Sumber Artikel: http://pahangdaily.blogspot.com/#ixzz2SidnRvfu
Ditemuduga oleh wartawan 'Titik Sentuhan RTM' berkaitan isu jalan rosak dilaluan pintasan Bandar Indera Mahkota melalui Bukit Sekilau ke Bandaraya Kuantan
Berada di pejabat SPR Pahang, ambil borang bertanding DUN dan Parlimen PRU-15 lalu, namun hasrat itu dibatalkan akibat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan
Menjadi calon bebas PRK DUN Chini pada Julai 2020, walau bagaimana pun saya tewas dalam percubaan tersebut kerana kekurangan dana untuk berkempen tarik sokongan pengundi.
Akibat dihalang masuk ke dewan untuk menghantar borang pencalonan pada PRK Parlimen Rompin pada 2015, tunjuk protes dengan mengoyak borang terbabit di luar dewan.
Ditemuduga oleh wartawan Astro Awani tentang pandangan beliau apa yang dimahukan dan harapan rakyat dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12
PM Najib Razak (Kerajaan Malaysia) telah umumkan Perintah Gaji Minimum 2012 yang diwartakan pada 16 Julai 2012. Perintah ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013 bagi majikan yang menggaji enam orang pekerja atau lebih. Tarikh permulaan kuat kuasa ini juga terpakai kepada majikan yang menjalankan aktiviti-aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) tanpa mengira bilangan pekerja yang diambil bekerja... Masalahnya ada INFO PANAS dr ramai pihak MAJIKAN mereka tidak laksanakan perintah ini. Maka itu kpd rakyat Pahang khasnya, sila laporkan maklumat ini utk tindakan selanjutnya... HIDUP RAKYAT! cmk@prihatin2013
Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) digesa bertindak segera menangani masalah PENIAGA ASING (Warga Kemboja, Pakistan, Myanmar dll) yg kini semakin berlambak2 di pasar2 malam sekitar bandar ini. Mereka tiada permit dan lesen, malah BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA (syarat utama mohin permit berniaga dlm kawasan Majlsi Tempatan). Ramai peniaga Melayu yg mengadu pada CMK, periuk nasi mereka terjejas. Warga asing menggunakan permiat niaga yg dialibaba oleh peniaga tempatan. MPK perlu rampas permit mereka yg khianat itu. Jika tidak mahu berniagaa pulangkan semula lesen dan beri peluang orang lain. Kenapa harus cari untung dgn menyewakan lesen kepada orang asing. Inilah isu panas yang perlu ditangani segera oleh kerajaan. CMK akan pertahankan hak rakyat tempatan yg tertindas .
Hairan dengan sikap Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), dlm syarat memohon GERAI DLM KAWASAN MAJLIS TEMPATAN terbabit .. jelas tertera mestilah WARGANEGARA MALAYSIA, tapi sedarkan MPK kini berpuluh2 GERAI MPK diduduki oleh WARGA ASING terutamanya dr SIAM & BANGLA ... Mana pergi PENGUATKUASA? Mana pergi undang2 yg dipertahankan, bila SAMAN PARKING bukan main lagi suruh rakyat ikut undang2. Nantikan pendedahan panas yg akan CMK buat dlm masa terdekat ini.. HAK RAKYAT dikhianati.. Sbb ada org UNTUNG BESAR... Jika mereka tak mahu berniaga, tarik balik lesen.. kenapa TUTUP MATA.. Bagi orang asing berniaga.. dapat ratus2 ribu .. apa kerajaan dapat? ADA MEREKA BAYAR CUKAI? Siapa yg salah....
Satu persatu kawasan peniaga kecil terutamanya ORANG MEALYU yg hak mereka dirampas oleh kerajaan atas nama pembangunan. Janji membantu, tapi mereka dihalau dulu sebelum lokasibaru disediakan. Bila keluar mereka merempat sana sini cari lokasi baru.. tp semua lokasi yg sepatutnya utk RAKYAT MALAYSIA dah dimonopoli oleh warga asing.. Pernahkan pemimpin Melayu dan rakyat sedar semua ini. Lihat apa yg berlaku kepada para peniaga di Medan Pelancong yg cukup popular bg rakyat Kuantan suatu ketika dulu... Kini hanya tinggal sejarah.. kasihan benar melihat mereka yg teraniaya ini.. Kpd siapa mereka mahu harapkan lagi.. Kenapa ADUN tak bawa isu ini ke Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang (ADUN TERUNTUM). Kenapa biarkan peniaga Melayu dan peniaga kecil Cina & India terkapar2 merintih di bumi sendiri?.
Apa sudah jd dgn MALAY TOWN KUANTAN ... perasmian gilang gemilang oleh Exco Pelancongan Pahang, mcm2 janji nak bantu peniaga Melayu ... tp selepas dua tahun lebih... kini Malay Town terus hilang dr peta. Tiada lagi kelibat peniaga Melayu yg dipertahankan... semua "gulung tikar".. Malu melihat Kelantan dan Trengganu bangunkan PASAR SITI KHADIJAH dan PASAR PAYANG.. Kerajaan Negeri Pahang seolah2 tiada idea langsung utk bangunkan sebuah TRANSIT NIAGA utk orang Melayu di bandar ini. Akhirnya mereka terpinggir.. Kenapa pemimpin Melayu tidak tolong??. Mana pergi WAKIL RAKYAT BUKAN MELAYU yg kata nak tolong (DUN TERUNTUM). Maka, fikir2kanlah rakyat Kuantan.. sudah tiba masanya buat perubahan skrg..
Ramai Warga Kuantan terutamanya generasi muda tak tahu, zaman dulu Pasar Besar Kuantan meriah .. bawah peniaga barangan basah dan tingkat atas adalah utk jualan barangan kering termasuk gerai makan minum... Tp, satu keajaiban berlaku bila pihak berkuasa tempatan (Majlis Perbandaran Kuantan) tiba2 menyewakan sebahagiannya kpd pasaraya OCEAN dan kini THE STORE.. Hak peniaga Melayu dinafikan.. Mungkin ada org dlm dpt untung besar atas sewaan itu. Maka, sudah tiba masanya rakyat Kuantan bangkit mempertahankan hak rakyat (PASAR AWAM) dan tidak lagi diniagakan.. Premis kerajaan utk rakyat bukan utk TOKEY PASARAYA yg dah kaya raya.. CMK akan perjuangkan utk kembalikan semua ini kpd rakyat agar dijadikan seperti Pasar Payang (Kuala Terengganu) dan Pasar Siti Khadijah (Kota Bharu).. Kenapa premis utk kemudahan rakyat di SEWAKAN? Siapa yg dpt untung?. Ayuh bersama2 pertahankan hak kita ..

Pada tahun 2010 dan 2011 barulah CMK turun ke pentas ceramah di seluruh negeri Pahang, itu pun atas pentas parti PAS. CMK sempat berceramah dengan beberapa orang kepimpinan PAS termasuk Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan yang lainnya. Malah CMK juga sempat bersama bekas Speaker DUN Perak, V.Sivakumar dan ramai lagi. PAS banyak membuka ruang untuk CMK turun ke pentas ceramah. Ceramah terakhir yang CMK sertai ialah pada penghujung bulan Disember 2011 yang lalu iaitu ketika bersama Profesor Dr.Aziz Bari di Pontian, Johor. CMK tidak kekok untuk berceramah, walau pun sudah lama tidak berbuat demikian. Namun, kemahiran itu tetap ada kerana CMK adalah bekas Juruhebah dan Pengacara semasa di RTM Pahang dulu. Di samping ceramah, PAS juga telah mengundang CMK untuk berbicara soal blog dan media baru di Temerloh. CMK sempat bersama dengan Ustaz Nik Abduh (Timbalan Ketua Pemuda PAS) dan Hishamuddin Rais @ Tukar Tiub dalam program tersebut. Pada Pilihanraya Kecil DUN Kerdau tahun lalu, CMK berada dalam dilema untuk membantu pihak mana berkempen. Namun akhirnya, CMK memilih menjadi team media PAS atas pelawaan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi. Walau bagaimana pun timbul isu panas ketika itu apabila CMK dikatakan akan menyertai UMNO dihadapan Perdan Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu program di sana. Tambahan pula CMK dilihat sering berada di Bilik Gerakan BN ketika itu. Heboh cerita pasal CMK hilang beberapa hari dan akan muncul untuk membuat pengumuman menyertai UMNO beberapa hari sebelum waktu pengundian. Namun akhirnya CMK buktikan masih setia pada perjuangan.






Persoalannya sekarang, dalam isu ini apakah benar CMK buat fitnah. Sedangkan CMK merujuk kepada kenyataan Menteri Besar selepas pembentangan Bajet 2012 pada Sidang DUN Pahang awal minggu lalu. Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh media arus perdana berbunyi:-"Kesempatan pada sidang DUN kali ini tidak disia - siakan apabila timbul dakwaan bahawa ADUN PAS Pahang ni tidak menjalankan kerja mereka dengan betul. Ketika isu itu hangat diperkatakan didalam laman blog Pro Pembangkang di Pahang, kedua - dua ADUN tersebut telah menafikan penglibatan mereka. Didalam dakwaan itu turut menyebut bahawa mereka juga mendapat habuan daripada projek pembinaan memproses nadir bumi milik Syarikat Lynas. ADUN PAS Kuala Semantan, YB Syed Hamid menyifatkan bahawa dakwaan tersebut lansung tidak berasas dan jelas pihak yang bertanggungjawab sengaja menimbulkan isu tersebut. Manakala ADUN PAS Berserah, Tuan Syed lonik pula menyatakan bahawa dakwaan tersebut hanya fitnah yang sengaja dibuat untuk memburukkan mereka sahaja. Malah, dalam masa yang sama, mereka juga yakin bahawa kilang tersebut tidak merbahaya apabila sesi penerangan telah diberikan Syarikat Lynas sebelum ini. Tambahan pula, kata mereka, ianya telah disahkan oleh pakar yang juga merupakan salah seorang Ahli Parlimen dari parti tersebut. Persoalannya, siapakah orang yang menimbulkan spekulasi ini? Dengar kata, individu tersebut juga ada hati nak bertanding dibawah tiket PAS dalam PRU akan datang? Ingat orang PAS nak bagi ke dia bertanding kalau dah macam ni dakwaan yang dia buat terhadap dua orang tokoh PAS didalam Negeri Pahang ni?. Sekarang sudah terbukti bahawa blogger puak - puak Pakatan Pembangkang ni lagi suka menyebarkan fitnah dan ianya diakui sendiri oleh pemimpin mereka. Jadi, korang fikir la sendiri!! DISINI
“Saya ada minta Lynas keluarkan senarai kontraktor terbabit dan jangan terkejut (jika) dalam senarai kontraktor itu ada rakan kongsi kepada orang yang paling menentang Lynas. “Ini termasuk juga rakan kongsi kepada wakil kita dari (Kuala) Semantan dan Beserah,” katanya.Makanya, apa masalah yang blogger semuthitam tiba-tiba menghentam CMK dengan mengatakan CMK membuat fitnah. Sedangkan dalam isu ini CMK hanya mendedahkan nama-nama "orang PAS" yang mendapat projek tersebut dan bukannya dua ADUN terbabit. Tindakan blogger upahan UMNO itu menuduh CMK membuat fitnah sebenarnya terpalit semula kepada muka MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob. Ini kerana beliau yang mengeluarkan kenyataan tentang penglibatan dua ADUN berkenaan. Sepatutnya dua ADUN terbabit iaitu YB Syed Mohamad Syed Lonik (Beserah) dan YB Syed Hamid Syed Mohamad (Kuala Semantan) membuat kenyataan itu terhadap MB Pahang dan bukannya CMK. Inilah satu kesempatan yang diputar belitkan oleh pihak berkenaan untuk mengaitkan CMK dengan tuduhan itu. Bagi CMK "jika tiada angin masakan pokok bergoyang" dan bagaimana MB Pahang begitu berani mengeluarkan kenyataan demikian jika tiada bukti-bukti kukuh. Justeru, itu CMK mencabar dua ADUN berkenaan mengambil tindakan terhadap MB Pahang atas tuduhan tersebut jika benar ia tidak berasas sama sekali. Namun, jika sebaliknya maka sahlah mereka telah khianat kepada rakyat dan pejuang Lynas yang bertungkus lumus untuk membantah projek itu selama ini.



CMK mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada muslimin dan muslimat di seluruh Malaysia dan seantero dunia. Semoga perjuangan akan lebih mentap lagi dalam membela agama, bangsa dan negara tercinta ini hendaknya. Pengorbanan yang paling besar harus dilakukan jika benar mahu melakukan agenda perubahan. Kita tidak mahu ada pihak yang menangguk di air yang keruh kononnya mahu buat perubahan sebaliknya ia sekadar retorik politik semata-mata. Oleh itu, berhati-hatilah dalam meniti arus perjuangan agar masing-masing berjaya menggapai apa yang diimpikan. CMK akan meneruskan perjuangan membela rakyat walau dalam apa jua cara sekali pun. Bagi CMK biar pun kini tidak berparti, tetapi untuk memantapkan perjuangan kemungkinan besar CMK akan sertai salah satu parti politik di Malaysia selepas ini. Banyak tuduhan dan kritikan yang telah CMK terima selepas meninggalkan politik kepartian pada 11.2.11 yang lalu. Namun kini sudah hampir sembilan bulan CMK bergerak sebagai aktivis dan semakin selesa seperti ini. Biarpun mendapat cemuhan, namun lebih ramai lagi yang terus menyokong dan selesa dengan apa yang CMK lakukan sekarang. Bagi CMK, elok benar tidak bersama parti buat seketika kerana lebih bebas untu menegur sesiapa saja. Mana yang baik disokong dan mana yang tidak baik ditegur. Kita tidak boleh terlalu hipokrit dalam berparti. Ini berlaku sejak sekian lama di negara. Konsep apa yang dibuat oleh pemimpin parti "betul belaka" sudah tidak sesuai pada masa ini. Pemimpin parti bukannya "maksum" dan bebas dari melakukan kesalahan.










