Saiful Tergamak Berdoa, Buktikan Dia Diliwat
Jika Benar Mahu Kebenaran, Ikut Hukum Islam
Atas faktor dan statement mana yang menyebabkan Saiful mahu orang lain mendoakan dirinya itu?. Atas pengakuan beliau diliwat dan laporan polis yang dibuat? Atau atas laporan perubatan yang dikelaurkan oleh doktor pakar yang sah dan lebih relevan?. Maka itu, yang mana satu Saiful mahu umat Islam diseluruh negara percaya yang beliau diliwat?. Jika dalam kes rogol, sudah pasti polis mahu menghantar mangsa ke hospital untuk membuat pemeriksaan perubatan sebelum menangkap mana-mana suspek. barulah kes boleh dibuat terhadap tertuduh. Apakah cukup dengan pengakuan mangsa yang kononnya beliau dirogol, maka kita mesti percaya dia memang dirogol?. Begitu juga dalam kes Saiful ini sebenarnya. Apakah kita mahu mendoakan kebenaran terhadap beliau, sedangkan kes yang berlaku sekarang hanyalah berdasarkan kepada laporan polis dan akuan yang dibuat oleh dirinya sendiri. Sedangkan laporan perubatan yang sah daripada empat orang doktor pakar hospital swasta dan kerajaan membuktikan beliau masih "suci dan teruna". Ini bermakna, Saiful tidak dinodai oleh sesiapa pun. Maka itu, kenapa Anwar perlu ditangkap, disoal dan mahu didakwa atas pertuduhan tersebut?. Bukankah ini juga kebenaran yang harus dilihat oleh kita sebenarnya. Sebagai umat Islam, kita akhirnya perlu membawa kes Jenayah Syariah sebegini ke Mahkamah Syariah atas pertuduhan Qazaf. Masalahnya, kenapa begitu lama mahkamah ingin menfailkan kes Qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan?. Kita harus berbalik kepada Islam, namun berbagai alasan yang diberikan oleh pihak terbabit. Kenapa kita harus mencari kebenaran buat Saiful hanya berlandaskan kepada pengakuan dan laporan polis yang dibuatnya.Kenapa Perlu Jumpa Najib, Bukannya Ulamak
Bukankah orang seperti Saiful juga pandai bermuka-muka sebenarnya. Jika tidak, masakan beliau boleh bertemu Perdana Menteri Najib Razak hanya untuk memohon biasiswa, sedangkan beliau ketika itu bekerja di Pejabat Anwar?. Biasiswa apa yang mahu dipohon, sedangkan beliau sudah lama dibuang dari pengajiannya di Uniten akibat terlalu pandai. Masakan, Saiful begitu rapat dan baik dengan Najib Razak sehingga boleh pergi ke rumah PM untuk mengatakan dirinya diliwat oleh Anwar. Kejadian pula berlaku sebelum beliau membuat laporan polis. Kenapa perlu berjumpa Najib, sedangkan kita itu Pak Lah ialah Perdana Menteri. Kenapa Saiful tidak pergi berjumpa Pak Lah?. Kenapa Najib yang ditemui untuk menangis dan mengadu diliwat. Apakah hubungan Najib dan Saiful?. Anak beranak, adik beradik, saudara mara atau apa?. Kebenaran apa yang dimahukan oleh Saiful, sedangkan pihak terbabit langsung tidak mahu memberikan dokumen yang sepatutnya kepada peguam Anwar sebelum hari perbicaraan. Kenapa perlu Saiful berjumpa Najib kemudian baru membuat laporan polis. Kenapakah mereka seakrab itu, sedangkan Saiful bekerja di Pejabat Anwar?. Maknanya Saiful dihantar bekerja di Pejabat Anwar sebagai "Spy Najib" bagi menjatuhkan karier politik Anwar. Berapakah upah dan bayaran yang diterima oleh beliau agaknya.
Saiful berbangga mengangkat tangan keran mahu satu dunia percaya
dia diliwat. Apakah dia cemburu lihat cara Anwar angkat tangan dulu?
Saiful Bangga Dirinya Popular Kerana Kes Liwat
Si Saiful Tidak Sedar Dia Kini Jadi Blogger UMNO
Jika dilihat kepada agenda Saiful, nampak benar kes liwat yang dikatakan berlaku itu adalah bertujuan untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim sebenarnya. Apa tidaknya, Saiful sanggup mengadap pemimpin UMNO dulu sebelum membuat laporan polis. Bukan seorang dua pemimpin UMNO yang ditemuinya, malah ramai lagi sebelum itu. Malahan Saiful juga tersilap, kerana di laman blog peribadi beliau kini terdapat begitu banyak link puak-puak yang menyokong UMNO dan bencikan Anwar Ibrahim. Seolah-olah blog beliau itu kini sudah menjadi sebuah blog politik, sedangkan beliau sepatutnya lebih neutral dalam sesetengah isu. Malahan, beliau juga tidak berminat untuk meletakkan mana-mana link yang cenderung kepada Pakatan Rakyat. Apa yang jelas, Saiful kini sudah terlupa siapa diri beliau sebenarnya. Beliau akhirnya kini menjadi blogger UMNO. Walhal beliau tidak sepatutnya bersikap begitu, kerana jika dia merasakan dirinya tidak dipolitikkan. Tindakan Saiful ini mengesahkan lagi bahawa beliau sememangnya mengikut arahan pemimpin UMNO dalam membuat sesuatu tindakan terhadap Anwar. Sebab itu, kita tidak hairan bila mendengar pertemuan sulitnya dengan pemimpin UMNO dan kelibatnya dilihat bersama proksi UMNO sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar. Malahan beliau juga menghubungi beberapa orang pemimpin UMNO sebelum bertindak mengatakan Anwar meliwatnya dulu. Apakah beliau sedar apa yang dilakukan di dalam blonya itu agaknya?
Negara Islam, Tapi Takut Undang-Undang Qazaf
Sesuatu yang amat aneh dan ajaib berlaku di dunia ini. Sebuah negara Islam seperti Malaysia sanggup menghalang undang-udang Qazaf ditegakkan terhadap seseorang yang menuduh dirinya menjadi mangsa liwat. Bukankah, ia sudah termaktub di dalam undang-undang Islam sebenarnya. Maka kenapa Saiful dan peguamnya takut. Bukan sahaja mereka, malahan pihak pendakwaraya juga amat takut kepada Qazaf. Mereka tahu, Saiful tidak akan mampu mengemukan bukti empat orang saksi bahawa beliau diliwat. Apa yang pasti dan ada hanya empat orang saksi yang membuktikan dirinya tidak diliwat iaitu satu doktor Pusrawi dan tiga lagi doktor pakar Hospital Kuala Lumpur. Maka, kenapa mereka masih mahu mendakwa Anwar?. Bukankah ini bermakna terdapat unsur politik yang menjadi faktor utama kes ini. Terlajak kata boleh diulang semula, tapi terlajak perbuatan sukar untuk dimaafkan. Saiful kini berada di dua persimpangan. Mahu meneruskan atau menarik balik akuan sumpah serta laporan polisnya terhadap Anwar. Jika hanya bersandarkan bukti DNA, bukan sahaja peguam Anwar boleh mempertikaikannya. Malah rakyat sebagai hakim negara juga boleh meraguinya. Tambahan pula Saiful pernah bekerja di pejabat Anwar sebelum itu. Siapalah tahu mereka sudah merancang ketika itu lagi. Cuma tarikh Julai 2008 Saiful terpaksa diarahkan membuat laporan polis, kerana mereka amat takut dengan laporan ahli parlimen BN dikatakan akan melompat ketika itu. Jalan terbaik ialah undang-undang Islam (Qazaf) dikenakan ke atas Saiful, jika terbukti dia gagal membawa saksi dalam kes ini maka secara automatiknya Anwar tidak wajar didakwa atas kesalahan yang belum tentu dilakukannya.
[Apapun, sama-sama kita nantikan episod seterusnya kes tersebut pada 29 Januari ini. Pertuduhan yang bercelaru akhirnya menyukarkan perbicaraan dijalankan secara normal. Mana mungkin perbicaraan dapat dilaksanakan dalam masa kertas pertuduhan dan pendakwaan itu sendiri boleh dipertikaikan. Bukankah kes ini sekali lagi memalukan Malaysia pada mata masyarakat antarabangsa termasuk negara-negara Islam sendiri. Malah, ulamak tersohor Islam Syeikh Yusoff Qardawi sendiri mahukan Qazaf dilaksanakan terhadap Saiful Bukhari Azlan. Jika tidak bermakna Anwar akan kembali merengkok di Penjara Sg.Buloh kerana mereka sudah menyiapkan segalanya untuk mensabitkan mantan TPM itu. Langkah terbaik, ialah kembali kepada Islam jika kerajaan Malaysia benar-benar merasakan negara ini adalah negara Islam. Tambahan pula apa yang berlaku ini adalah jenayah syariah. Kebenaran yang dicari oleh Saiful Bukhari pula adalah satu ciptaan yang sengaja ingin menguatkan cerita sahaja. Amatlah memalukan bilamana seorang yang tidak disahkan menjadi mangsa, tiba-tiba mahu rakyat dan umat Islam di seluruh Malaysia berdoa agar mahkamah membuktikan dirinya mangsa liwat!!].

















