Program Titik Sentuhan RTM

Ditemuduga oleh wartawan 'Titik Sentuhan RTM' berkaitan isu jalan rosak dilaluan pintasan Bandar Indera Mahkota melalui Bukit Sekilau ke Bandaraya Kuantan

Tanding Pilihan Raya Umum Ke-15

Berada di pejabat SPR Pahang, ambil borang bertanding DUN dan Parlimen PRU-15 lalu, namun hasrat itu dibatalkan akibat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan

Pilihan Raya Kecil DUN Chini

Menjadi calon bebas PRK DUN Chini pada Julai 2020, walau bagaimana pun saya tewas dalam percubaan tersebut kerana kekurangan dana untuk berkempen tarik sokongan pengundi.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin

Akibat dihalang masuk ke dewan untuk menghantar borang pencalonan pada PRK Parlimen Rompin pada 2015, tunjuk protes dengan mengoyak borang terbabit di luar dewan.

Temuduga Khas Wartawan Astro Awani

Ditemuduga oleh wartawan Astro Awani tentang pandangan beliau apa yang dimahukan dan harapan rakyat dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12

Bahaya, Isu Jambatan Gantung Sungai Dingin Mentakab Pula Tular !

   

TEMERLOH - Baru saja dikejutkan dengan tragedi jambatan gantung yang mengorbankan dua beradik jatuh ke dalam Sungai Keratong di Kampung Rekoh Rompin, kini satu lagi insiden jambatan uzur berlaku di daerah ini yang sedang hangat diperkatakan.

Jambatan gantung yang uzur dan berbahaya itu terletak di Kampung Sungai Dingin, Mentakab dekat sini.


Menurut penduduk sudah beberapa bulan jambatan tersebut rosak akibat banjir pada awal tahun ini, namun sehingga hari ini ia masuh belum diperbaiki oleh pihak berwajib sehingga meresahkan penduduk sekitar. 

Isu jambatan gantung Sungai Dingin ini 'panas' selepas ia ditularkan oleh seorang netizen yang juga merupakan penduduk kampung terbabit iaitu Nur Muhammad Alias.

Menurut beliau dalam posting di facebooknya, keadaan jambatan terbabit amat uzur dan cukup membimbangkan. Malah jambatan yang rosak selepas banjir pada awal Januari lalu, hingga kini masih belum dibaiki hingga sekarang.

"Ini membimbangkan penduduk setempat kerana laluan jambatan ini merupakan laluan utama penduduk dan alternatif jika laluan utama dinaiki air untuk keluar bekerja dan merupakan laluan harian untuk anak ke sekolah," katanya.

Menurut beliau lagi, penduduk menjadi gusar selepas hujan lebat baru-baru ini dan laluan jalan ke kampung mereka tidak boleh dilalui.

"Jambatan gantung ini adalah laluan utama  yang digunakan oleh lebih 450 penduduk dua buah kampung iaitu Kampung Sungai Dingin dan Mambang Berulang. Bagaimanapun, beberapa struktur jambatan itu yang rosak mengundang risiko keselamatan terhadap orang ramai," dakwa beliau.

Tambah menakutkan katanya, tragedi dua beradik yang meninggal dunia akibat terjatuh ke dalam sungai keratong apabila motosikal yang ditunggani ibunya hilang kawalan ketika melalui jambatan gantung Kampung Repoh di Rompin baru-baru ini masih segar dalam ingatan.

Susulan insiden tersebut penduduk menjadi trauma dan gusar ancaman keselamatan mereka.

"Jambatan ini juga merupakan jalan pintas penduduk kerana jalan kereta mengambil masa yang lama untuk smpai ke jalan utama. Baru-baru ini terdapat kemalangan kecil melibat motor tumbang di atas jambatan ini, tetapi penunggang tidak mengalami kecederaan," tambah Nur Muhammad lagi.

Hantaran beliau itu mendapat berbagai komen balas dari kalangan netizen, antaranya ;








Ada juga netizen yang mempertahankan isu ini, dengan mendakwa pihaknya sudah buat tindakan dan masih menunggu peruntukan.








Difahamkan jambatan gantung Sungai Dingin menjadi laluan penduduk untuk pergi ke bandar serta berbagai urusan lain termasuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Keadaan jambatan gantung yang rosak mengundang kesulitan kerana penduduk terpaksa menggunakan laluan alternatif lain yang jauh untuk ke jalan utama Temerloh-Mentakab.

Justeru penduduk berharap pihak berkaitan dapat membaiki segera jambatan ini kerana ia laluan utama penduduk sejak berpuluh tahun lalu selain mengundang risiko keselamatan.

Sementara itu menurut penduduk, masalah jambatan juga menjejaskan perkhidmatan lain seperti penghantaran barangan, dokumen atau makanan. Ini kerana posmen, syarikat kurier atau penghantar makanan tidak mahu masuk kerana gusar dengan keadaan jambatan tersebut.

Jambatan gantung Sungai Dingin telah dibina padantahun 1983 dengan jarak sejauh lebih 200 meter. Ia dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, susulan hantaran facebook Nur Muhammad Alias tentang isu ini menyebabkan ramai pihak terkejut atas apa yang terjadi.

Ramai yang menganggap, pemimpin setempat sepatutnya cakna isu jambatan uzur ini. Malah, tragedi yang berlaku di jambatan gantung Kg Repoh Rompin sepatutnya dijadikan ikhtibar oleh semua pihak.

Namun, akibat kealpaan dan lewat bertindak menyebabkan rakyat terpaksa mengadu nasib di media sosial.

Sepatutnya isu ini diselesaikan segera, tidak perlu menunggu terlalu lama sampai berbulan lamanya baru mahu bertindak.

"Bila sudar viral, barulah masing-masing bagai cacing kepanasan. Mulalah pemimpin tunjuk muka turun padang untuk ambil kisah. Walhal penduduk sudah banyak kali bertanya sebelum ini. Namun, jawapannya sama tiada tindakan dan akhirnya penduduk terpaksa baiki sendiri pagar-pagar yang telah rosak," kata seorang warga emas yang ditemui semalam.

"Saya sedih, pada zaman moden masih ada jambatan gantung yang sudah hampir 40 tahun  digunakan. Bukankah ia merbahaya dan boleh mengancam nyawa penduduk. Pemimpin wajar turun padang melihat sendiri, bukan hanya dapat laporan dari jauh.

"Saya tahun pihak JKKK, Tok4, Penghulu dan lain-lain pemimpin setempat sudah lakukan tindakan. Namun akibat isu ini tidak diangkat dan diberi keutamaan oleh pihak atasan maka ia dipinggirkan. Hinggalah menjadi viral baru semua pihak menggelabah," katanya lagi.

Isu jambatan uzur ini pernah mendapat perhatian Yang Dipertuan Agong sendiri sebenarnya. Baginda menitahkan ia diberi perhatian segera oleh pihak kerajaan, ketika dimaklumkan oleh pemimpin setempat dalam satu program bantuan banjir di kawasan terbabit awal tahun ini. 

Kampung ini terletak dalam kawasan DUN Mentakab yang diwakili oleh YB Woo Chee Wan  (DAP) dan Parlimen Temerloh yang diwakili oleh YB Mohd Anuar Mohd Tahir (PAN).

Semenjak isu ini viral, difahamkan masih tiada kelibat dua wakil rakyat terbabit setakat ini. Harus diingat, Ahli Parlimen Temerloh adalah merupakan Timbalan Menteri Kerjaraya pada zaman pemerintahan 22 bulan Pakatan Harapan (PH). Sepatutnya isu ini telah diberi perhatian sewajarnya.

Malah, difahamkan hanya Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Dato' Sri Hj. Mohd Sharkar Shamsuddin dilihat turun ke lokasi untuk melihat aduan penduduk terbabit. Walhal beliau adalah ADUN Lanchang.

Mungkin atas kapasitinya sebagai Exco Kerajan Negeri Pahang, menyebabkan beliau terpanggil untuk memantau isu ini.

Terkini, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah meletakkan batu penghadang agar orang ramai tidak melalui jambatan gantung itu buat sementara waktu.

Sementara itu, ada penduduk mendakwa mereka bukanlah meminta jambatan baharu yang menelan kos jutaan ringgit untuk dibina.

"Kami hanya mahu jambatan gantung ini dibaiki segera. Pagar yang rosak, laluan berlekuk dan berlubang dibaik pulih. Struktur jambatan diperkukuhkan agar tidak bahaya ketika penduduk melaluinya," kata penduduk terbabit.

Kisah rayuan agar pembinaan jambatan ini juga sudah tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada bulan April lalu. 

Justeru, dengan tularnya kisah jambatan gantung ini maka diharapkan segala masalah yang membelenggu penduduk dapat diatasi segera. Keselamatan rakyat perlu diutamakan. Jangan tunggu ada yang jatuh dan terkorban baru semua pihak mahu buat tindakan.

Ada sumber mendakwa, permohonan mendapatkan peruntukan bagi membaik pulih jambatan ini sudah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pahang, cuma peruntukkannya belum turun untuk tindakan. Namun, penduduk berharap dan merayu kerajaan mempercepatkan peruntukan terbabit demi membelan rakyat marhaen yang memerlukan. 

Netizen Usah Anggap Lucu, Seronok Sangat Bila Israel Cakap Nak Sasarkan Malaysia !

 

Jangan seronok sangat bila Israel kata mahu sasar  Malaysia. Saya tengok ada yang cabar  dan cakap besar. Konon tak sempat sampai ke Malaysia, kapal Israel dah karam di lautan. Ada yang cakap, jarak Malaysia dengan Israel jauh dan macam2 lagi ayat2 sinis ditujukan sampai mereka KOYAK. Tapi kita lupa kisah, pengkalan tentera Israel dah bertapak di negara jiran sejak sekian lama. So, jangan syok sangat yer shbt. Hati2 semua, dekat jerk dah mereka. Jaga diri masing2. Jangan cakap besar dan nganjing2.

Info lanjut sila baca pendedahan panas di sini http://raja-jawa.blogspot.com/2014/09/mengapa-israel-berpangkalan-di-singapura_2.html?m=1. Nak JIHAD kalau iman tak penuh didada. Amalan agama dalam diri pun pasang surut. Malah solat yg wajib pun ramai culas2. Apatah lagi bab solat subuh berjemaah. Ingat mudah2 nak berperang. Cakap2 belakang OK. Tapi beringatlah, elakkanlah peperangan. Kita mahu negara ini diwarisi oleh anak cucu kita secara aman damai tanpa pertumpahan darah.

Usahlah cakap besar dengan mereka. Biarlah kerajaan menggunakan saluran diplomasi yg lebih terbaik. Sama2 kita doakan agar mereka hancur dan Allah berikan kemenangan kepada umat Islam Palestin. Kenapa perlu ada yg nak sangat ke Israel untuk berperang atau tunggu Israel datang ke Malaysia? Walhal, jika mahu kerajaan boleh hantar bala tentera kita (ATM) untuk brjuang disana. Masalahnya pihak PBB dan OIC masih diam membisu.

Tak perlulah, shbt2 yg hanya boleh menaip dan berlawan "perang siber" nak lawan mereka di sini dgn senjata. Jika berlaku perang, ia betul2 bukan cobaan. Maka, gunakanlah kemahiran untuk menyerang Israel di alam maya agar mereka terus KOYAK. Apa yang saya tegur segelintir anak muda yang anggap LUCU bila Israel nak sasarkan Malaysia, itu saja. Bukan soal saya takut untuk turun berjihad jika benar2 terjadi peperangan. Ramai yang salah anggap apa yang saya tegur, namun dipersilakan untuk keluarkan pandangan masing2 (demokrasi).

Akhir kalam, saya ingin menyusun sepuluh jari mengucapkan salam lebaran dan perjuangan kepada semua sahabat. Maaf zahir batin.

Jemput ke http://cucumatkilau.blogspot.com

Dengarkan kenyataan isu perjuangan rakyat LIKE, FOLLOW, SHARE & SUBSCRIBE CMK TV https://youtube.com/channel/UCOMX71-R0Nw0VI5uwexZmPg (YOUTUBE CHANNEL)

Bazar Ramadan Dan Aidil Fitri Di Tutup, Penganjur Perlu Pulangkan Duit Baki Sewa Tapak !

 

Saya meluangkan masa turun padang untuk bertemu dan mendengar keluhan peniaga2 susulan tindakan penutupan bazar Aidil Fitri dan Bazar Ramadan di sekitar Kuantan. Saya singgah di prkarngan Stadium Darul Makmur mendengar rintihan peniaga yang 99% adalah orang Melayu bragama Islam. Mereka datang dari luar Pahang untuk mencari rezeki di sini.

Namun tindakan tutup sebelum waktu gara2 SOP Covid-19 menyebabkan ramai peniaga yg alami kerugian. Malah ada yang tak balik pun modal gara2 arahan tersebut. Sedangjan RM yang dibelanjakan untuk barangan jualan ada yg mncecah RM100K termasuk sewaan tapak lot niaga. Siapa nak tanggung kerugian? Naya sungguh nasib peniaga Melayu kita. Pasaraya dan pusat membeli belah yang lain elok2 jerk beroperasi tanpa sekatan. Walhal mereka juga sudah mematuhi SOP yang ditetapkan. Walau bagaimana pun, apa boleh buat sudah takdir.

Namun, sy menyeru kerajaan memantau agar penganjur memulangkan sebahagian daripada duit sewaan tapak gara2 tidak dapat berniaga pada waktu puncak (menjelang hari raya). Itu sekurang2nya meringankan bebanan peniaga terbabit. Sudahlah permit PBT bayar penuh utk tempoh 30 hari. Baru2 ni kanak2 bawah 12 thn pula tak dibenarkan masuk. Macam2 dugaan!

Apa yang saya hairan kenapa kerajana benar bazar ramadan dan aidil fitri ini beroperasi?? Bukankah negara masih dilanda Covid-19 yg masih belum berakhir sepenuhnya. Apakah tiada pihak yang terifkir masalah yg berlaku pada hari ini akan menyusahkan peniaga?? Pihak yang mndapat untung iapah penganjur dan PBT yang mengeluarkan permit. Walhal umum tahun Covid-19 masih belum reda. Jd kerajaan seharusnya menangguhkan dahulu semua bazar. Barulah tiada pihak yang rugi, terutamanya peniaga yang sudah berbelanja besar untuk persediaan di saat2 akhir.

Apa pun saya ucapkan syabas kepada pihak pengurusan bazar Aidil Fitri Stadium Darul Makmur kerana memulangkan sebahagian daripada sewaan tapak mengikut hari yang berkenaan. Sekurang2nya ia melegakan pihak peniaga terbabit. Lepaskan duit minyak, tol dll untuk kembali ke destinasi masing-maisng.

Pada masa akan datang, kerajaan perlu fikir sebelum bertindak. Jangan sekejap OK, lepas tu KO. Fikirkan juga masalah rakyat marhaen.

Moga segalanya dapatlah dipermudahkan.

MOHD SHUKRI MOHD RAMLI

Wakil Rakyat Marhaen

DUN Terjah, Parlimen T.007

Banjir Kilat Di Flyover Widad, Kerajaan Di Gesa Naik Taraf Sistem Perparitan Dan Pembentungan !

Petang tadi saya luangkan masa kira-kira hampir tiga jam membuat edisi terjah dan melihat dari dekat isu sebenarnya yang menyebabkan sering berlaku banjir kilat di kawasan flyover Widad (Kolej Universiti Widad) di Bandar Indera Mahkota Kuantan selama ini.

Hari ini saja dua kali banjir terjadi akibat hujan lebat. Lokasi ini sudah beberapa kali diterjah, namun tiada tindakan drastik yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasi isu yang berlarutan sejak sekian lamanya ini.

Justeru saya membawa usul (dengan izin) supaya beberapa perkara diberi perhatian :

(1). Longkang sempit dan perlu di besar serta didalamkan, agar air boleh mengalir dengan baik untuk ke saluran utama. 

(2). Sampah sarap yang tidak diselenggara dengan baik menyebabkan laluan air jadi tersekat dan ia melimpah keluar apabila  berlaku hujan lebar berterusan.

(3). Sistem perparitan dan pembentungan perlulah dinaiktaraf agar dapat memudahkan aliran air lebih sistematik dan efisyen.

Lokasi ini tidak perlu diletakkan 'pancang kayu' aras banjir kerana ia bukan kawasan banjir utama seperti jalanraya di tebing sungai. Isu banjir timbul akibat sikap tidak cakna apa yang didedahkan ini sebenarnya. 

Saya ada membuat rakaman live FB bagi membuktikan dakwaan  berfakta ini. Sampai bila laluan ini perlu berhadapan dengan  isu "banjir kilat"?. Setiap kali hujan lebat pasti air naik dan menutup jalan. Ini menyusahkan orang ramai yang lalu lalang di sini. 

Justeru, saya menggesa agar pihak berwajib dapat menaiktaraf segala usul yg dinyatakan ini agar memberi keselesaan kepada semua pihak terutamanya pengguna jalanraya yang melalui jalan ini.

Jika tidak diperbetulkan, nescaya isu banjir kilat ini tidak akan ada kesudahannya kelak. Kuantan sudah bertaraf 'bandaraya' , maka masalah sistem perparitan dan pembetungan ini sepatutnya dinaiktaraf sejajar dengan hasrat jadikan 'Kuantan Bandaraya Lestari'. 

Video Terjah : https://www.facebook.com/shukrieramly/videos/1571999463191068/

FOLLOW, SUBSCRIBE CMK CHANNEL

https://www.youtube.com/c/CMKTV1

Sri Pahang FC Perlu Pulihkan 'Demam Panas', Tukar Nama Lebih Garang Dan Bertenaga !

Dua kekalahan  berturut-turut pasukan Pahang menyebabkan saya terpanggil untuk beri komen dan cadangan. Soal nak terima atau tidak, itu terpulang. 

Namun, memang ramai peminat yang mempersoalkan kewajaran Sri Pahang FC diguna sebagai nama rasmi Skuad Tok Gajah untuk saingan bolasepak tempatan musim ini. 

Sri Pahang FC Pahang tewas dua perlawanan berturut-turut kepada Selangor FC 1-3 di Stadium MBPJ, kemudian tersungkur lagi malam tadi di gelanggang sendiri Stadium Darul Makmur kepada Perak FC 0-2. 

Semua ini mengundang persoalan dikalangan  peminat. Apa sudah jadi dengan Sri Pahang FC?. Ingatkan dengan pengurusan baru, ketua jurulatih diimport dari luar negara (USA) , Thomas Dooley supaya Sri Pahang FC dapat mempamerkan aksi menarik untuk menang perlawanan di gelanggang sendiri malam tadi. 

Ketua Jurulatih Sri Pahang FC, Thomas Dooley

Kisahnya, indah khabar dari rupa. Permainan pasukan Sri Pahang FC jelas membosankan dan bagai hilang punca. 

Justeru, saya syorkan nama Sri Pahang FC di tukar kepada nama lain yang lebih sesuai untuk mengembalikan kebangkitan Skuad Tok Gajah. 

Nama 'Sri' nampak lembut, bersopan dan penuh dengan keharmonian. Ia nampak tidak sesuai digunakan pada sebuah pasukan bolasepak yang perlu bersikap garang, bertenaga dan bersemangat waja.

Nama 'Sri' lebih sesuai untuk kumpulan tarian, drama dan benda-benda yang berbentuk kediaman atau pejabat. Contohnya Flat Sri Pahang, Wisma Sri Pahang dan sebagainya. Semua tempat ini perlukan kedamaian.

Kumpulan tarian sesuai guna nama 'Sri'
Wisma Sri Pahang di Kuantan
Flat Sri Pahang di Kuala Lumpur

Bola adalah sejenis permainan yang perlukan kekuatan, semangat untuk menggempur dan mempertahankan kubu. Jika nama 'Sri' diguna, ia nampak agak lembut dan musuh secara secara psikologinya tidak langsung gentar untuk bertemu dengan Skuad Tok Gajah.

Musuh nampak mudah dan pasukan Pahang jadi rapuh terutamanya di penghujung permainan seperti yang berlaku ketika menentang Perak FC dan Selangor FC.


Selama ini saya tidak pernah komen tentang isu ini, walau pun ramai peminat bersuara di media sosial. Bayangkan, Skuad Tok Gajah dengan imej binatang besar serta hebat seperti itu, tiba-tiba nampak mudah diratah oleh musuh gara-gara nama Sri Pahang FC.

Pengurusan pasukan wajar mendengar pandangan peminat. Ubahlah kepada nama yang lebih sesuai seperti Tok Gajah FC (TGFC), Pahang FC, Pahang United atau nama-nama yang lebih garang. Nama Sri nampak terlalu tradisional, sedangkan ramai pemain dan jurulatih Pahang sendiri diimport dari luar negara. 

Peminat menegur untuk kebaikan demi masa depan bolasepak negeri ini. Peminat sedih dan terharu melihat Sri Pahang FC kini berada ditangga terbawah liga. 

Terkadang bila anak asyik demam panas dan kesihatan tidak stabil, orang dulu-dulu ubah nama anak terbabit. Selepas diubah barulah kesihatan kembali pulih seperti biasa. 

Mungkin jika Sri Pahang FC diubah kepada nama lain lebih garang, permainan skuad Tok Gajah akan berubah. Macam mana nak menang satu piala musim ini jika diawal musim sudah teruk dibelasah lawan.

Sekadar pandangan ikhlas semata-mata, bukan untuk menjatuhkan pasukan bola sepak Pahang. Terima kasih. #CMK


Jika Tiada Aral Melintang, Dalam Masa Terdekat Saya Akan Umum Kembali Ke Platform Politik Untuk Teruskan Perjuangan Rakyat !

Selepas melihat situasi politik yang semakin tidak menentu sekarang ini, saya terpanggil untuk kembali. Agak lama tidak aktif sudah pasti saya kehilangan banyak ilmu politik.. Namun, masanya sudah tiba untuk saya kembali. 

Saya berehat dari politik pada Februari 2011 lalu, dan pada Februari 2021 maka genap 10 tahun saya berehat. Ramai kawan-kawan yang mahu saya kembali aktif mewarnai politik. 

Awalnya saya mahu terus berjuang dengan NGO yang tidak melibatkan politik kepartian, namun selepas melihat senario semasa hari ini dia terpanggil untuk kembali aktif.

Dalam masa terdekat ini saya akan adakan beberapa pertemuan dengan pemimpin politik di Pahang. Saya belum putuskan lagi parti politik manakah yang akan saya sertai. Tunggu pengumuman rasmi.

Sebelum ini ada yang mengatakan saya sudah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Sebenar hadir ke program Bersatu di sebuah hotel terkemuka di Kuantan hanya  atas jemputan sahabat lama PKR yang kini aktif dengan Bersatu. 

Saya hormati jemputan rakan-rakan, tidka bermakna saya sudah buat keputusan.  Saya bertemu rakan lama ketika aktif dengan PKR dulu. Persahabatan tetap dipertahankan, walau berbeza ideologi politik. 

Bagi saya, parti politik hari ini umpama sebuah kapal. Kita boleh pilih kapal mana untuk kita naik untuk belayar. Ada kapal kecil ada yang besar. Ada yang baru ada yang lama. Ada kapal masih utuh dan ada yang hampir karam. Ada pula kapal yang ada dua tiga nakhoda. Pendek kata pilihan ditangan kita.

Dulu saya terfikir, kapal besar itu kuat. Namun hari ini ia juga boleh karam. Dulu saya fikir ada kapal nak belayar jauh mengelilingi dunia tanpa singgah di mana-mana pelabuhan. Tapi kini, belum jauh pelayaran singgah di beberapa buah pelabuhan. 

Tdak perlu ada pihak yang mendakwa merekalah pejuang sebenar dalam politik hari ini. 

Semua pihak claim mereka benar dan jujur berjuang untuk rakyat ketika tiada kuasa. Bila dah dapat kuasa, mereka lupa dan tidak tunaikan janji kepada rakyat. Benda inilah yang saya mahu ubah, agar semua pihak benar-benar jujur dan ikhlas dalam perjuangan rakyat. 

Tidak perlu ada matlamat lain, selain menjadikan platform politik untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara, ' tambah Shukri yang juga merupakan seorang aktivis yang banyak membangkitkan isu rakyat di negeri Pahang sejak sekian lama.

Niat saya untuk kembali ke platform politik kerana mahu suburkan amalan demokrasi, menjadi penegur dan pengkritik yang lebih efisyen pada masa akan datang. 

Pada masa ini, orang padang sebelah mata kepada saya kerana tiada platform politik. Saya hanyalah aktivis bebas yang bergerak dalam kapasiti yang cukup terhad. Maka itulah tiba masanya untuk saya berbakti pula kepada masyarakat menerusi wadah perjuangan yang lebih jelas. 

Saya tidak menolak kemungkinan ada pihak yang tidak setuju beliau kembali aktif dalam politik, namun  baginya orang boleh cakap apa saja jika tidak mengikut selera mereka. 

Saya duduk sebelah pembangkang orang marah, saya duduk sebelah kerajana orang marah... malah saya duduk sebelah bebas pun orang marah. Semua tak betul di mata orang sekeliling. Maka, kali ini biarlah saya sendiri buat keputusan. Setuju atau tidak itu hak masing-masing. Apa yang penting, saya mahu terus membela rakyat dengan lebih agreasif lagi pada masa depan. 

Keputusan saya jelas, saya akan tentukan parti politik manakah yang akan saya sertai. Mungkin saya kembali semula kepada PKR, atau sertai UMNO, PAS dan BERSATU. Atau mungkin saya bersama PH dalam AMANAH dan DAP. Atau mungkin juga saya sertai parti baharu seperti PUTRA, PEJUANG dan lain-lain lagi. Segalanya masih terbuka," tambah beliau lagi.

MOHD SHUKRI (CMK)