Program Titik Sentuhan RTM
Ditemuduga oleh wartawan 'Titik Sentuhan RTM' berkaitan isu jalan rosak dilaluan pintasan Bandar Indera Mahkota melalui Bukit Sekilau ke Bandaraya Kuantan
Tanding Pilihan Raya Umum Ke-15
Berada di pejabat SPR Pahang, ambil borang bertanding DUN dan Parlimen PRU-15 lalu, namun hasrat itu dibatalkan akibat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan
Pilihan Raya Kecil DUN Chini
Menjadi calon bebas PRK DUN Chini pada Julai 2020, walau bagaimana pun saya tewas dalam percubaan tersebut kerana kekurangan dana untuk berkempen tarik sokongan pengundi.
Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin
Akibat dihalang masuk ke dewan untuk menghantar borang pencalonan pada PRK Parlimen Rompin pada 2015, tunjuk protes dengan mengoyak borang terbabit di luar dewan.
Temuduga Khas Wartawan Astro Awani
Ditemuduga oleh wartawan Astro Awani tentang pandangan beliau apa yang dimahukan dan harapan rakyat dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12
Istimewanya Kad UNHCR, Hingga Pelarian Myanmar Bebas Di Negara Ini !
PRK Bermulanya Misi Selamatkan Tasik Chini
PRK DUN Chini: Bebas Beri Mandat, Rakyat Dapat Nikmat (II) !
PRK DUN Chini: Bebas Beri Mandat, Rakyat Dapat Nikmat (I) !
Pantun Azimat Khas Buat Pengundi Di DUN Chini !
Isu Premis Warga Asing, Laporan Polis Di Buat Terhadap MPK !
Isu Warga Asing: Siasatan Polis Terhadap NGO Selesai, Laporan Polis Dan SPRM Menyusul !
MPK Lapor Polis Isu Premis Warga Asing, Penyelaras NGO Terjah Di Panggil Untuk Siasatan !
Kluster Bali Di IIUM, NGO Persoal Portal SEBENARNYA.MY !
Demikian ditegaskan oleh Penyelaras NGO Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli kepada PDO hari ini. Beliau yang pernah membongkar isu pusat perubatan swasta mana yang dikatakan menjadi punca merebaknya 'kluster Bali' akibat pandemik Covid-19 di Kuantan, pernah mendesak Kemeterian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan secara rasmi pusat perubatan terbabit sebelum ini.
Ini bermakna kluster Bali sudah muncul di IIUM sejak dari awal lagi dan ia bukannya satu laporan palsu. Malah difahamkan kematian pertama Covid-19 di Pahang juga pesakit dikatakan telah ke hospital terbabit sebelum ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Bahkan dua lagi kematian turut melibatkan kluster yang sama dan pesakit dipercayai ada menerima rawatan di hosital terbabit sebenarnya. Perkara ini tidak boleh dinafikann lagi kerana ramai pihak yang sudah tahu. Namun anehnya pihak IIUM sendiri beriya menafikan perkara ini, seolah-olah tidak berani perpijak di bumi yang nyata.
Akibatnya mereka masih menerima pesakit yang datang mendapatkan rawatan dan tidak menutupnya (lockdown) lebih awal. Kini semakin ramai dilaporkan positif Covid-19 akibat ada kontak rapat dengan petugas di hospital tersebut.
"Saya hairan bagaimana IIUM sanggup keluarkan kenyataan yang bercanggah, kononnya mereka ada fakta. Walhal kes sememangnya berlaku di situ. kenapa perlu disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai?. Alasan yang diberikan oleh pihak tertentu kerana takut rakyat panik adalah tidak berasas sama sekali. Sekarang barulah rakyat panik apabila kluster Bali semakin merebak dalam diam", tambah Shukri.
Gara-gara kenyataan pihak IIUM, kini kreadibiti portal sebenarnya.my mula diragui. Mereka sendiri tidak pasti tapi telah kongsi cerita yang bercanggah dengan fakta sebenarnya. Mohon portal terbabit memperbetulkan kenyataan berkaitan. #sumber
Polis Nafi, Tada "Total Lockdown" Di Indera Mahkota Dua !
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata orang ramai diminta tidak mendengar berita tidak benar disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Memang tidak ada (lockdown). Justeru, saya menasihati orang ramai jangan mendengar berita yang tidak benar ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sebelum ini, tular di media sosial kononnya kawasan Indera Mahkota 2 akan dilaksanakan ‘total lockdown’ yang bermakna orang ramai tidak boleh keluar masuk.
Mesej itu antara lain turut mendakwa Tuan OCS Indera Mahkota meminta semua pihak bersedia untuk ‘total lockdown’.
Mohamad Noor berkata, orang ramai seharusnya menyemak sebarang maklumat yang diterima dengan pihak berkuasa serta tidak menyebarkan berita palsu dan tidak sahih.
“Saya memberi amaran kepada sesiapa yang menyebarkan berita palsu ini, kita boleh diambil tindakan mengikut undang-undang.
“Saya juga ingin ingatkan penduduk di daerah (Kuantan) ini supaya duduk di rumah dan tidak melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak berkuasa, ” katanya. #sumber
Kerajaan Baharu, Sekitar Edisi Terjah CMK Ke Istana Negara Dan Sheraton Hotel !

Facebook Di Sekat Gara-Gara Siarkan Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Radio Internet CMK FM
Tindakan Tidak Bertanding PRK Sandakan, BN Dan PAS Gagal Uji Pengaruh Mereka Di Sabah
Atas apa jua alasan sekali pun, BN dan PAS sepatutnya menyertai PRK Sandakan walau pun tahu kekuatan mereka tidak sehebat di semenanjung.
Umum mengetahui UMNO lumpuh di Sabah selepas pemimpin dan ahli mereka berbondong-bondong menyertai Bersatu dan Warisan. Namun, ia mungkin hanya di atas kertas, atas padang belum tentu lagi.
Biar pun BN dan PAS gusar kekalahan mereka akan menyebabkan moral ahli sedikit luntur selepas mendapat kemenangan hatrik dalam tiga PRK sebelum ini iaitu di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.
BN dan PAS juga harus menguji sokongan rakyat terhadap mereka di Sabah. Bahkan, ia juga sebagai pemangkin untuk memastikan Pakatan Harapan (PH) menjadi "Kerajaan Sepenggal".
Sabah dan Sarawak adalah Fix Deposit BN setiap kali pilihanraya umum selama ini.. kecuali PRU14 lalu. Maka, bagaimana harus pembangkang ambil alih tampuk pimpinan negara jika majoriti kerusi parlimen di kedua-dua negeri tersebut kini bersama Pakatan Harapan?. Bukan PRK Sandakan boleh dijadikan ujian untuk melihat banyak mana sokongan rakyat terhadap pembangkang. Soal menang atau kalah perlu ditolak ke tepi.
Pertembungan DAP dengan PBS dan lain-lain calon bebas tidak menggambarkan pertembungan sebenar dalam PRK Sandakan. Pemerhati boleh melihat dengan jelas bahawa Pakatan Harapan sudah pasti akan menjadi pemenang kali ini, sama seperti apa yang berlaku di PRK Rantau sebelum ini.
Blogger Cucumatkilau
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
Beri Ruang Kepada Mazlan Aliman Bersama NGO Feda Untuk Teruskan Perjuangan
Peneroka tak salah pangkah dah sbb berjaya humbankan pihak yg merosakkan Felda, yang habiskan duit Felda beli hotel, jual tanah Felda tak dapat untung satu sen, jadikan Felda estet dan kopporat, senaraikan Feld di Bursa dan paksa peneroka beli saham yg melingkup dan tuduh peneroka "haram jadah".
Tak salah dah peneroka buat pilihan, humbankan mereka yang khianat kepada tanggungjawab. Mazlan hanya pejuang yang membela, bukan perompak hasil mahsul Felda. Tak perlu salahkan Mazlan, yang perlu disalahkan ialan bajingan yang musnahkan Felda. Maka itu, kita tetap beri sokongan supaya masa depan peneroka Felda terus terbela selepas ini.
Duit, saham, aset Felda dah tergadai oleh mereka yg berkuasa sebelum ini, kenapa pula perlu salahkan Mazlan dan para pejuang Felda yang bangkit membela?. Kena pandai menilai sesuatu isu. Jangan pula nampak kesalahan Mazlan saja, sedangkan kesalahan mereka yang menghancur dan merosakkan Felda ditutup sebelah mata. Jangan kerana emosi dan kita penyokong parti orang yang menghancurkan Felda maka kita nak salahkan Mazlan sebab dia parti lawan.
Berapa banyak Mazlan songlap duit Felda? Atau jual aset, hasil mahsul Felda untuk diri dia selama ini? Bercakap jangan ikut emosi, tapi kaji. Felda dah hilang banyak harta dan wang oleh orang lain, Mazlan pulak dipersalahkan. Beri ruang utk beliau terus berjuang untuk masa depan generasi Felda akan datang. #CMK
PTPTN: Benarkah Penagih Dadah Lebih Untung Dari Mahasiwa Universiti Di Negara Ini ?
KUANTAN - Setiap tahun kerajaan Malaysia telah menghabiskan ratusan juta ringgit untuk menanggung penagih dadah di negara ini, kini tiba masanya kerajaan menanggung pula kos kehidupan mahasiswa universiti.
Demikian ditegaskan oleh Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli kepada PDO hari ini.
Katanya, isu ini mungkin tidak disedari oleh sebahagian besar rakyat namun sebagai NGO yang sering memperjuangkan isu-isu rakyat beliau sudah lama menyedari perkara ini.
"Bayangkan kerajaan terpaksa belanjakan RM19.77 hingga RM35 sehari atau RM592.10 hingga RM1,050 sebulan untuk membiayai makan minum, emolumen kakitangan dan perkhidmatan serta bekalan untuk seorang penghuni puspen di negara ini. Jumlah itu jika diambilkira jumlah paling minima RM500 sebulan, maka untuk seorang pelatih kerajaan memperuntukkan RM6,000 setahun. Bayangkan jika dikira jumlah RM1,000 sebulan, banyak mana wang kerajaan belanjakan wang untuk penagih dadah selama ini?", kata Shukri.
Tambahnya, ini bermakna jika seorang pelatih berada di puspen selama 3 tahun maka kerajaan terpaksa perbelanjaan mereka paling minima sebanyak RM18,000 (kiraaan minima RM500 sebulan). Bukankah ini sesuatu yang cukup menakjubkan bukan?.
"Bila pelatih keluar, ramai yang ditangkap dan masuk semula ke dalam puspen dan sambung lagu setahun atau dua tahun di situ.. kerajaan tanggung lagu RM6,000 hingga RM12,000. Maknanya kiraan mata kasar saya, seorang pelatih telah diperuntukkan hingga RM40,000 semata-mata untuk menanggung mereka". katanya.
Soalnya sekarang, apa yang pelatih berikan kepada negara dari sudut pembangunan dan ekonomi?. Bahkan mereka tidak perlu membayar walau satu sen pun wang yang digunakan itu. Malah. sebahagian daripada pelatih kembali menagih dan akhirnya mati begitu sahaja tanpa memberikan input kepada negara.
Kerajaan membelanjakan RM778.5 juta untuk kos merawat penagih dadah di 57 buay pusat pemulihan di seluruh negara dari tahun 2011 hingga 2016, iaitu untuk tempoh 5 tahun sahaja. Ini bermakna dalam tempoh 10 tahun kosnya mencecah ke angka bilion ringgit sebenarnya.
Justeru kata Shukri, tiba masanya kerajaan memikirkan satu langkah terbaik untuk menanggung pula pelajar di pusat pengajian tinggi pula.
"Mereka ini menuntut ilmu, belajar untuk menjadi insan berguna untuk masa depan negara.. mereka terpaksa meminjam wang dari tabung pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menyara kehdupan mereka di IPT. Pinjaman mereka hampir sama dengan jumlah yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk pelatih puspen, namun mereka terpaksa membayar selepas tamat pengajian", kata Shukri lagi.
Ini tidak adil dalam sebuah negara demokrasi katanya. Mana mungkin kerajaan tanggung penagih dadah yang tidak berikan apa-apa kepada negara tetapi tidak mahu menanggung para pelajar yang menuntut ilmu untuk masa depan negara.
"Saya berharap perkara ini dapat dikaji dan dinilai secara mendalam oleh kepimpinan negara. Sudah tiba masanya perubahan dibuat. Kenapa bebankan pelajar yang menuntut ilmu dengan hutang, sedangkan satu situasi lagi penagih dadah ditanggung segala-galanya tanpa mereka atau keluarga perlu membayar balik. Apakah ini berbaloi untuk ekonomi negara?." tambah Shukri lagi.
Baru-baru ini kerajaan umumkan untuk menangguhkan mekanisme pembayaran baharu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Ia sesuatu yang baik kata Shukri, nama yang lebih baik ialah melupuskannya demi menunaikan janji-janji dalam manifesto pilihanraya yang telah dicanangkan sebelum PRU14 lalu.
Bahkan, senario ini memperlihatkan penagih dadah lebih untung jadi rakyat Malaysia berbanding mahasiswa universit. Mereka "ditatang bagai minyak yang penuh", sebaliknya mahasiswa universiti umpama "anak tiri". Ubahlah. #sumber
Gempar: Video, Pahlawan Mat Kilau "Mandi Embun" Tersebar !
Mat Kilau… beliau i bukan calang-calang keturunannya kerana ayahandanya sendiri adalah salah seorang pejuang menentang penjajah ketika itu iatu Imam Rasu bin Shahrum, berpangkat Orang Kaya Raja iaitu setaraf dengan Orang Besar Empat di Pahang iaitu Tok Gajah sendiri.
Dan Perjuangan Mat Kilau ni sebenarnya bukan saja setakat berjuang menentang British di negeri kelahiran beliau saja tapi melewati Terengganu dan Kelantan. Di ceritakan kehebatan Mat Kilau ketika bertempur dengan penjajah British dahulu… bahawa hanya dengan sekali libasannya sahaja… boleh mengorbankan 9 nyawa di hujung parangnya itu.
Alkisah, kemunculan semula legenda itu pada 26 Disember 1969 menggemparkan tanah air setelah di kabarkan meninggal dunia ketika menentang penjajah dahulu. Pada tarikh tersebut setelah 74 tahun di percayai telah terkorban pada tahun 1895, bersama kuburnya yang terletak di Kelantan, Mat Kilau sekali lagi muncul dan kembali ke kampung halamannya di Pulau Tawar.
Cerita kepulangan Mat Kilau di kabarkan telah tersebar dari mulut ke mulut dan pada hari bersejarah tersebut diceritakan hampir 15 ribu orang telah menunggu kedatangan beliau di perkarangan masjid. Semua yang hadir pada masa tu sememangnya menunggu-nunggu pengakuan lelaki tua misteri yang hanya dikenali dengan nama samaran Mat Siam dan bekerja di feri di Gambang, Pahang .
Sekembalinya beliau ke kampungnya, Mat Kilau bersolat Jumaat bersama jemaah yang lain dan selesai solat, beliau membaca Al Quran dan selepas itu beliau akhirnya mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau pahlawan terbilang Melayu yang melawan British suatu masa dahulu.
Orang ramai yang menunggu semenjak pagi pada hari tersebut menyambut berita itu dengan gembira dan linangan air mata kerana kembalinya hero bangsa ke kampung halaman mereka. Diceritakan ramai yang mengambil kesempatan untuk bersalaman dan mencium tangan insan yang besar jasanya itu.
Dan pengistiharan ini memanglah meggemparkan seluruh Negara sehingga Kerajaan Pahang telah menubuhkan Jawatan Kuasa pada 8 Januari 1970 untuk menyiasat kesahihan kebenaran cerita tersebut.
Alhamdulillah… 8 bulan selepas membuat kajian rapi lelaki misteri yang hanya dikenali sebagai Mat Siam itu akhirnya disahkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang.
Namun Allah lebih menyayangi insan yang berjasa besar ini, hanya 4 hari selepas pengisytiharan oleh menteri Besar tersebut, beliau akhirnya dijemput kembali menemui Yang Maha Pencipta di usia 123 tahun.
Radio Internet CMK FM Kini Mula Di Terima Pendengar Secara Online Streaming
Akhirnya hasrat untuk mempunyai sebuah stesyen radio yang lengkap dengan siaran video live di konti tercapai jua. CMK FM kini mula mendapat perhatian rakyat Malaysia. Malah, pada satu ketika telah berjaya mencapai view melebihi 8,000 pendengar dalam satu-satu masa.
Semua ini adalah kerana usaha dan promosi berterusan yang dijalankan ke arah memantapkan radio internet CMK FM. Buat masa ini ia masih lagi dalam siaran ujian dan akan mula beroperasi sepenuhnya pada Oktober 2018 ini.
Apa yang menarik kali ini, pendengar boleh mengikuti siaran Live FB di www.facebook.com/cmkfm, yang mana mereka boleh berinteraksi secara langsung dengan DJ bertugas. Malah, pendengar juga boleh melihat wajah dan konti secara live tidak seperti sebelum ini mereka hanya boleh mendengar suara DJ sahaja.
Siaran percubaan kini berada di tahap yang cukup membanggakan, dan CMK FM berjaya menarik perhatian pendengar dari Indonesia, Singapura, Brunei. Thailand, Filipina dan rakyat Malaysia yang berada di Korea Selatan serta negara-negara timur tengah.
Secara asasnya, hasrat untuk melihat kejayaan dan masa depan CMK FM kini semakin cerah. Saya menjangkakan jumlah pendengar akan terus meningkat dari masa ke semasa kerana kita memaparkan konsep radio yang begitu santai dan bersahaja.
Semua DJ tidak terikat kepada peratutan, mereka bebas untuk berkomunikasi asalkann tidak melibatkan unsur provokasi politik, perkauman, agama dan kelucahan. Pada masa ini, CMK FM sedang mengujibakat beberapa orang DJ baru untuk diketengahkan.
Kita juga membuka peluang kepada orang ramai untuk menempah iklan murah di CMK FM, serendah RM150 untuk dua bulan (1,000 kali siaran). Tawaran dibukan kepada semua usahawan IKS yang berminat.
Paling terbaik, bagi pendengar yang terlepas siaran Live dari studio mereka boleh mendengar rakaman selepas ini. Ia membolehkan mereka mendengar berkali-kali terhadap apa jua isu dan topik yang diperkatakan.
CMK FM masih mengekalkan motto asal iaitu "Suara Generasi Baru, Mantap Beb !!". Orang ramai boleh mendengar siaran CMK melalui tiga cara iaitu FB Live, Apps Playstore dan Blog. Justeru, anda boleh ikuti siaran CMK FM di:
FB LIVE (RECORDED)
▶ https://m.facebook.com/cmkfm
ANROID (PLAYSTORE)
▶ http://tun.in/se6gX (Tune In Radio)
Install https://play.google.com/store/apps/details?id=tunein.player
(Search CMK FM)
BLOGWEB (OFFICIAL)
▶ http://cmkradio.blogspot.my
Iklan Produk / Bisnes Anda? PM Hotline :
www.wasap.my/60123854400/IklanCMKFM
www.wasap.my/60123854400/IklanCMKFM
www.wasap.my/60123854400/IklanCMKFM
CMK FM EMAIL
cmkfm@yahoo.com
cmkradio@yahoo.com
RADIO INTERNET CMK FM
CERIA | MANTAP | KREATIF





















































