Program Titik Sentuhan RTM

Ditemuduga oleh wartawan 'Titik Sentuhan RTM' berkaitan isu jalan rosak dilaluan pintasan Bandar Indera Mahkota melalui Bukit Sekilau ke Bandaraya Kuantan

Tanding Pilihan Raya Umum Ke-15

Berada di pejabat SPR Pahang, ambil borang bertanding DUN dan Parlimen PRU-15 lalu, namun hasrat itu dibatalkan akibat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan

Pilihan Raya Kecil DUN Chini

Menjadi calon bebas PRK DUN Chini pada Julai 2020, walau bagaimana pun saya tewas dalam percubaan tersebut kerana kekurangan dana untuk berkempen tarik sokongan pengundi.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin

Akibat dihalang masuk ke dewan untuk menghantar borang pencalonan pada PRK Parlimen Rompin pada 2015, tunjuk protes dengan mengoyak borang terbabit di luar dewan.

Temuduga Khas Wartawan Astro Awani

Ditemuduga oleh wartawan Astro Awani tentang pandangan beliau apa yang dimahukan dan harapan rakyat dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12

Kejayaan Raih Kutipan Hasil Negeri Melebihi 'RM1 Billion' Lebih Awal Dari Sasaran Buktikan Wan Rosdy MB Terbaik Dalam Sejarah Pahang

 

Ketika Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail menyasarkan kutipan hasil Kerajaan Pahang tahun 2022 melebihi RM1 bilion, saya macam rakyat lain juga antara percaya atau pun tidak adakah ianya boleh dicapai.

Namun, selepas pengumuman yang dibuat bahawa sasaran kutipan hasil negeri melebihi RM1 billion pada akhir tahun ini telah berjaya dicapai lebih awal daripada jangkaan. Maka saya nak ambil kesempatan ucapkan berbanyak syabas dan tahniah. 

Perkembagan terbaharu ini dibuat oleh MB ketika beliau berucap pada Majlis Konvokesyen Pahang Skills Ke-11 yang berlangsung di Dewan Utama Pahang Skills di Kuantan semalam.

Apa pun sebagai rakyat, saya terharu atas pencapaian yang membanggakan ini. Sejak sekian lama duduk di negeri Tok Gajah ini, belum pernah saya lihat pencapaian kutipan hasil sehebat ini.

Maka ia adalah sejarah baru dan telah berjaya meletakkan Pahang sebaris dengan negeri Johor dan Selangor atas kutipan hasil RM1 bilion.

Walau pun berbagai serangan yang dibuat oleh pembangkang, termasuk juga para aktivis alam sekitar dan aktivis masyarakat seperti saya namun tetap menyokong apa jua yang  baik untuk rakyat marhaen. Malah dengan kejayaan ini ada juga disebut rakyat juga akan  beroleh manfaatnya.

Di mana Kerajaan Pahang akan salurkan bantuan lebih besar kepada rakyat yang akan diumumkannya pada pembentangan Belanjawan Pahang 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, 7 Oktober depan.

Antaranya ialah membabitkan pembayaran bonus untuk penjawat awam yang jauh lebih baik berbanding tahun ini.

Paling membanggakan pencapaian ini  berjaya diperolehi dengan cara yang tidak membebankan rakyat, sebaliknya dengan mengurangkan ketirisan dan kebocoran.

Justeru, saya berharap kejayaan yang dikecapi ini dapat memberi harapan baru kepada rakyat agar memberikan sokongan padu kepada kerajaan Pahang pimpinan Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail ini pastinya. 

Mana yang baik untuk rakyat kita haruslah terima seadanya. Mana yang  sebaliknya, maka kita tegur dan beri pandangan jujur agar kerajaan buat perubahan kelak.

Apa yang penting, Wan Rosdy telah membuktikan biar pun  baru hampir sepenggal menggalas tanggungjawab itu tetapi dia berjaya melakukannya.

Malah beliau juga adalah Menteri Besar yang terbaik dalam sejarah Pahang setakat ini. Maka tiada sebab untuk beliau atau kerajaan yang ada ini digantikan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti. Sokongan rakyat pasti akan membolehkan lebih banyak kejayaan dapat dikecapi pada masa yang akan datang. Makmur Pahang !

Cetusan Rasa,

MOHD SHUKRI B MOHD

RAMLI @ JAMALUDDIN

( Blogger Cucumatjilau @CMK)