Program Titik Sentuhan RTM
Ditemuduga oleh wartawan 'Titik Sentuhan RTM' berkaitan isu jalan rosak dilaluan pintasan Bandar Indera Mahkota melalui Bukit Sekilau ke Bandaraya Kuantan
Tanding Pilihan Raya Umum Ke-15
Berada di pejabat SPR Pahang, ambil borang bertanding DUN dan Parlimen PRU-15 lalu, namun hasrat itu dibatalkan akibat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan
Pilihan Raya Kecil DUN Chini
Menjadi calon bebas PRK DUN Chini pada Julai 2020, walau bagaimana pun saya tewas dalam percubaan tersebut kerana kekurangan dana untuk berkempen tarik sokongan pengundi.
Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin
Akibat dihalang masuk ke dewan untuk menghantar borang pencalonan pada PRK Parlimen Rompin pada 2015, tunjuk protes dengan mengoyak borang terbabit di luar dewan.
Temuduga Khas Wartawan Astro Awani
Ditemuduga oleh wartawan Astro Awani tentang pandangan beliau apa yang dimahukan dan harapan rakyat dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12
Sistem Keanggotaan Lemah, Ramai Ahli PKR Yang Keluar Dan Di Pecat Dari Parti Masih Ada Dalam Senarai Daftar Pemilih !!
Memang Buruk Bila Calon Ketua Cabang Halau Pengundi !!
Terkadang lucu bila ada shbt PKR kata sy gila meroyan kat parti tu gara2 nak mengundi. Sebenarnya sikit pun x terkilan, cuma yg meroyan org yg halau pengundi..sy hadir sbb diarahkan hadir kerana nama ada dalam buku daftar pemilih. Sy pun dah tiga tahun x aktif dgn PKR ni. Memang dah lama kata nak undur diri, cuma x hantar surat rasmi jer.
Memang skrg aktif dgn NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) dlm menjaga kebajikan rakyat tanpa membezakan fahaman politik kepartian masing2.
Cuma hairan, bila calon sendiri HALAU sy utk mengundi, bukannya Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yg sepatutnya berbuat demikian. Tiga tahun undur diri, x kanlah baru 15 April 2014, parti hantar surat penamatan keanggotaan.
Dah lar tu, surat dihantar direct kepada Ketua Cabang Kuantan dan tiada salinan kepada saya. Manalah tau kena pecat keanggotaan sbb semak nama melalui SMS ada dalam rekod, semak nama dekat kaunter daftar pemilih pun ada. Buku Daftar pula yg sah digunakan utk pemilihan kali ini.
Sy pun x lapor nak bersama pemimpin yang khianat kpd ahli ketika pemilihan, tipu undi, bagi tunjuk ajar smpai ke peti undi, mesyuarat tak cukup korum kata cukup...agenda mesyuarat huru hara entah apa yg dibincangkan. Byk kali dah berlaku, last2 minit mesyuarat direka2 konon ada perbincangan. Walhal, minit buat syarat jer. Kadang hairan dgn sikap pemimpin yg hipokrit mcm nih.
Apapun, pemilihan di cabang Kuantan dah berakhir. Sy pun mmg dah x aktif dgn parti politik PKR ni. Cuma sy satu2 bekas calon PKR yg berehat dan teap prorakyat serta tidak sertai mana2 parti politik pun.
Tak kisahlah dihalau ker, dihalang ker... Mmg dah lali semua tu. Perjuangan rakyat tetap diteruskan walau bukan dilandasan politik sekali pun. Kadang lebih seronok begini drp bergaduh sana sini gara2 politik. Salam Perjuangan.
Kelemahan PKR, Ramai Ahli Keluar Parti Boleh Mengundi !
Ada cabang membiarkan ia berlaku, tp ada cabang mengamuk sakan dan ada cabang yg buat bantahan. Apapun kesalahan dan kelemahan ini ialah dr sistem PKR sendiri bukannya dari ahli terbabit. Jika nama masih ada dalam BUKU DAFTAR PEMILIH YG SAH apakah mereka layak mengundi atau boleh dihalau sesuka hati?.
Siapa yg salah sebenarnya. SISTEM PENTADBIRAN AHLI PUN BANYAK KELEMAHAN mcm mana nak ambil alih SISTEM PENTADBIRAN SEBUAH NEGARA?.
Fuziah Halang Mengundi Walau Nama Di Sahkan Berdaftar
Hari ni sy pulak DIHALANG DAN DIHALAU DARI MEMBUANG UNDI di Pejabat PKR Kuantan. Nak bg tau Fuziah, ANDA CALON KETUA CABANG, APA HAK ANDA HALAU PENGUNDI... Sy mmg dah tak aktif bersama politik PKR dah pernah kata nak UNDUR DIRI. Tp bila ada shbt maklum sy masih layak mengundi sebab keahlian masih aktif, maka sy hadir untuk mengundi. Soal sy masih PKR atau tidak bukan Fuziah yg tentukan tapi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).
Seburuk2 SPR, mereka tak pernah halang pengundi berdaftar mengundi. Semakan di kaunter nama saya masa ada WUJUD dan LAYAK MENGUNDI. Maka, apa salah sy nak mengundi mungkin buat kali terakhir bersama PKR kot jika Fuziah guna kuasa Veto tendang.
Tp anehh, dia calon dia halau sy. Kot yer pun sy dah keluar PKR...sy bukannya umum sertai mana2 parti. Kot yer sy tanding bebas pun, ramai lagi yg tanding bebas dan masih ada nama dlm parti. Kat cabang Indera Mahkota ada yg dah declare masuk UMNO, MIC dll pun dibenarkan mengundi tadi.
Tp di cabang Kuantan, Fuziah meroyan halau sy. DIA CALON bukan JPP.. Rosak parti kalau simpan orang mcm ni. SIAPA YG SALAH, SY HADIR UTK BUANG UNDI SEBAB NAMA MASA ADA DALAM PARTI.. APA HAK FUZIAH NAK HALANG. Kenapa nama sy masih ada kalau mcm tu. FUZIAH dah langgar peraturan dan sy akan bawa isu ini kepada PENDAFTAR PERTUBUHAN (ROS) untuk tindakan selanjutnya..
Hadir Ke Majlis Tautan Kasih Bersama Tan Sri Khalid Ibrahim
"IP Address" Individu Buat Video Lucah CMK Berjaya Di Kesan
Bagai tidak dijangka, beberapa hari selepas membuat fitnah video lucah terhadap saya tiba-tiba pemilik akaun facebook Xing Woo Jin telah menutup akaun terbabit. Mungkin kerana gusar laporan polis sudah dibuat dan indentiti beliau akan dikenali agaknya. Tambah mengejutkan video yang dibuat itu juga telah didelete dari akaun Youtube. Kenapa perkara ini tiba-tiba berlaku?. Sedangkan sebelum ini beliau beriya-iya benar mengugut saya memasukkan wang sebanyak USD5,000 ke Western Union atas namanya.
Dengan keparakan yang saya ada, hari ini saya berjaya menjejaki IP Address individu terbabit. Ia menandakan, saya semakin dekat untuk mencari pihak yang bertanggungjawab dengan kegiatan tidak bermoral itu. Mungkin sudah ramai yang menjadi mangsa sebenarnya. Kesilapan beliau ialah melakukan perkara yang sama kepada seorang BLOGGER seperti saya. Saya harap beliau memohon maaf segera atau pendedahan panas siapakah beliau akan dibuat dalam masa terdekat ini. Harap Maklum
Isu Video Lucah: Sah, Ada Pihak Cuba Perangkap Saya !!
Justeru, saya syak bahawa kerja ini dilakukan oleh ORANG DALAM dan orang yang rapat dengan saya. Pasti akan dibongkarkan juga siapa yang bertindak demikian untuk dibawa ke muka keadilan. Tindakan saman malu akan dibuat terhadap individu terbabit jika fakta jelas beliau cuba menjatuhkan saya dengan isu sebegini. Harap Maklum
Ugutan Sebar Video Lucah Matangkan Perjuangan Rakyat, Demi Keselamatan Harap Agar Sahabat Tidak Sebarkan Sesuka Hati !
Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera, Kepada ahli keluarga, saudara-mara serta sahabat-sahabat facebook yang budiman, kira-kira BEBERAPA MINIT dari sekarang (seperti yang didakwa), video lucah yang kononnya membabitkan diri saya akan disebarkan kepada semua berdasarkan amaran yang telah dibuat oleh pihak yang menggugut saya sekiranya gagal membuat bayaran sebanyak USD5,000 seperti yang diminta jam 10.00 pagi ini.
Video yang berfurasi 1:45 minit itu akan memaparkan muka saya ketika memandu kenderaan kemudian sebahagian gambar "memegang alat sulit" yang kononnya milik saya. Gambar video berkenaan telah disunting dengan begitu teliti oleh pihak yang berkenaan bagi tujuan memalukan serta mematikan karier politik saya.
Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Indera Mahkota petang semalam, dan lewat malam tadi saya telah dipanggil untuk diambil keterangan oleh pihak polis di IPD Kuantan sekitar jam 10.00 malam. Segala maklumat berkaitan telah diberikan dengan jelas kepada pihak polis dan mereka mahu saya bersabar dan tidak membuat apa-apa bayaran kerana modus operandi pihak berkenaan sama dengan apa yang pernah berlaku kepada ramai orang sebelum ini. Cuma, ramai yang mendiamkan diri dan tidak melaporkan kepada pihak polis demi menjaga maruah masing-masing.Malah, kata polis ramai juga yang telah membuat bayaran kepada pihak yang mengugut terbabit secara diam.
Persoaannya sekarang, bagamainakah gambar berkenaan disunting sebegitu baik oleh pihak terbabit?. Saya sendiri tidak menyangka boleh menjadi mangsa mereka kerana selama ini saya begitu berhati-hati dengan sindiket SCAM atau sebagainya. Namun kali ini mungkin nasib saya tidak baik dalam masa yang begitu singkat saya seolah-olah tidak sedar apa yang berlaku. Apapun, saya menafikan video lelaki memegang alat sulit itu dilakukan oeh saya. Ini kerana ketika kejadian saya memang sedang memandu dan dalam perjalanan untuk mengambil isteri saya dipejabat.
Kejadian dirancang sebaiknya, kerana jadual saya amat ketat pada hari semalam. Sebelah pagi dari jam 8.00 hingga 12.00 saya berada di Komplek Penyayang, Indera Mahkota untuk memantau mangsa banjir mendaftar nama di Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menerima sumbangan dana daripada Kerajaan UAE.
Sekitar jam 12.15 tengahari saya berada di Restoran Kampung Tengah (Kedai Pauzi) untuk minum teh di situ bersama seorang sahabat Azam Abdul Rahman dan rakannya saudara Bard.
Beliau memaklumkan dia bekerja sambilan sebagai Modeling dan menetap bersama saudaranya di Seoul, Koera Selatan. Dia kemudiannya mempelawa saya melihat gambar modellingnya dan mengajak saya menontonnya di SKYPE. Dia menyuruh saya halakan kamera ke arah muka saya agar dia dapat melihat dengan jelas siapa saya. Kerana ketika itu saya halakan kamera kepada sahabat saya Azam Abd Rahman. Kemudian saya menunjukkan tanda GOOD dengan jari, sambil terus menjamu selera bersama sahabat-sahabat.
Ketika itu saya meminta izin daripada rakan-rakan untuk beredar bagi mengambil isteri saya di pejabat, tambahan pula semalam ialah hari Jumaat dan jam pula sudah menunjukkan hampir pukul 1.00 petang. Saya memandu kenderaan sambil tangan satu agi memegang iTab untuk melihat video yang beliau janjikan.
Tiba-tiba dia menipu dengan menayangkan video lucah kepada saya yang memang jelas bukan diri beliau sebenarnya berdasarkan kepada paparan yang dibuat. Saya terkejut dan kemudian bertanya mana video modelling yang dijanjikan?. Video dimatikan dan selang beberapa minit kemudian dia sudah keluarkan amaran berupa ugutan kepada saya.
Saya terus menelefon isteri saya dan memaklumkan perkara berkenaan. Mujurlah isteri saya memahami dan tidak melatah. Pihak berkenaan memberi tempoh dua jam kepada saya untuk membuat bayaran berkenaan melalui WESTERN UNION melalui nama seorang lelaki FILIPINA.
Saya hairan dan terkejut, saya mengambil isteri saya dipejabat dan kemudiannya ke masjid untuk solat Jumaat, selepas itu saya terus membuat laporan di Balai Polis Indera Mahkota tentang perkara ini.
Sekitar jam 3.30 petang, saya membuat satu sidang media tergempar di Restoran Vista, sebelah BSN Indera Mahkota tentang perkara ini. Saya terjerat dalam situasi yang dirancang dengan baik oleh pihak yang berkenaan. Walau pun pada awalnya saya syak ia dilakukan oleh pihak luar, namun saya agak keliru apabila pihak berkenaan dilihat mempunyai hubungan juga dengan dua orang individu yang saya kenali. Apakah mungkin mereka juga menjadi mangsa sindiket ini agaknya.
Persoalannya apakah ia satu konspirasi politik terhadap saya?. Ada dua aspek yang memungkinkan di sini, pertamanya saya ada membuat kenyataan untuk kembali aktif dalam politik dalam masa terdekat ini. Malah ada juga yang marah bila paparan gambar saya bersama Menteri Besar Pahang tersebar baru-baru ini.Keduanya, saya juga ada mengatakan untuk bertanding jawatan Ketua Cabang PKR pada pemilihan parti itu tidak lama lagi, berdasarkan kepada status saya masih lagi ahli PKR yang sah.
Kedua-dua spekulasi ini mungkin menyebabkan ada pihak yang curiga dan dengki, serta menyimpan dendam bagi menjatuhkan karier politik saya. Apapun, ia sekadar spekulasi yang menjadi kontroversi. Apapun ini hanya spekulasi semata-mata. Namun, hakikatnya apa yg berlaku kepada saya juga mungkin pernah berlaku kepada orang lain sebelum ini. Ia mungkin melibatkan sendikit antarabangsa yang dilakukan secara licik dan teratur oleh pihak berkenaan. Mereka memeras ugut dan meminta wang daripada individu yang berpengaruh. Modus operandinya, mengajak mangsa seperti saya berbual menggunakan video cam di SKYPE dan kemudian memanipulasi gambar video berkenaan dengan adengan lucah untuk mendapatkan wang sebenarnya. Inilah yang berlaku.
Saya memaklumkan kepada pihak polis dalam siasatannya malam tadi. Apapun, saya berharap ini bukanlah satu konspirasi jahat daripada rakan politik saya kerana saya kini berkawan dengan semua rakan-rakan daripada parti politik yang berbeza selepas mengundur diri dari PKR pada 11 Februari 2011 yang lalu. Persoalannya, jika tiada kaitan bagaimana dua individu terbabit boleh menjadi follower dan friends kepada XING JIN (indidividu yang mengugut saya) itu?.
Lebih mengejutkan, menyedari perkara ini telah didedahkan di blog saya XING JIN dengan begitu pantas telah mengubah profail facebook beliau kepada XING WOO JIN.
Kenapa dia berbuat demikian?. Malah, ugutan meminta saya membayar wang dalam masa dua jam telah dilanjutkan lagi sejak petang semalam selepas saya merayu. Kemudian dia memberi satu lagi peluang hingga jam 10.00 pagi ini. Maknanya, XING WOO JIN boleh berunding dalam masa yang sama mengugut.
Susulan daripada itu, saya juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Multimedia berkenaan perkara ini. Malah, saya juga telah menghubungi beberapa orang rakan HACKERS hebat seluruh negara untuk HACK akaun facebook beliau bagi membongkar IP ADREESS dan siapa XING JIN atau XING WOO JIN ini sebenarnya.
Memandangkan perkara ini telah dilaporkan kepada pihak polis, makanya saya berharap mana-mana sahabat yang menerima video berkenaan agar berhati-hati dan tidak menyebarkan kepada pihak lain demi keselamatan. Pihak polis memantau perkara ini dan mahu saya membuat satu lagi laporan sekiranya video bekenaan disebarkan selepas saya gagal membuat bayaran USD5,000 seperti yang diminta.
Oleh itu, saya berharap agar sahabat DELETE video tersebut dan tidak sesekali menyebarkannya kepada rakan-rakan yang lain bagi mengelakkan masalah lebih besar timbul kemudian hari. Saya juga nasihatkan sahabat-sahabat agar berhati-hati menerima kenalan facebook baru daripada individu yang tidak dikenali kerana mungkin mereka adalah musuh kita yang bertujuan untuk menghancurkan masa depan kita sebenarnya. Kini karier politik saya mungkin mahu disekat oleh pihak-pihak tertentu kerana mereka takut kelantangan saya menyuarakan sesuatu isu akan membuka mata rakyat kelak.
Keduanya, jika menggunakan KAMERA pada laptop atau komputer, pastikan tidak menghalakannya pada muka anda jika bercakap dengan individu yang tidak dikenali. Mereka boleh melakukan apa saja asalnya mendapat WANG dan mahu menjatuhkan kita.
Sekian Harap Maklum dan Terima Kasih,
MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
(BLOGGER CUCUMATKILAU)
Hairan, Penjenayah Ugutan Sebar Video Lucah Bertukar Profail Facebook Dan Di Kenali Pemimpin Politik Di Kuantan Sendiri !!
Saya cukup terkejut, susulan ugutan USD5,000 yang dibuat oleh individu tidak dikenali tiba-tiba profail facebook beliau daripada XING JIN bertukar kepada XING WOO JIN. Sungguh mengejutkan dalama masa yang sama selepas laporan polis dibuat pihak berkenaan seolah-olah menjadi takut. Ugutan menyuruh saya membayar USD5K sebelum jam 4.00 petang tadi ditunda ke jam 10.00 pagi esok.
Jelas dapat dilihat, ada orang Malaysia dari Kuantan yang mungkin mengenali beliau sebenarnya. Kedua-duanya adalah dari parti politik yang berbeza iaitu UMNO dan PKR. Saya amat terkejut dengan penemuan ini.
Jika penjenayah itu mahu mengertak saya dengan membuat video lucah berkenaan, kenapa mereka ini kenal beliau. Anehnya carian saya terhadap FRIEND LIST kedua-dua individu terbabit tidak terdapat nama XING WOO JIN, kemungkinan besar telah dihilangkan HIDE.....
Mereka juga sempat menunjukkan mesej yang akan dihantar kepada isteri saya berkenaan video panas ini. Sebelum menyebarkannya kepada saudara-mara dan rakan-rakan dalam facebook yang lainnya. Mereka memang pandai komputer sehingga boleh mengelirukan saya dengan adengan yang cukup mengerikan ini.
Siasatan seterusnya menyusul..
Saya Terima Ugutan USD5,000 Untuk Sebar Video Lucah !
Susulan dari itu, saya terpaksa membuat laporan polis di Balai Polis Indera Mahkota sebagai langkah keselamatan.
Di bawah ini dipaparkan ugutan-ugutan beliau terhadap saya yang amat keterlaluan. Saya syak beliau telah menipu ramai lelaki di Malaysia dengan menggunakan gambar profile dan video perempuan untuk tujuan mengugut. Sebelum ini mungkin sudah ramai yang diugutkan sebenarnya.












































