bekerja sama berganding bahu untuk mengiatkan usaha menawan Pahang dalam PRU-13 nanti. Usahlah berkhayal dengan sejarah silam jika mahukan kemenangan. Perjuangan bukaan sekadar perlaksanaan dengan kata-kata tetapi tindakan yang paling diutamakan. CMK bukanlah mahu mempertikaikan mereka yang sedang berjuang, tetapi rakyat mahu melihat perjuangan itu direalisasikan. Apa guna mempunyai jawatan tetapi sekadar gah pada namanya sahaja. Terimalah hakikat ini biarpun pahit untuk ditelan.CMK Di Undang Menjadi Pembentang Kertas Kerja Di 'Himpunan Media Baru' Peringkat Kebangsaan
Pada 15 Januari yang lalu, CMK telah diundang menjadi pembentang kertas kerja untuk program Himpunan Media Baru Peringkat Kebangsaan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat dan Negeri Pahang. Program diadakan di Hotel Green Park Temerloh itu telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Naib Presiden PAS Pusat iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Sementara itu majlis penutupan pula telah dilakukan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat iaitu Ustaz Nasaruddin Hassan At-Tantawi. CMK telah menjadi pembentang kertas kerja pertama dengan tajuk Peranan Media Baru Dalam Menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13. Manakala itu, Ustaz Nik Abduh (anak kepada Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat) pula menjadi pembentang kertas kerja kedua. Beliau mengupas tajuk Peranan Media Baru Dalam Konteks Islam. Program telah disertai oleh hampir 100 peserta yang kebanyakannya adalah pemuda PAS dari seluruh negeri Pahang sendiri. Ini kerana dalam masa yang sama terdapat juga program berasingan di Kemaman Trengganu dan sebelah malamnya perjumpaan blogger dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat diadakan di Kuala Lumpur.Apapun, program yang berakhir pada jam 3.00 petang itu telah berjaya membuka minda para peserta tentang peranan mereka untuk memperkasakan media baru dalam memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. CMK ucapkan ribuan terima kasih kepada Pemuda PAS Pahang atas kesudian mengundang dan memberi peluang CMK untuk berkongsi maklumat dan bertukar fikiran pengalaman menggunakan media baru. Majlis telah dipengerusikan oleh Ustaz Fadhli Ibrahim (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang).
Ceramah Di Putra Balok, Masa Terhad Sebabkan Banyak Isu Panas Tidak Dapat Diulas Sebaiknya


Sempat bergambar dengan Naib Presiden PAS, YB Salehuddin Ayub

Bersama YB Salehuddin, Wk Cheong (PKR) dan seorang sahabat PAS
Al-Fatihah, Blogger Pembela Negara Yang Gambi Meninggal Dunia Di Hospital Tg.Ampuan Afzan ..


Jadi Pembentang Kertas Kerja Himpunan Media Baru Peringkat Kebangsaan Di Hotel Green Park
Sibuk Memenuhi Undangan Ceramah Umum PAS, Terkini Bersama Salehuddin Ayub Di Putra Balok
Nampaknya mutakhir ini semakin banyak tawaran ceramah yang telah CMK terima terutamanya daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS). Terkini, CMK akan berceramah sepentas dengan seorang lagi Naib Presiden PAS iaitu YB Salehuddin Ayub di Putra Balok pada 11 Januari ini. Setakat ini CMK telah bersama dengan tiga Naib Presiden PAS iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berceramah di Felda Bukit Kuantan dan terbaru YB Dato' Hj.Mahfuz Omar di Kompleks Iman Ass-Shafie (KIAS) Kg.Temin Jerantut pada 26 Disember lalu. Apa yang menarik ketika di Madrasah Al-Husna, Pekan pada 25 Disember lalu bilamana CMK dapat berceramah sepentas dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah iaitu YB V.Sivakumar. Sambutan sungguh menggalakan, tambahan pula CMK menggunakan teknik baru menggunakan slide projector sama seperti yang dilakukan oleh Ustaz Yusof Embong (Timbalan YDP PAS Pahang) dan Ustaz Suhaimi Saat (Ketua Pemuda PAS Pahang) sebelum ini. Apa yang menarik, ia sungguh berkesan terutamanya apabila membuat persembahan bergambar. Di samping orang ramai mendengar apa yang diperkatakan mereka juga boleh melihat sendiri gambar-gambar yang berkaitan. Ia memberi kesan yang cukup mendalam di hati masing-masing. Malah, CMK turut mendapat jemputan untuk berceramah semula di kawasan Pekan iaitu di Felda Chini 2 pada 4 Feb bersama Chegubard (Badrul Hisam Shahrin). Ada juga jemputan lain di Gancong yang akan CMK tetapkan tarikhnya kemudian. Di Jerantut, CMK turut akan menyampaikan ceramah di Pulau Tawar tidak lama lagi. Sunguh teruja kerana berceramah di kampung asal dan tempat lahirnya pahlawan Mat Kilau dan Tok Gajah. Apapun, semoga perjuangan lebih bertenaga lagi selepas ini hendaknya.Selamat Tahun Baru, Salam Perjuangan Semua !!
Pertamanya, CMK mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada seluruh rakyat terutamanya mereka yang mengenali atau yang menyokong CMK selama ini. Ternyata, lembayung 2010 telah CMK tinggalkan dengan berbagai episod suka duka dan pahit manis. Semuanya itu memantangkan lahi hasrat murni dan semangat untuk meneruskan perjuangan nenek moyang Mat Kilau dan Tok Gajah. Tahun 2010, cukup manis buat CMK kerana buat pertama kali dalam sejarah apa yang diperjuangkan oleh CMK telah disiarkan dalam hampir kesemua media arus perdana termasuk juga TV. Malah, cerita CMK membela tanah rizab surau yang diceroboh dekat Indera Mahkota Kuantan itu disiarkan secara eksklusif selama dua hari berturut-turut dalam siaran Buletin Utama TV3. Bayangkan, CMK yang dikenali cukup lantang mengkritik dasar-dasar kerajaan UMNO BN akhirnya diberi ruang sebegitu rupa. Malah, RTM turut membuart siaran isu yang sama hingga akhirnya kes tersebut berjaya selesai dengan jayanya. Satu pengorbanan terhadap perjuangan untuk rakyat. Banyak lagi isu-isu rakyat terutamanya di negeri Pahang telah diperjuangkan. CMK juga banyak terlibat membela rakyat dalam isu-isu semasa selepas itu. Banyak laporan polis dan sidang media yang telah dibuat berhubung perkara berkenaan. Anehnya, banyak laporan yang dibuat bagaikan sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Setakat hari ini, CMK langsung tidak nampak yang mana satukah siasatan telah dilakukan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Apapun, CMK harapkan tahun 2011 ini akan memberi sinar baru dalam kehidupan akan datang. Perjuangan akan diteruskan dalam apa jua keadaan sekali pun. Salam










