Program Titik Sentuhan RTM
Ditemuduga oleh wartawan 'Titik Sentuhan RTM' berkaitan isu jalan rosak dilaluan pintasan Bandar Indera Mahkota melalui Bukit Sekilau ke Bandaraya Kuantan
Tanding Pilihan Raya Umum Ke-15
Berada di pejabat SPR Pahang, ambil borang bertanding DUN dan Parlimen PRU-15 lalu, namun hasrat itu dibatalkan akibat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan
Pilihan Raya Kecil DUN Chini
Menjadi calon bebas PRK DUN Chini pada Julai 2020, walau bagaimana pun saya tewas dalam percubaan tersebut kerana kekurangan dana untuk berkempen tarik sokongan pengundi.
Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin
Akibat dihalang masuk ke dewan untuk menghantar borang pencalonan pada PRK Parlimen Rompin pada 2015, tunjuk protes dengan mengoyak borang terbabit di luar dewan.
Temuduga Khas Wartawan Astro Awani
Ditemuduga oleh wartawan Astro Awani tentang pandangan beliau apa yang dimahukan dan harapan rakyat dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12
Facebook Di Sekat Gara-Gara Siarkan Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Radio Internet CMK FM
Tindakan Tidak Bertanding PRK Sandakan, BN Dan PAS Gagal Uji Pengaruh Mereka Di Sabah
Atas apa jua alasan sekali pun, BN dan PAS sepatutnya menyertai PRK Sandakan walau pun tahu kekuatan mereka tidak sehebat di semenanjung.
Umum mengetahui UMNO lumpuh di Sabah selepas pemimpin dan ahli mereka berbondong-bondong menyertai Bersatu dan Warisan. Namun, ia mungkin hanya di atas kertas, atas padang belum tentu lagi.
Biar pun BN dan PAS gusar kekalahan mereka akan menyebabkan moral ahli sedikit luntur selepas mendapat kemenangan hatrik dalam tiga PRK sebelum ini iaitu di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.
BN dan PAS juga harus menguji sokongan rakyat terhadap mereka di Sabah. Bahkan, ia juga sebagai pemangkin untuk memastikan Pakatan Harapan (PH) menjadi "Kerajaan Sepenggal".
Sabah dan Sarawak adalah Fix Deposit BN setiap kali pilihanraya umum selama ini.. kecuali PRU14 lalu. Maka, bagaimana harus pembangkang ambil alih tampuk pimpinan negara jika majoriti kerusi parlimen di kedua-dua negeri tersebut kini bersama Pakatan Harapan?. Bukan PRK Sandakan boleh dijadikan ujian untuk melihat banyak mana sokongan rakyat terhadap pembangkang. Soal menang atau kalah perlu ditolak ke tepi.
Pertembungan DAP dengan PBS dan lain-lain calon bebas tidak menggambarkan pertembungan sebenar dalam PRK Sandakan. Pemerhati boleh melihat dengan jelas bahawa Pakatan Harapan sudah pasti akan menjadi pemenang kali ini, sama seperti apa yang berlaku di PRK Rantau sebelum ini.
Blogger Cucumatkilau
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat













