Program Titik Sentuhan RTM

Ditemuduga oleh wartawan 'Titik Sentuhan RTM' berkaitan isu jalan rosak dilaluan pintasan Bandar Indera Mahkota melalui Bukit Sekilau ke Bandaraya Kuantan

Tanding Pilihan Raya Umum Ke-15

Berada di pejabat SPR Pahang, ambil borang bertanding DUN dan Parlimen PRU-15 lalu, namun hasrat itu dibatalkan akibat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan

Pilihan Raya Kecil DUN Chini

Menjadi calon bebas PRK DUN Chini pada Julai 2020, walau bagaimana pun saya tewas dalam percubaan tersebut kerana kekurangan dana untuk berkempen tarik sokongan pengundi.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin

Akibat dihalang masuk ke dewan untuk menghantar borang pencalonan pada PRK Parlimen Rompin pada 2015, tunjuk protes dengan mengoyak borang terbabit di luar dewan.

Temuduga Khas Wartawan Astro Awani

Ditemuduga oleh wartawan Astro Awani tentang pandangan beliau apa yang dimahukan dan harapan rakyat dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12

Isu Jalan Gelap Di Lebuhraya KL-Karak, Saya Menyanjung Tinggi Keprihatinan Menteri Besar Pahang

 

Saya amat terharu dan menyanjung tinggi tindakan Kerajaan Pahang yang telah mengemukakan permohonan peruntukan baharu bagi memasang lampu jalan ekoran isu gelap di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) bermula daripada Genting Sempah di Bentong.

Keprihatinan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail  yang cakna dan prihatin untuk mengambil perhatian isu tersebut amatlah dihargai.

Saya antara pihak yang sering membangkitkan isu ini sejak sekian lama sebenarnya. Cuma akhir-akhir ini isu tersebut telah dibawa ke dalam parlimen dan Sultan Pahang juga ada membangkitnya, susulan terbaca keluhan pengguna laluan terbabit yang disiarkan dalam media arus perdana baru-baru ini.

Kita tak mahu ada double standard, bayar tol sama..tapi jalan hanya bergermelapan dari Gombak ke jalan naik ke Genting Highland sahaja. Sebaliknya dari Terowong Genting Sempah ke Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Karak gelap gelita,

Ini menyusahkan pengguna dan mengakibatkan kemalangan sering berlaku terutamanya dikawasan berselekoh. Lampu jalan tiada malah lampu pantulan cahaya pada pembahagi jalan pun sudah tidak kelihatan di beberapa kawasan. Ini membahayakan pengguna terutamanya ketika cuaca hujan pada waktu malam.

Justeru saya menyokong penuh tindakan Kerajaan Pahang memohon peruntukkan baharu bagi mengatasi isu jalan gelap yang sudah sekian lama dihadapi oleh para pengguna Lebuhraya KL-Karak selama ini.

Moga ia membuahkan hasil dan memudahkan orang ramai selepas ini hendaknya. Rakyat di tiga negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu pasti berbangga dengan keprihatinan Menteri Besar Pahang terhadap isu ini. #CMK