Program Titik Sentuhan RTM

Ditemuduga oleh wartawan 'Titik Sentuhan RTM' berkaitan isu jalan rosak dilaluan pintasan Bandar Indera Mahkota melalui Bukit Sekilau ke Bandaraya Kuantan

Tanding Pilihan Raya Umum Ke-15

Berada di pejabat SPR Pahang, ambil borang bertanding DUN dan Parlimen PRU-15 lalu, namun hasrat itu dibatalkan akibat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan

Pilihan Raya Kecil DUN Chini

Menjadi calon bebas PRK DUN Chini pada Julai 2020, walau bagaimana pun saya tewas dalam percubaan tersebut kerana kekurangan dana untuk berkempen tarik sokongan pengundi.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin

Akibat dihalang masuk ke dewan untuk menghantar borang pencalonan pada PRK Parlimen Rompin pada 2015, tunjuk protes dengan mengoyak borang terbabit di luar dewan.

Temuduga Khas Wartawan Astro Awani

Ditemuduga oleh wartawan Astro Awani tentang pandangan beliau apa yang dimahukan dan harapan rakyat dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12

Ugutan Sebar Video Lucah Matangkan Perjuangan Rakyat, Demi Keselamatan Harap Agar Sahabat Tidak Sebarkan Sesuka Hati !


Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera, Kepada ahli keluarga, saudara-mara serta sahabat-sahabat facebook yang budiman, kira-kira BEBERAPA MINIT dari sekarang (seperti yang didakwa), video lucah yang kononnya membabitkan diri saya akan disebarkan kepada semua berdasarkan amaran yang telah dibuat oleh pihak yang menggugut saya sekiranya gagal membuat bayaran sebanyak USD5,000 seperti yang diminta jam 10.00 pagi ini.




Video yang berfurasi 1:45 minit itu akan memaparkan muka saya ketika memandu kenderaan kemudian sebahagian gambar "memegang alat sulit" yang kononnya milik saya. Gambar video berkenaan telah disunting dengan begitu teliti oleh pihak yang berkenaan bagi tujuan memalukan serta mematikan karier politik saya. 

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Indera Mahkota petang semalam, dan lewat malam tadi saya telah dipanggil untuk diambil keterangan oleh pihak polis di IPD Kuantan sekitar jam 10.00 malam. Segala maklumat berkaitan telah diberikan dengan jelas kepada pihak polis dan mereka mahu saya bersabar dan tidak membuat apa-apa bayaran kerana modus operandi pihak berkenaan sama dengan apa yang pernah berlaku kepada ramai orang sebelum ini. Cuma, ramai yang mendiamkan diri dan tidak melaporkan kepada pihak polis demi menjaga maruah masing-masing.Malah, kata polis ramai juga yang telah membuat bayaran kepada pihak yang mengugut terbabit secara diam. 



Persoaannya sekarang, bagamainakah gambar berkenaan disunting sebegitu baik oleh pihak terbabit?. Saya sendiri tidak menyangka boleh menjadi mangsa mereka kerana selama ini saya begitu berhati-hati dengan sindiket SCAM atau sebagainya. Namun kali ini mungkin nasib saya tidak baik dalam masa yang begitu singkat saya seolah-olah tidak sedar apa yang berlaku. Apapun, saya menafikan video lelaki memegang alat sulit itu dilakukan oeh saya. Ini kerana ketika kejadian saya memang sedang memandu dan dalam perjalanan untuk mengambil isteri saya dipejabat.



Kejadian dirancang sebaiknya, kerana jadual saya amat ketat pada hari semalam. Sebelah pagi dari jam 8.00 hingga 12.00 saya berada di Komplek Penyayang, Indera Mahkota untuk memantau mangsa banjir mendaftar nama di Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menerima sumbangan dana daripada Kerajaan UAE. 



Sekitar jam 12.15 tengahari saya berada di Restoran Kampung Tengah (Kedai Pauzi) untuk minum teh di situ bersama seorang sahabat Azam Abdul Rahman dan rakannya saudara Bard.


Foto arkib: Wajah sahabat blogger, Azam Abd Rahman

Ketika melihat facebook saya kelihatan seorang individu yang memakai nama  XING JIN yang kononnya dari negara China mahu ADD saya sebagai kenalannya. Sebelum ini dia pernah berbuat demikian tapi ditolak oleh saya. Namun, kali ini dengan begitu pantas saya add beliau. Selepas itu dia terus memuji saya dengan berbagai-bagai komen yang jelas bertuuan untuk membuatkan saya menjadi seronok berkawan dengannya. Saya bertanyakan soal kerjanya, soal pesawat MH370 kerana dia berasal dari China. 



Beliau memaklumkan dia bekerja sambilan sebagai Modeling dan menetap bersama saudaranya di Seoul, Koera Selatan. Dia kemudiannya mempelawa saya melihat gambar modellingnya dan mengajak saya menontonnya di SKYPE. Dia menyuruh saya halakan kamera ke arah muka saya agar dia dapat melihat dengan jelas siapa saya. Kerana ketika itu saya halakan kamera kepada sahabat saya Azam Abd Rahman. Kemudian saya menunjukkan tanda GOOD dengan jari, sambil terus menjamu selera bersama sahabat-sahabat.




Ketika itu saya meminta izin daripada rakan-rakan untuk beredar bagi mengambil isteri saya di pejabat, tambahan pula semalam ialah hari Jumaat dan  jam pula sudah menunjukkan hampir pukul 1.00 petang. Saya memandu kenderaan sambil tangan satu agi memegang iTab untuk melihat video yang beliau janjikan. 



Tiba-tiba dia menipu dengan menayangkan video lucah kepada saya yang memang jelas bukan diri beliau sebenarnya berdasarkan kepada paparan yang dibuat. Saya terkejut dan kemudian bertanya mana video modelling yang dijanjikan?. Video dimatikan dan selang beberapa minit kemudian dia sudah keluarkan amaran berupa ugutan kepada saya.


Paparan facebook isteri saya yang dibuat contoh ugutan

Antara ugutan terbabit dia mahu menyebarkan satu video lucah saya kepada  semua rakan facebook termasuk keluarga dan saudara mara saya. Saya terkejut, ketika itu saya masih dalam perjalanan untuk mengambil isteri saya di pejabatnya dekat Indera Mahkota. Saya bertanya, apa yang beliau mahukan. Dan dia terus menyatakan dia mahu wang sebanyak USD5,000 jika tidak mahu video berkenaan disebarkan. Saya ditontonkan video berkenaan dan sungguh terkejut apabila aksi seorang lelaki memegang alat sulit didalam kereta dipaparkan, dan wajah pada permulaannya ialah muka mirip  saya. Tapi anehnya, video berkenaan terhenti seketika sebelum suntingan dibuat dan bukannya Non Stop. 

Saya terus menelefon isteri saya dan memaklumkan perkara berkenaan. Mujurlah isteri saya memahami dan tidak melatah. Pihak berkenaan memberi tempoh dua jam kepada saya untuk membuat bayaran berkenaan melalui WESTERN UNION melalui nama seorang lelaki FILIPINA. 




Saya hairan dan terkejut, saya mengambil isteri saya dipejabat dan kemudiannya ke masjid untuk solat Jumaat, selepas itu saya terus membuat laporan di Balai Polis Indera Mahkota tentang perkara ini.


Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Indera Mahkota

Sekitar jam 3.30 petang, saya membuat satu sidang media tergempar di Restoran Vista, sebelah BSN Indera Mahkota tentang perkara ini. Saya terjerat dalam situasi yang dirancang dengan baik oleh pihak yang berkenaan. Walau pun pada awalnya saya syak ia dilakukan oleh pihak luar, namun saya agak keliru apabila pihak berkenaan dilihat mempunyai hubungan juga dengan dua orang individu yang saya kenali. Apakah mungkin mereka juga menjadi mangsa sindiket ini agaknya.


Persoalannya apakah ia satu konspirasi politik terhadap saya?. Ada dua aspek yang memungkinkan di sini, pertamanya saya ada membuat kenyataan untuk kembali aktif dalam politik dalam masa terdekat ini. Malah ada juga yang marah bila paparan gambar saya bersama Menteri Besar Pahang tersebar baru-baru ini.Keduanya, saya juga ada mengatakan untuk bertanding jawatan Ketua Cabang PKR  pada pemilihan parti itu tidak lama lagi, berdasarkan kepada status saya masih lagi ahli PKR yang sah.



Kedua-dua spekulasi ini mungkin menyebabkan ada pihak yang curiga dan dengki, serta menyimpan dendam bagi menjatuhkan karier politik saya. Apapun, ia sekadar spekulasi yang menjadi kontroversi. Apapun ini hanya spekulasi semata-mata. Namun, hakikatnya apa yg berlaku kepada saya juga mungkin pernah berlaku kepada orang lain sebelum ini. Ia mungkin melibatkan sendikit antarabangsa yang dilakukan secara licik dan teratur oleh pihak berkenaan. Mereka memeras ugut dan meminta wang daripada individu yang berpengaruh. Modus operandinya, mengajak mangsa seperti saya berbual menggunakan video cam di SKYPE dan kemudian memanipulasi gambar video berkenaan dengan adengan lucah untuk mendapatkan wang sebenarnya. Inilah yang berlaku.
 
Foto dengan MB Pahang ini juga jadi kemarahan pihak tertentu

Saya memaklumkan kepada pihak polis dalam siasatannya malam tadi. Apapun, saya berharap ini bukanlah satu konspirasi jahat daripada rakan politik saya kerana saya kini berkawan dengan semua rakan-rakan daripada parti politik yang berbeza selepas mengundur diri dari PKR pada 11 Februari 2011 yang lalu. Persoalannya, jika tiada kaitan bagaimana dua individu terbabit boleh menjadi follower dan friends kepada XING JIN (indidividu yang mengugut saya) itu?. 

Lebih mengejutkan, menyedari perkara ini telah didedahkan di blog saya XING JIN dengan begitu pantas telah mengubah profail facebook beliau kepada XING WOO JIN. 



Kenapa dia berbuat demikian?. Malah, ugutan meminta saya membayar wang dalam masa dua jam telah dilanjutkan lagi sejak petang semalam selepas saya merayu. Kemudian dia memberi satu lagi peluang hingga jam 10.00 pagi ini. Maknanya, XING WOO JIN boleh berunding dalam masa yang sama mengugut.



Susulan daripada itu, saya juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Multimedia berkenaan perkara ini. Malah, saya juga telah menghubungi beberapa orang rakan HACKERS hebat seluruh negara untuk HACK akaun facebook beliau bagi membongkar IP ADREESS dan siapa XING JIN atau XING WOO JIN ini sebenarnya.




Memandangkan perkara ini telah dilaporkan kepada pihak polis, makanya saya berharap mana-mana sahabat yang menerima video berkenaan agar berhati-hati dan tidak menyebarkan kepada pihak lain demi keselamatan. Pihak polis memantau perkara ini dan mahu saya membuat satu lagi laporan sekiranya video bekenaan disebarkan selepas saya gagal membuat bayaran USD5,000 seperti yang diminta. 



Oleh itu, saya berharap agar sahabat DELETE video tersebut dan tidak sesekali menyebarkannya kepada rakan-rakan yang lain bagi mengelakkan masalah lebih besar timbul kemudian hari. Saya juga nasihatkan sahabat-sahabat agar berhati-hati menerima kenalan facebook baru daripada individu yang tidak dikenali kerana mungkin mereka adalah musuh kita yang bertujuan untuk menghancurkan masa depan kita sebenarnya. Kini karier politik saya mungkin mahu disekat oleh pihak-pihak tertentu kerana mereka takut kelantangan saya menyuarakan sesuatu isu akan membuka mata rakyat kelak.

Keduanya, jika menggunakan KAMERA pada laptop atau komputer, pastikan tidak menghalakannya pada muka anda jika bercakap dengan individu yang tidak dikenali. Mereka boleh melakukan apa saja asalnya mendapat WANG dan mahu menjatuhkan kita.

Sekian Harap Maklum dan Terima Kasih,

MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
(BLOGGER CUCUMATKILAU)

Hairan, Penjenayah Ugutan Sebar Video Lucah Bertukar Profail Facebook Dan Di Kenali Pemimpin Politik Di Kuantan Sendiri !!


Saya cukup terkejut, susulan ugutan USD5,000 yang dibuat oleh individu tidak dikenali tiba-tiba profail facebook beliau daripada XING JIN bertukar kepada XING WOO JIN. Sungguh mengejutkan dalama masa yang sama selepas laporan polis dibuat pihak berkenaan seolah-olah menjadi takut. Ugutan menyuruh saya membayar USD5K sebelum jam 4.00 petang tadi ditunda ke jam 10.00 pagi esok.



Daripada siasatan saya terhadap penjenayah siber ini, ugutan beliau itu adalah bertujuan untuk menjatuh karier masa depan saya terutamanya dalam lapangan politik. 



Jelas dapat dilihat, ada orang Malaysia dari Kuantan yang mungkin mengenali beliau sebenarnya. Kedua-duanya adalah dari parti politik yang berbeza iaitu UMNO dan PKR. Saya amat terkejut dengan penemuan ini. 



Jika penjenayah itu mahu mengertak saya dengan membuat video lucah berkenaan, kenapa mereka ini kenal beliau. Anehnya carian saya terhadap FRIEND LIST kedua-dua individu terbabit tidak terdapat nama XING WOO JIN, kemungkinan besar telah dihilangkan HIDE..... 



Mereka juga sempat menunjukkan mesej yang akan dihantar kepada isteri saya berkenaan video panas ini. Sebelum menyebarkannya kepada saudara-mara dan rakan-rakan dalam facebook yang lainnya. Mereka memang pandai komputer sehingga boleh mengelirukan saya dengan adengan yang cukup mengerikan ini. 



Jika ini keadaannya, sudah pasti mereka juga pandai memanipulasi gambar saya pada video untuk adengan lucah berkenaan sebenarnya. Apapun saya akan lawan insiden ini dengan sabar dan berhati-hati. Insya Alah

Siasatan seterusnya menyusul..

Saya Terima Ugutan USD5,000 Untuk Sebar Video Lucah !


Saya dengan ini menafikan bahawa bahagian video lucah yang dipaparkan oleh seorang individu dari Filipinan yang menyamar menggunakan nama Xing Jing pada laman sembang sosial facebook adalah milik saya. Memang benar saya ada berbual melalui Skype dengan beliau yang menyamar sebagai seorang modelling dari negara China yang kononnya tinggal di Seoul, Korea Seatan. Tapi perbualan kami hanya berkaitan isu MH370 dan sebagai kenalan biasa dan tidak lebih dari itu. Tetapi tiba-tiba beliau mengugut untuk menyebarkan video yang memaparkan "alat sulit" saya kepada umum dan menuntut saya membawayr sebanyak USD5,000 kepadanya dalam tempoh dua jam jika tidak mahu video itu disebarkan. 

Susulan dari itu, saya terpaksa membuat laporan polis di Balai Polis Indera Mahkota sebagai langkah keselamatan. 

Di bawah ini dipaparkan ugutan-ugutan beliau terhadap saya yang amat keterlaluan. Saya syak beliau telah menipu ramai lelaki di Malaysia dengan menggunakan gambar profile dan video perempuan  untuk tujuan mengugut. Sebelum ini mungkin sudah ramai yang diugutkan sebenarnya. 










Jom Sertai "Bengkel Blogger Usahawan" Siri Kedua 26 April Ini


Anda seorang usahawan IKS yg baru atau sudah lama berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Ingin pasarkan produk anda secara online 24 jam (e-dagang). Mahu punyai website tapi caj mahal?. Jom sertai Bengkel Blogger Usahawan skrg. Murah, mudah dan Terkini.



Apa yang menarik anda akan diajar rahsia membuat bloh teknik termudah dan terpantas didunia yang tidak pernah anda ketahui selama ini. Program selama lima jam bermula 9.00 pagi ini penuh dengan ilmu BLOG yang pasti membuatkan anda teruja. Malah, anda yang sertai program ini akan membawa balik blog peribadi masing-masing selepas tamat bengkel ini.

Ketahuilah rahsia membina blog menggunakan kaedah "Try N Error" yang pernah saya lakukan sejak 15 tahun yang lalu. Yuran penyertaan kini diturunkan kepada RM50.00 sahaja seorang. Roadshow ke seluruh negara juga akan diadakan. Nantikan jadual tidak lama lagi. Harap Maklum.

Anda yang berminat untuk adakan program khas ditempat anda juga dialu-alukan. Jumlah minima peserta ialah 20 orang sahaja. Sila hubungi talian hotline 012-3854400 untuk makluman seterusnya.

Tiga Tahun Di Bebaskan, Kini Mungkin Masanya Untuk Kembali Bersama "Parti Politik"


Tanggal 11 Feb 2014 lalu, genaplah tiga tahun (11 Feb 2011) berundur dr Parti Keadilan Rakyat (PKR). Semuanya gara2 Pemilihan PKR 2010 yg "INDAH KHABAR DARI RUPA". Lebih tiga tahun menjadi AKTIVIS BEBAS bg meneruskan perjuangan rakyat. Sempat brtanding calon bebas pd PRU13 lalu di kerusi DUN Semambu, Pahang. Berbagai tohmahan, tuduhan, kritikan dan kutukan dilalui dgn tenang serta sabar.

Maka itu, jika tiada aral melintang satu keputusan drastik akan dibuat dlm masa terdekat ini bg memperkukuhkan perjuangan rakyat yg dilalui. Selepas berbincang dgn shbt2 yg memahami perjuangan ini maka langkah utk kembali bersama parti politik akan dibuat. Segalanya utk memudahkan perjalanan dan gerak kerja membela rakyat. Apapun, nantikan pengumuman ini, selepas beberapa pertmuan dgn pemimpin politik parti2 berkenaan. Spekulasi pasti menimbulkan kontroversi.

Salam perjuangan buat semua sahabat.

Pemilihan PKR: Tunjukkan Keadilan Dalam Parti Dulu Sebelum Mahu Yakinkan Rakyat Perjuangan Yang Di Bawa Benar Ikhlas !


Ramai yg pasti terkejut bila Anwar mahu lawan Wan Azizah utk jawatan Presiden PKR pd pemilihan parti itu kali ini. Apakah motif LAKI BINI berlawan?. Srategi apakah yg nak di buat lagi selepas KAJANG MOVE?. Bg yg tak tau mmg pelik, tp bg sy yg dah lama bersama dgn perjuangan Anwar... Ia tak pelik sbb strategi Anwar hanyalah utk halang AZMIN MOVE lawan Azizah jika dia tak bertanding.

Anwar tahu risiko jika dia menang sbb kes liwat yg akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan. Namun dia tahu, Azmin tidak akan masuk jika dia lawan Azizah, dlm masa yg sama Anwar akan kemprn supaya Azizah dimenangkan atau dia tarik diri disaat akhir atas alasan sama seperti Karpal Singh.

Kini yg jd mangsa ialah Azmin, sbb terpaksa bertembung tiga penjuru dgn Tan Sri Khalid dan Tian Chua bg jawatan Timbalan Presiden. Prestasi Tan Sri Khalid memuncak selepas PKR menang di PRK Kajang. Tambahan pula dia adalah Menteri Besar Selangor dan org Wan Azizah. Makanya, pasti Wan Azizah lebih suka bekerja dgn Tan Sri Khalid drp Azmin atau Tian Chua.

Azmin pula mendesak Anwar gugurkan Tan Sri Khalid dr jawatan Menteri Besar Selangor. Sebab tu Azmin berusaha mengatakan Wan Azizah layak jd MB walau pun tahu PAS dan DAP pasti tak setuju sbb Kajang Move bukan utk tukar MB. Azmin dan Anwar memainkan sentimen Wan Azizah ada peluang jd MB utk menekan Tan Sri Khalid. Pilihan Azmin, jika dia lawan Tan Sri Khalid tanpa jawatan MB, maka peluang beliau lebih cerah. Jika skrg, pasti kedudukan Tan Sri Khalid lebih kuat sebenarnya. Sebab itu Azmin mahu Anwar bincang dgn PAS dan DAP utk buat transformasi tukar MB di Selangor.

Dalam kedudukan genting seperti ini, apa saja boleh berlaku yang penting semua calon kena berhati2. Jika tidak Azmin akan gunakan strategi yg sama pada pemilihan 2010, bila mengawal Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dimana hampir 80% adalah penyokong beliau. Sebab itu kita tidak hairan, dimana ada org Azmin kalah disitu berlaku kekecohan sampai ada kerusi melayang. Alasannya, bila kecoh pemilihan semula akan dijalankan di cabang berkenaan. Inilah yang berlaku.

Ramai masih ingat banyak penyelewengan undi berlaku. Ada kawasan jumlah pengundi tak sama dengan kertas undi. Petugas JPP yang dilantik boleh bawa balik kertas undi dan hanya lapor menerusi SMS dan panggilan telefon ke Ibu Pejabat PKR. Ini menyebabkan undi palsu dan pengundi hantu berleluasa.

Tidak seperti Pilihanraya, SPR sediakan borang untuk ditndatangani oleh calon2 atas undi yang dikira. Akibatnya jumlah undi berubah-ubah menyebabakan Datuk Zaid Ibrahim kecewa dan tinggalkan PKR. Ini adalah strategi Azmin. Sebab itu semua Ketua Cabang yang tidak menyokong beliau telah ditukar jd calon PRU13 disaat akhir. Inilah tragedi malang yang berlaku dalam PKR baru2 ini.

Justeru, semua pihak dalam PKR digesa hentikan politik sebegini. Mana pergi perjuangan rakyat yang kamu laung2kan. Kamu tuduh UMNO guna wang ketika pemilihan, tp sebahagian daripada kamu juga amalkan budaya itu. Kamu tuduh SPR tidak adil jalankan pilihanraya, tp kamu juga tidak adil terhadap ahli parti sendiri.

Semua amalan ini berlaku didepan mata, cuma sebahagian besar pemimpin yg menjadi mangsa masih mahu teruskan perjuangan dan terus menyokong pemimpin sebegini. Sebab itu saya mengambil keputusan berundur dari PKR selepas pemilihan 2010. Sebabnya, saya tidak boleh bersekongkol dengan mana2 pemimpin yang "cakap tak serups bikin".

Makanya, saya harap semua amalan ini tidak berlaku pada pemilihan PKR kali ini. Jika terus berlaku, maka usahlah marah bila rakyat semakin muak dan jelek dengan perangai pemimpin PKR kelak. PKR masih selamat sebab berada dalam Pakatan Rakyat bersama PAS dan DAP. Bayangkan jika mereka sudah tak bersama lagi. Oleh itu buatlah perubahan dan jangan amalkan politik "kawan makan kawan" lagi.

MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras NGO Angkara
(Angkatan Pembela Rakyat)
- Bekas Calon PKR PRU12

Cuti-Cuti Malaysia, Melawat Tempat Bersejarah Di Bumi Johor


Walau pun dunia masih terkesan dengan insiden kehilangan pesawat MH370, namun kami tetap meluangkan masa musim cuti persekolahan untuk balik ke kampung isteri di bumi Johor Darul Takzim. Biasanya, ikut jalan Kuantan-Muadzam Shah-Segamat-Yong Peng-Simpang Renggam sebelum sampai ke Pontian. Tp, kali ini kami ikut jalan lain Kuantan-Pekan-Mersing-Kota Tinggi-Kulai-Skudai ke Pontian. Banyak laluan bari dirintis. Bertolak dari Kuantan sekitar jam 3.30 petang melalui Tanjung Lumpur - Cherok Paloh - Pekan. Tiba di Cherok Palok sempat menjamu selera di sebuah warung tepi jalan depan masjid. Di situ, isu MH370 heboh diperdebatkan dan ramai yang tak percaya kapal sebesar itu boleh hiang dari radar.



Selepas makan, kami teruskan perjalanan ke Pekan dan sempat singgah seketika untuk bertemu dengan rakan usahawan QMG Network di situ, sementara isteri ke kedai cermin mata. Perjalanan diteruskan ke Rompin, di sini kami singgah ke Rompin Fest 2014 di Kuala Rompin. Sempat membeli apa yang patut sebagai kenang-kenangan. Teringat dulu, saya pernah menjadi DJ dan MC Rompin Fest selama dua musim. Kami teruskan perjalanan dan singgah makan malam di Restoran Nusantara di Endau. 



Kemudian teruskan perjalanan ke Pantai Air Papan. Ingat nak bermalam di situ, tapi dibatakan sebab masalah bekalan air yang melanda. Kami teruskan perjalanan ke Mersing dan bermalam di sebuah hotel bajet di tepi sungai. Pemandangan sungguh indah permai. Bilik tak berapa besar, caj RM148, hotel dimiliki oleh orang Melayu, tapi sepatutnya sejadah disediakan bagi memudahkan orang Islam menunaikan solat. 



Sekitar jam 11.40, kami check out dari hotel dan terus ke Bandar Penawar dan Desaru. Sempat tengok opis tempat isteri buat latihan praktika di situ dulu iaitu KEJORA. Makan tengahari di Bandar Penawar, sebelum ke Desaru menghirup udara pantai. Singgah seketika di Lotus Hotel & Resort sebelum terus ke Tanjung Balau. 



Di sini kami melawat Muzium Nelayan dan sempat bersantai kira-kira setengah jam sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Johor Lama. 



Di sini, kami tidak melepaskan peluang menyaksikan peninggalan sejarah Johor Lama. Sempat menonton rencana dan meninjau artifak bersejarah di situ. Kira-kira satu jam lamanya, baru kami beredar ke Kg.Makam di Kota Tinggi.



Di sini kami meninjau makam "Sultan Mahmud Mangkat Di Julang" dan tanah perkuburan lama yang berhampiran. 



Kini segalanya hanya tinggal sejarah yang masih terpahat dalam ingatan sepanjang zaman. Dari sini, kami teruskan perjalanan melalui Kulai dan terus ke Skudai untuk bermalam di rumah kakak ipar dekat Pulai Perdana. Letih perjalanan luas pemandangan. Sejarah tetap dalam ingatan. 

Takziah Buat Semua Keluarga Mangsa MH370 Beragama Islam


Sungguh sedih dan terharu tatkala mendengar penjelasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jam 10.00 malam tadi yang mengesahkan bahawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu berakhir di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

PM  berkata, berdasarkan analisis baru, Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) telah menyimpulkan bahawa pesawat MH370 telah terbang di sepanjang Koridor Selatan, di tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.
Jika benar makumat terbaru ini, maka berakhirlah penantian seluruh rakyat Malaysia dan seantero dunia tentang kehilangan misteri MH370 sejak dua minggu lalu. Ternyata spekulasi yang ditimbulkan oleh ramai pihak meleset sama sekali. Kini, kita hanya mampu berdoa semoga semua mayat penumpang terbabit ditemui dengan seberapa segera hendaknya. 

Sempat Bersama MB Pahang Dalam Satu Majlis Perkahwinan


Hujung minggu yang penuh dengan aktiviti, bermula hari Sabtu 22 Mac dan Ahad 23 Mac jadual memang padat dengan jemputan kenduri majlis perkahwinan sekitar Kuantan. 

Paling menarik ialah sempat bertemu dengan Menteri Besar Pahang,  Dato' Sri Di Raja Adnan Yaakob  dalam satu majlisdi Kg.Jawa. Walau pun beliau seorang Menteri Besar, dan saya pernah berlawan dengan beliau dari segi idealogi politik, tetap memang respek dengan beliau kerana masih mesra seperti dulu. Persahabatan tetap diteruskan walau pun siapa kitakan.




Bermula seawal pagi 22 Mac, sempat Meraikan majlis pertunangan anak shbt Johari Ngah, Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian (PTG) Pahang di Perkampungan Sg.Isap II, Kuantan. Smpt bersama beliau ketika bertugas di Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Pahang, Komplek Tun Razak, Indera Mahkota 1995-2003 dulu.



Selepas itu sempat Singgah ke "Selangkah Ke UITM" di UITM Bukit Sekilau untuk anak sambung belajar ke peringkat Diploma.



Kemudian di sekitar jam 1.20 petang sempat pula meraikan majlis perkahwinan anak shbt Hj.Hashim bekas kakitangan Jabatan Bekalan Air Pahang di Indera Mahkota. Sempat bersama beliau ketika bertugas di Komplek Tun Razak (Komtur) satu ketika dulu.


Sementara itu pada hari Ahad 23 Mac dapat pula undangan untuk jadi DJ Majlis Perkahwinan Juniza & Ehanuddin di Dewan Banquet Hall, UIAM Kuantan, Bandar Indera Mahkota... bermula dari jam 12.00 tengahari hingga ke 4.00 petang.


Terima kasih atas undangan dan jemputan. Kepada sahabat yang nak undang sebarang majlid keramaian boleh terus klik www.cmkevents.blogspot.com atau talian hotline 012-3854400 sekarang