Kami membuat pusingan U berhampiran Plaza Tol Maran dan meneruskan perjalanan ke Temerloh seperti biasa. Walau pun engkar arahan, namun niat kami ialah untuk mendapatkan gambar-gambar banjir secara dekat dari lokasi. Kami berjaya melepasi exit Plaza Tol Chenor dan kemudian meneruskan perjalanan ke R&R Temerloh untuk solat dan makan. Selepas itu kami teruskan perjalanan dan ternyata air Sungai Pahang naik tinggi dan sungguh membimbangkan.
[4.30 PM] - Laluan LPT Dr Ktn Ke KL Di Tutup Kpd Lalu Lintas. Semua Kenderaan Di Lencongkan Ke Maran Menyebabkan Kesesakan Yg Luar Biasa. Di Fahamkan Banjir Berlaku Di LPT Temerloh Dan Hanya Kenderaan Ringan Di Benarkan Lalu. Pihak Polis Memantau Di Simpang Ke Plaza Tol Maran. Sila Berhati2. #cmknews



























































